omniture

CGTN: China, Mongolia menyuntik dorongan ke dalam hubungan melalui tiga enjin

CGTN
2022-11-29 22:12 660

BEIJING, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Presiden Mongolia Ukhnaagiin Khurelsuh mengadakan lawatan negara ke China hanya dua hari selepas landasan kereta api Zuunbayan-Khangi, iaitu landasan kereta api ketiga yang menghubungkan Mongolia dengan China, memulakan operasi pada 25 November.

Selain daripada merangsang keterhubungan, dua negara berjiran ini bekerjasama untuk memerangi wabak COVID-19 dengan menghadiahkan kambing biri-biri dan teh kepada satu sama lain serta mempererat kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua ini menunjukkan contoh yang baik untuk hubungan negara-dengan-negara, ujar Presiden Cina Xi Jinping pada hari Isnin semasa mesyuarat beliau bersama Presiden Khurelsuh.

Dalam menghadapi ketidakstabilan dan ketidaktentuan yang semakin meningkat dalam persekitaran antarabangsa, China bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Mongolia untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama dan menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dua hala agar dapat memberi manfaat yang lebih baik kepada rakyat daripada kedua-dua negara, janji Xi.

Tiga enjin

Xi menggesa kedua-dua pihak untuk memperdalam tiga penyekutuan antara Inisiatif Jalur dan Jalan dan strategi pembangunan Jalan Prairie Mongolia, Inisiatif Pembangunan Global dan Dasar Kebangkitan Baharu Mongolia serta rancangan strategik "dua peringkat" China dan dasar pembangunan jangka panjang Mongolia agar dapat mewujudkan tiga enjin demi pembangunan hubungan dua hala yang selanjutnya.

Dalam tahun 2013, Xi mencadangkan Inisiatif Jalur dan Jalan untuk meningkatkan keterhubungan serantau dan integrasi ekonomi. Strategi pembangunan Jalan Prairie Mongolia, satu pelan ekonomi yang diperkenalkan oleh Mongolia, bertujuan untuk merangsang perdagangan dengan pasaran-pasaran berjiran.

Dasar Kebangkitan Baharu Mongolia meliputi reformasi yang komprehensif dalam bidang pelabuhan, tenaga, industri dan pembangunan hijau, antara lain. Sementara itu, pada hari Isnin Xi menyuarakan kesanggupan China untuk mempererat kerjasama dua hala dalam bidang-bidang seperti ekonomi dan perdagangan, tenaga dan perlombongan, keterhubungan, teknologi maklumat serta pemprosesan mendalam produk ternakan.

Xi berkata China menyokong rancangan Mongolia untuk "Menanam Satu Bilion Pokok" dan bersedia untuk meneliti kemungkinan bersama pihak Mongolia untuk menubuhkan sebuah pusat kerjasama Sino-Mongolia bagi tujuan kawalan penggurunan.

Presiden China turut menyeru untuk menggalakkan pembinaan Koridor Ekonomi China-Mongolia-Rusia dan projek untuk memasang saluran paip gas China-Rusia merentas Mongolia.

Kereta api pengangkut China-Eropah pertama dari Pelabuhan Jinzhou di Wilayah Liaoning, timur laut China ke Helsinki, Finland, melalui Bandar Choibalsan di Mongolia, telahpun dilancarkan dalam bulan Ogos tahun ini yang selaras dengan pembinaan Koridor Ekonomi China-Mongolia-Rusia.

Melangkaui $10 bilion

Tatkala China mengejar penggiatan semula negara dengan mengikuti laluan Cina menuju pemodenan, Xi memberitahu Khurelsuh bahawa China bukan sahaja akan mencapai kemakmuran dan pembangunannya sendiri, bahkan akan turut memberikan lebih banyak dividen pembangunan kepada negara-negara jirannya serta dunia.

China telah menjadi sumber pelaburan dan rakan dagangan utama Mongolia selama 18 tahun berturut-turut. Tahun lalu, volum dagangan melangkaui $10 bilion buat julung kalinya.

Jumlah dagangan antara China dan Mongolia menyumbang sebanyak lebih 60 peratus daripada volum dagangan asing Mongolia, menurut data daripada Inner Mongolia Academy of Social Sciences.

Data kastam juga menunjukkan bahawa perdagangan dua hala mencecah $9.68 bilion dalam 10 bulan pertama tahun ini.

Usaha bersama demi keamanan, pembangunan dunia

Pada hari Isnin, kedua-dua pemimpin ini bersetuju untuk menjalin usaha bersama demi keamanan dan pembangunan dunia.

Presiden Cina menggesa kedua-dua pihak untuk bekerjasama bagi memupuk jenis hubungan antarabangsa yang baharu dan menyumbang kepada pembinaan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

China dan Mongolia kedua-duanya merupakan negara-negara yang sedang membangun di rantau Asia-Pasifik dan mempunyai kepentingan bersama yang luas dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, ujar Xi, menambah bahawa China bersedia untuk berkoordinasi secara erat dengan pihak Mongolia untuk bersama-sama mempertahankan multilateralisme tulen, menentang persaingan blok dan mengekalkan solidariti dan kerjasama antarabangsa.

Menegaskan bahawa keadaan antarabangsa dan serantau semasa sedang mengalami evolusi yang mendalam dan rumit, Khurelsuh percaya kedua-dua pihak harus mempromosikan nilai-nilai Asia dan saling bekerjasama untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan pembangunan di Asia.

Pihak Mongolia amat menghargai sumbangan positif daripada China terhadap pengekalan keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia serta sistem antarabangsa bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai terasnya dan bersedia untuk mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam hal ehwal antarabangsa serta menyumbang kepada pengekalan keamanan dan pembangunan serantau.

Beliau menambah Mongolia menyokong Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global yang dicadangkan oleh China.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-28/Xi-holds-talks-with-Mongolian-president-1fktm7RlgJi/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion