omniture

CGTN: Pegawai-pegawai suarakan keyakinan terhadap ekonomi China, gesa kerjasama

CGTN
2022-11-23 21:28 639

BEIJING, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Ketika ekonomi dunia menunjukkan ketidaktentuan akibat pandemik dan ketegangan geo-politik, malah turut menunjukkan tanda-tanda kemelesetan, China telah menstabilkan ekonominya dengan pelbagai langkah, menurut pegawai dan pakar pada hari Isnin di Financial Street Forum 2022, menyeru jalinan kerjasama dan kesedaran risiko.


Ekonomi China kekal pulih pada tahun ini, walaupun dengan tekanan, menunjukkan momentum yang kukuh untuk pembangunan jangka panjang, menurut Fu Linghui, jurucakap untuk Biro Statistik Kebangsaan, di forum tersebut.

Walaupun berdepan dengan keadaan antarabangsa yang rumit dan teruk serta kesukaran lain yang tidak dijangkakan, ekonomi China menunjukkan kebingkasan dan kevitalan yang luar biasa, kata Fu.

Meneliti semula tahun ini, Fu berkata China telah melaksanakan pakej polisi untuk menstabilkan ekonomi, mengubah kemerosotan dalam suku kedua menjadi kebangkitan semula pada suku ketiga.

Sementara itu, Fu menegaskan bahawa China telah meluaskan dasar pembukaan tahap tinggi dengan aktif.

Ketika dunia menghadapi risiko kemelesetan yang semakin meningkat, China komited untuk mewujudkan sistem baharu demi ekonomi terbuka peringkat lebih tinggi, termasuk menggalakkan perdagangan dan menjamin perkhidmatan pelabuhan, kata beliau.

Biarpun dengan adanya pemulihan pada tahun ini, pegawai-pegawai turut memberi amaran tentang risiko kewangan yang berpunca daripada hutang yang banyak dan inflasi yang tinggi.

Ia telah menjadi satu tugas yang penting untuk pengawal selia kewangan China menangkis risiko-risiko kewangan yang besar dan mengekalkan kestabilan dalam sektor ini, kata Xuan Changneng, timbalan gabenor People's Bank of China (PBOC), di forum tersebut.

Selepas krisis kewangan dalam tahun 2008, masyarakat global telah mencapai kata sepakat untuk mengukuhkan sistem pengurusan kehematan-makro untuk mengelakkan limpahan risiko kewangan, kata Xuan, mengambil maklum bahawa China telah mencapai kemajuan dalam sektor pengurusan dengan polisi-polisi berkaitan dilancarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Memandang ke arah masa depan, China berdepan dengan peluang mahupun cabaran, kata Wang Weidong, naib presiden China Development Bank (CDB), pemberi pinjaman polisi yang terbesar di negara ini.

Kemelesetan ekonomi global mungkin menjurus ke arah permintaan yang lebih lemah sementara pemulihan penggunaan dan hasil pelaburan juga dapat dilihat di negara ini, kata beliau.

Walau bagaimanapun, China mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mencapai pembangunan dan penaiktarafan industri, kata Wang, menyimpulkan bahawa asas-asas untuk mencapai pembangunan jangka panjang yang positif kekal tidak berubah.

CDB akan terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan kepada ekonomi sebenar, termasuk menstabilkan pertumbuhan kredit dan menawarkan lebih banyak sokongan kepada sektor-sektor penting seperti pembuatan, teknologi, inovasi, perniagaan bersaiz kecil dan mikro serta industri hijau, kata beliau.

"Pembangunan dan kerjasama merupakan 'kunci' untuk menyelesaikan masalah global dan dapat membantu negara-negara menangani cabaran serta mengatasi kesukaran," kata Peng Chun, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif China Investment Corporation di forum tersebut.

China sedang membina model dwi peredaran dengan ciri keterbukaan sebagai corak pembangunan baharu yang akan memberi lebih banyak sokongan demi rantaian bekalan global yang lebih bingkas dan berkongsi peluang baharu bersama dunia, kata Peng.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-22/Officials-voice-confidence-in-China-s-economy-urge-cooperation--1fat2WiPb2g/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis