omniture

Harbour City Hong Kong bekerjasama dengan Sesame Street dan artis British Jon Burgerman untuk mencetuskan keceriaan percutian dengan hiasan dan karya seni menyeronokkan

Harbour City Estates Limited
2022-11-29 12:44 297

HONG KONG, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Bagi menyambut festival yang meriah, pusat membeli-belah terbesar Hong Kong Harbour City bekerjasama dengan siri televisyen ikonik Sesame Street untuk mempersembahkan "MERRY STREETMAS" mulai 25 November 2022 hingga 2 Januari 2023, bagi membawakan kepada kita dengan dua pameran Krismas yang fotogenik, sebuah pameran seni dan acara Yuletide yang menarik untuk menceriakan percutian anda!

Sesame Street bergerak menuju Canton Road
Sesame Street bergerak menuju Canton Road

Harbour City membawa seluruh "Sesame Street" ke Canton Road, baik watak-wataknya mahupun jalan itu sendiri! Para pengunjung akan disambut oleh Elmo bersaiz sebenar, Cookie Monster, Big Bird, Bert dan Ernie di Gateway Arcade. Rakan-rakan berbulu ini sibuk memasang hiasan bergemerlapan pada pokok Krismas setinggi 4 meter yang berkelip-kelip untuk parti jalan Hong Kong. Sekiranya anda menginginkan percutian musim sejuk, sertai rakan-rakan Sesame Street di Ocean Terminal! Kanak-kanak akan berasa sangat seronok ketika mereka mengambil gambar bersalji, bermain ski dan meluncur seiring dengan lagu-lagu percutian. Ayuh kita naik bas sekolah berwarna kuning yang klasik dan mulakan perjalanan yang mengujakan bersama Elmo dan Zoe!

Buat mereka yang sangat menggemari seni di bandar ini, Pameran Seni "Friendly Neighbours" oleh Jon Burgerman dianjurkan secara bersama oleh WOAW Gallery dan Sesame Street tidak boleh dilepaskan. Mengambil inspirasi daripada siri televisyen zaman kanak-kanak yang amat digemari oleh artis ini, Sesame Street, artis kontemporari British ini menghasilkan Koleksi Sesame Street pertama beliau dan mencipta 48 karya seni yang melucukan dan cenderahati yang merujuk kepada barisan pelakon utama.

Harbour City turut menganjurkan siri aktiviti Sesame Street kepada para peminat. Seseorang boleh membawa pulang hiasan Krismas buatan tangan, menghasilkan pelekat WhatsApp yang unik bersama rakan-rakan berbulu anda dan bertemu Elmo secara peribadi. Exclusive Plush Toy Totes yang menampilkan Cookie Monster dan Oscar Si Perengus akan turut disediakan. Lebih daripada sekadar beg jinjing biasa, ia didatangkan dengan rakan penyumbat kecil yang akan berdiri di atas bahu anda. Hasil kutipan daripada bengkel, barang niaga dan sesi temu mesra akan disumbangkan kepada Hong Kong Blood Cancer Foundation bagi membantu mereka yang memerlukan.

Percutian Musim Sejuk bersama Sesame Street
Percutian Musim Sejuk bersama Sesame Street

 

Pameran Seni "Friendly Neighbour" oleh Jon Burgerman
Pameran Seni "Friendly Neighbour" oleh Jon Burgerman

@HarbourCity #hcxmas #MerryStreetmas #SesameStreet @WOAWGallery @JonBurgerman

Muat turun siaran akhbar, foto dan video: https://www.dropbox.com/sh/k931jcqm3fz9ku6/AAASza6BivK3AEaT-gi-FoCYa?dl=0

(Kapsyen Foto)

1. Sesame Street bergerak menuju Canton Road 

2. Percutian Musim Sejuk bersama Sesame Street

3. Pameran Seni "Friendly Neighbour" oleh Jon Burgerman

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services Trade show news