omniture

GSMA Menerbitkan Spesifikasi 'SIM Terbenam' Bagi Perkhidmatan Mesin ke Mesin (M2M)

GSMA
2013-12-19 16:00 119

-- Inisiatif SIM Terbenam Bertujuan untuk Meningkatkan Pertumbuhan Pasaran M2M Dengan Tumpuan Terhadap Sektor Penting Termasuk Pengangkutan dan Utiliti

LONDON, 19 Disember 2013 /PRNewswire/ -- GSMA, hari ini mengumumkan penerbitan spesifikasinya untuk membolehkan peruntukan jarak jauh dan pengurusan SIM Terbenam bagi peranti mesin ke mesin (M2M). Spesifikasi ini, yang menerima sokongan daripada para pembekal SIM dan pengendali mudah alih yang menerajui di dunia dapat menyediakan penyelesaian teknikal saling beroperasi dan seterusnya mempercepat pertumbuhan pasaran M2M yang berkembang pesat. Pengaturan penggunaan pertama bagi penyelesaian SIM Terbenam yang mematuhi GSMA dijangka akan dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun 2014.

"Jumlah peranti terhubung mudah alih dijangka mencecah 11 bilion menjelang tahun 2020, yang merupakan peningkatan yang diterajui secara besar-besaran oleh kemajuan dalam pasaran M2M," kata Alex Sinclair, Ketua Pegawai Teknologi GSMA. "Tahap peningkatan ini akan bergantung sepenuhnya terhadap seni bina pengurusan dan peruntukan SIM yang lazim, global dan saling beroperasi yang membolehkan pasaran M2M ini terus berkembang. Spesifikasi yang dilancarkan pada hari ini akan memberikan kesan yang besar terhadap pasaran M2M, memandangkan ia mampu membantu mengurangkan kos operasi dan memacu ekonomi berskala."

Penggunaan SIM tradisional, yang memerlukan langkah memasukkan dan penggantian, dalam peranti M2M untuk pengangkutan, meter utiliti atau aplikasi lain adalah agak rumit memandangkan peranti M2M sering berada pada jarak jauh dan ditutup secara kedap udara. SIM khusus yang tidak boleh ditanggalkan telah dibenamkan ke dalam peranti M2M ketika proses pengeluaran dan kemudiannya dapat diperuntukkan pada jarak jauh dengan profil langganan pengendali yang menyediakan ketersambungan, serta dapat ditukarkan atau diubah suai dari jarak jauh. Ini tidak memerlukan penggantian kad SIM pada suatu jangka waktu tertentu bagi setiap produk M2M, lalu mengurangkan kos operasi dan logistik berterusan.

Spesifikasi SIM Terbenam membolehkan para pengendali rangkaian mudah alih untuk menyediakan ketersambungan yang boleh skala, andal dan selamat bagi peranti yang disambungkan dengan M2M. Di samping itu, SIM Terbenam piawaian industri ini tidak memerlukan setiap pengendali untuk membangunkan penyelesaian teknikal masing-masing bagi peruntukan jarak jauh SIM mereka dan turut memudahkan pertukaran pengendali jika diperlukan pada penghujung sesuatu kontrak.

Projek SIM Terbenam ini mendapat sokongan padu daripada para pengendali, produk SIM dan rakan penyelesaian dari seluruh dunia termasuk AT&T, China Mobile, China Unicom, Deutsche Telekom, Gemalto, Giesecke & Devrient, Morpho (Safran), NTT DOCOMO, Oberthur Technologies, Orange, Telecom Italia, Telefonica, Telenor dan Vodafone.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang projek SIM Terbenam GSMA, sila layari http://www.gsma.com/connectedliving/embedded-sim/

PETIKAN KATA-KATA RAKAN KONGSI

AT&T
"Ini merupakan langkah penting bagi menyambut era baharu bagi teknologi M2M dan sebagai peneraju global yang menyediakan penyelesaian M2M, kami amat berbangga dapat bekerja dengan rapat bersama GSMA dan rakan industri untuk membekalkan spesifikasi yang berfungsi untuk kepentingan terbaik industri ini," ujar Cameron Coursey, timbalan presiden Pembangunan Produk dan Operasi, AT&T Emerging Devices.

AUDI
"Tanpa penyelesaian ketersambungan yang diiktiraf, dipiawaikan dan diharmonikan secara global, industri automotif akan menjadi rumit dan berpecah-belah. Sebagai pengeluar kereta, SIM Terbenam yang mampu diperuntukkan pada jarak jauh sangat penting bagi kami untuk memacu kecekapan dan kesederhanaan, maka kehadirannya dialu-alukan. Kami amat berterima kasih kepada GSMA dan rakan kongsi atas persetujuan bagi spesifikasi ini," ulas Marcus Keith, penyambung Projek Pengurusan Audi.

GEMALTO
"Spesifikasi SIM terbenam ini merupakan hasil kerjasama rapat antara MNO dan pemain industri berinovatif utama bagi sektor M2M. Melalui pentakrifan rangka kerja teknikal saling beroperasi yang meliputi pengurusan langganan jarak jauh, industri ini telah memperkenalkan unsur lain bagi menjamin permulaan yang kukuh bagi pengaturan penggunaan skala besar aplikasi Mesin ke Mesin," kata Norbert Muhrer, Timbalan Presiden Kanan M2M, Gemalto.

GIESECKE & DEVRIENT
"Peruntukan OTA dan pengurusan SIM Terbenam ini merupakan revolusi yang paling besar bagi SIM sejak penciptaannya bagi kegunaan telefon bimbit. Melalui kerjasama ini, kami telah menghasilkan teknologi yang selamat serta fleksibel bagi menghubungkan berbilion peranti M2M dan membolehkan Internet of Things," ujar Carsten Ahrens, Timbalan Presiden Kanan Kumpulan, Bahagian Perisian Pelayan dan Bahagian Perkhidmatan 3S di Giesecke & Devrient.

MORPHO (SAFRAN)
"Pertumbuhan pasaran M2M merupakan perubahan besar dalam industri telekomunikasi. Ia melibatkan penyelesaian yang fleksibel untuk mengurus akses yang selamat ke rangkaian berkaitan bagi jangka panjang. Morpho amat berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif yang menyokong pembangunan perniagaan telekomunikasi yang baharu ini," kata Yves Portalier, Timbalan Presiden Kanan Telekomunikasi, Morpho, Bahagian e-Dokumen.

NTT DOCOMO
"Penyelesaian yang disatukan bagi SIM Terbenam adalah kritikal bagi memenuhi keperluan aplikasi M2M pada peringkat global. Spesifikasi ini, yang telah dibangunkan melalui usaha daripada pelbagai industri, dapat mempertingkatkan penggunaan SIM Terbenam di semua rantau termasuk Asia," ulas Koichi Takahara, Pengarah Urusan, Jabatan Perniagaan M2M, NTT DOCOMO.

OBERTHUR TECHNOLOGIES
"Hasil ciptaan spesifikasi SIM Terbenam yang tunggal pada peringkat global amat dialu-alukan oleh para pengendali, penyedia penyelesaian dan produk keselamatan serta rakan kongsi niaga, memandangkan ia mampu membolehkan pengaktifan peranti yang diedarkan pada peringkat global pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Oleh itu, ia bakal mencipta ekosistem M2M yang lebih kukuh pada peringkat global," ujar Christian Lefebvre, Pengarah Urusan Barisan Keluaran Telekomunikasi di Oberthur Technologies.

VODAFONE
"Vodafone tetap yakin prasyarat bagi permohonan SIM Terbenam merupakan piawaian saling beroperasi. Kami amat mengalu-alukan piawaian sedemikian bagi arena M2M yang dapat memacu penyelesaian berinovatif yang dibangunkan bersama rakan kongsi kami," ulas Stephen Packer, Ketua Bahagian Platform dan Pemboleh, Vodafone Group Terminals.

Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. Dengan rangkuman yang melebihi 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia bersama 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi bagi sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

 

 

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services