omniture

HONOR Dedahkan HONOR Magic Vs, Peranti Unggulan Boleh Lipat Generasi-Seterusnya dan HONOR 80 Series di China

HONOR
2022-11-24 21:41 1028

Menawarkan reka bentuk termaju, paparan revolusioner dan prestasi tiada tandingan, HONOR Magic Vs serba baharu menetapkan penanda aras baharu untuk peranti unggulan boleh lipat

SHENZHEN, China, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama teknologi bertaraf global, HONOR mengumumkan pelancaran China bagi HONOR Magic Vs dan juga HONOR 80 Series. HONOR Magic Vs meningkatkan penanda aras industri dari segi reka bentuk, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna, lalu menjadikannya teman yang sempurna untuk perniagaan dan hiburan. Memperkasa pencipta muda yang sedang meningkat naik untuk mencapai potensi kreatif mereka, HONOR 80 series ialah telefon pintar terkini yang akan diperkenalkan kepada barisan N-Series yang bergaya daripada HONOR, menawarkan keupayaan videografi dan fotografi yang dipertingkat.


"Kami teruja untuk memperkenalkan peranti unggulan boleh lipat generasi seterusnya milik kami, HONOR Magic Vs yang memuatkan inovasi paling canggih dan pengalaman pengguna yang luar biasa ke dalam reka bentuk yang elegan dan bergaya," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "HONOR Magic Vs akan menjadi peranti unggulan boleh lipat pertama kami untuk diperkenalkan buat julung kali dalam pasaran luar negara dan kami yakin ia akan membawakan kemajuan yang sangat besar, mentransformasikan bagaimana orang ramai di seluruh dunia menggunakan telefon pintar mereka."

Ciri Boleh Lipat yang utama dalam Industri Dicipta dengan Reka Bentuk Engsel Paling Canggih   

Luar biasa nipis dan ringan, HONOR Magic Vs berukuran 12.9mm[1] nipis apabila dilipat dan seberat hanya 261g[2], menjadikannya telefon pintar boleh lipat yang paling ringan dalam industri ini ketika ini dan mudah dibawa ke mana-mana. HONOR Magic Vs turut dimuatkan dengan bateri lebih besar iaitu 5,000mAh[3], bateri terbesar dalam kelas yang sama daripada telefon pintar boleh lipat sedia ada ketika ini, untuk kegunaan sepanjang hari. Dengan menghidupkan keindahan yang harmoni, HONOR Magic Vs menawarkan reka bentuk bersimetri dan selanjar, bagi memberikannya wajah dan rasa yang premium. Hasil daripada reka bentuk engselnya yang sofistikated, HONOR Magic Vs dilipat tanpa celah dan menyampaikan paparan tanpa lipatan apabila dibuka.

Menyumbang kepada ciri yang ringan, HONOR Magic Vs dimuatkan dengan engsel tanpa gear amat ringan yang dicipta secara teliti dengan teknologi pemprosesan tuangan satu bahagian, yang mengurangkan bilangan komponen secara drastik struktur sokongan yang digunakan dalam engel daripada 92 kepada 4[4] sekali gus mengekalkan ketahanan dan kekukuhannya. Dibina dengan bahan-bahan gred-aeroangkasa, engsel HONOR Magic Vs mampu bertahan terhadap lebih 400,000 lipatan[5], bersamaan dengan penggunaan selama lebih daripada sepuluh tahun dengan 100 lipatan sehari, lalu mencipta penanda aras baharu dari segi reka bentuk telefon pintar boleh lipat.

Paparan Dwi Besar untuk Pengalaman Tontonan Luar Biasa

Mengatasi peranti boleh lipat sedia ada yang seringkali didatangkan dengan skrin luar yang panjang dan sempit, HONOR Magic Vs menawarkan paparan 6.45-inci[6] apabila dilipat, dengan nisbah aspek 21:9 mesra pengguna dan nisbah skrin-ke-badan[7] 90%, membolehkan pengguna untuk melihat kandungan dan memasukkan teks dengan kemudahan yang luar biasa. Apabila dibuka, HONOR Magic Vs menawarkan pengalaman seperti tablet dengan paparan dalaman 7.9-inci lebih luas, sangat sesuai untuk pengguna yang menginginkan pelaksanaan berbilang tugas yang lancar dan ruang skrin yang lebih besar untuk menikmati semua kandungan kegemaran mereka.

HONOR Magic Vs menyokong gamut warna DCI-P3 100% dan menyampaikan sehingga 1.07 bilion warna, membolehkan pengguna menikmati visual yang mengagumkan dengan warna-warna kelihatan hidup. Dengan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz[8], penonton diberi jaminan dengan pengalaman hiburan yang imersif sama ada mereka menonton filem, melayari web atau bermain permainan.

Menawarkan penyelesaian keselesaan mata yang profesional, HONOR Magic Vs dimuatkan dengan ciri Pemalapan Dinamik yang melaraskan kecerahan skrin dengan cara yang pintar dan dinamik bagi mengurangkan ketegangan mata yang disebabkan oleh masa skrin yang terlalu lama. HONOR Magic Vs turut menawarkan ciri serba baharu – Paparan Malam Sirkadian yang meminimumkan kesan negatif cahaya biru dengan berkesan dan membantu pengguna meningkatkan kualiti tidur serta menjadi lebih bertenaga dan produktif pada waktu siang. Kedua-dua skrin HONOR Magic Vs dilengkapi dengan teknologi Pemalapan PWM 1920Hz bagi mengurangkan kerlipan skrin, seterusnya menjamin pengalaman tontonan yang selesa walaupun dalam persekitaran cahaya malap.

Fotografi Pengkomputeran dan Pengalaman Audio Dipertingkat

HONOR Magic Vs menampilkan sistem kamera-tigaan yang terdiri daripada Kamera Utama IMX800 54MP, Kamera Utama Ultra-Luas & Makro 50MP dan Kamera Zum Optik 3X 8MP, membolehkan pengguna menangkap imej yang menakjubkan dengan perincian luar biasa, lalu membawakan pengalaman fotografi dan videografi yang terbaik. Hasil daripada HONOR Image Engine didayakan-AI proprietari HONOR, HONOR Magic Vs menawarkan keupayaan fotografi pengkomputeran yang terbaik dalam kelas, seterusnya menghasilkan imej-imej yang berkualiti tinggi merentas semua senario.

Prestasi Tiada Tandingan Sepanjang Hari

Dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform[9], HONOR Magic Vs menawarkan prestasi yang unggul. Dengan prestasi GPU dan CPU yang dipertingkat dan kecekapan kuasa yang lebih tinggi, HONOR Magic Vs mengupayakan pengalaman pengguna yang lebih pantas dan lebih lancar. HONOR Magic Vs turut dilengkapi dengan RAM 8GB dan storan 256GB atau RAM 12GB dan storan 256/512GB, meningkatkan kelajuan pemprosesan keseluruhan dan kapasiti storan.

Menyokong 66W Wired HONOR SuperCharge[10], HONOR Magic Vs membolehkan bateri dicas sepenuhnya hingga 100 peratus dalam masa hanya 46 minit[11]. 

Sekuriti Dwi-TEE untuk Keselamatan Dipertingkat

HONOR Magic Vs didatangkan dengan Sistem Sekuriti Dwi TEE (Persekitaran Pelaksanaan Dipercayai) yang dibangunkan secara bersama dengan Qualcomm yang menawarkan perlindungan tahap-perkakasan kepada pengguna, lalu menjamin privasi dan sekuriti yang dipertingkat. Mengoperasikan MagicOS 7.0 yang terkini berdasarkan kepada Android 12, HONOR Magic Vs memuatkan pelbagai ciri pintar yang dipertingkat untuk membantu melakukan pelbagai tugas, seterusnya meningkatkan produktiviti ke tahap maksimum.

HONOR 80 Series: Teman Baharu untuk Peminat Aktiviti Vlog

Merangkumi HONOR 80 Pro dan HONOR 80, HONOR 80 Series membawa aktiviti vlog bergerak ke tahap serba baharu. Ciri AI Vlog Master yang pertama dalam industri ini membantu mengenal pasti senario rakaman dengan tepat dan mengesyorkan mod rakaman paling sesuai termasuk Makro[12], Malam[13], Potret, Potongan Solo, Berbilang-Video dan Video HDR bagi mengupayakan pengalaman fotografi yang lancar pada HONOR 80 Series. Dilengkapi dengan HONOR Image Engine, HONOR 80 Series meningkatkan pemprosesan imej dan menyelaraskannya dengan keadaan pencahayaan yang berbeza bagi memberikan imej yang jelas, setiap masa.

Bagi membawakan pengalaman fotografi yang luar biasa, HONOR 80 Series menampilkan Kamera Utama Ultra jelas 160MP yang terbaik dalam kelas, menggunakan sensor 1/1.56-inci yang besar dengan piksel 2.24µm terkumpul yang dapat menangkap lebih banyak cahaya, menyediakan foto yang berkualiti tinggi dengan perincian mengagumkan, walaupun dalam keadaan cahaya malap.

HONOR 80 Pro dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8+ Gen 1 Mobile Platform [14], mempunyai bateri 4,800mAh besar, mengoperasikan MagicOS 7.0 yang terkini bagi menyampaikan prestasi tahap unggulan demi pengalaman pengguna yang dipertingkat.

Warna, Harga dan Ketersediaan

HONOR Magic Vs boleh didapati dengan warna-warna menakjubkan: Jingga, Biru Kehijauan dan Hitam[15]. Mulai 23 November, HONOR Magic Vs akan tersedia untuk pra-tempahan di China bermula daripada harga 7,499 RMB.

HONOR 80 Series boleh didapati dalam empat kombinasi warna bergaya termasuk Ripple Blue, Sunrise Pink, Emerald Green dan Midnight Black. HONOR 80 Series akan tersedia untuk pra-tempahan di China mulai 23 November bermula daripada harga 2,699 RMB.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

https://community.hihonor.com/

https://www.facebook.com/honorglobal/ 

https://twitter.com/Honorglobal 

https://www.instagram.com/honorglobal/ 

https://www.youtube.com/c/HonorOfficial

[1] HONOR Magic Vs membawakan ketebalan 12.9mm (Skrin terlipat) dan 6.1mm (Skrin terbuka). Saiz produk mungkin berbeza dengan konfigurasinya, proses pembuatan dan kaedah pengukuran. Butiran spesifikasi adalah untuk rujukan sahaja.

[2] Data daripada HONOR labs. Data daripada HONOR labs. Berdasarkan kepada versi paling ringan yang didatangkan dengan kulit belakang vegan. Versi bahagian kaca seberat 267g. Jumlah berat termasuk bateri. Berat sebenar mungkin berbeza lantaran konfigurasi produk, proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

[3] Kapasiti tipikal. Kapasiti terkadar ialah 4900mAh.

[4] Data daripada HONOR labs. Dibandingkan dengan HONOR Magic V, generasi terakhir HONOR Magic Vs.

[5] Data daripada HONOR labs.

[6] Dengan reka bentuk bucu bulat diaplikasikan pada paparan, panjang pepenjuru skrin utama dan skrin penutup ialah 7.9 inci dan 6.45 inci secara berasingan, apabila diukur mengikut segi empat tepat standard (kawasan boleh lihat sebenar adalah lebih kecil sedikit).

[7] Data daripada HONOR labs.

[8] HONOR Magic Vs menyokong kadar segar semula 90Hz pada skrin terbuka dan kadar segar semula 120Hz pada skrin terlipat.

[9] Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

[10] Menyokong pengecasan berwayar 66W maksimum menggunakan pengecas dan kabel 66W HONOR. Kelajuan pengecasan sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keadaan persekitaran dan faktor-faktor lain.

[11] Data daripada HONOR labs.

[12] Hanya tersedia pada HONOR 80 Pro.

[13] Hanya tersedia pada HONOR 80 Pro.

[14] HONOR 80 dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 782G Mobile Platform. Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

[15] Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut wilayah.

 

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services