omniture

QNAP Lancar ZFS NAS TVS-hx74 sedia-2.5GbE, Bawakan Pemproses Berbilang-jalur 12th Gen Intel Core untuk Aplikasi Virtualisasi

QNAP Systems, Inc.
2022-11-30 04:00 467

TAIPEI, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- QNAP® Systems, Inc., penginovasi penyelesaian pengkomputeran, perangkaian dan storan yang terkemuka, memperkenalkan siri TVS-hx74 QuTS hero NAS berprestasi tinggi termasuk model-model TVS-h474 4-petak, TVS-h674 6-petak dan TVS-h874 8-petak yang menggabungkan pemproses berbilang-teras/berbilang-jalur 12th Gen Intel® Core™. Mengoperasikan sistem pengendalian QuTS hero berasaskan ZFS, TVS-hx74 memastikan integriti data dan menyokong penyahduplikasian dan pemampatan data sebaris, syot kilat hampir tak terbatas dan SnapSync masa sebenar. Menampilkan ciri kebolehkembangan PCIe Gen 4 (sehingga dua kali ganda kelajuan penghantaran Gen 3), pengagregatan M.2 NVMe SSD dan sambungan 2.5GbE, TVS-hx74 yang andal dapat menangani cabaran perniagaan yang mendesak dalam storan, sandaran, virtualisasi dan pelayan aplikasi.

QNAP TVS-hx74 ZFS NAS with 12th Gen Intel Core processors optimized for virtualization
QNAP TVS-hx74 ZFS NAS with 12th Gen Intel Core processors optimized for virtualization

"TVS-hx74 QNAP ialah ZFS NAS aras permulaan yang ideal dengan keandalan unggul untuk PKS," kata Meiji Chang, Pengurus Besar QNAP, menambah bahawa "Pemproses berbilang teras dan kebolehkembangan versatil turut memenuhi kehendak berbilang tugas dalam persekitaran IT perusahaan dan menyediakan sumber pengkomputeran yang banyak untuk aplikasi virtualisasi."

"Kami teruja melihat QNAP menggunakan penyelesaian canggih Intel dalam siri NAS terkini mereka. Pemproses berbilang-teras/berbilang-jalur 12th Gen Intel Core akan menyampaikan prestasi pengkomputeran yang cemerlang untuk mempercepatkan aplikasi virtualisasi PKS dan permintaan grafik," kata Jason Ziller, Pengurus Besar, Bahagian Keterhubungan Pelanggan di Intel Corporation.

TVS-hx74 menerima pakai pemproses 12th Gen Intel® Core™ dan Pentium® Gold, menyokong sehingga 64 GB ingatan DDR4 dwi-saluran dan menampilkan dua port 2.5GbE yang menyediakan lebar jalur dipertingkat dan toleransi kesalahan menggunakan Port Trunking. Dengan slot M.2 2280 PCIe terbina dalam, TVS-hx74 membolehkan penggunaan NVMe PCIe SSD untuk merangsang prestasi IOPS apabila mengkonfigurasi pengagregatan SSD. Slot PCIe Gen 4 berkelajuan tinggi disertakan untuk melanjutkan fungsi NAS teras seperti menambah penyesuai rangkaian 10/25GbE, kad QM2 untuk menambah M.2 SSD dan port 2.5GbE/10GbE, kad grafik aras permulaan bagi mengupayakan hantar lintas GPU ke mesin maya dan kad pengembangan storan untuk menyambung kurungan pengembangan QNAP. Output HDMI membolehkan pengguna memaparkan multimedia atau kandungan VM secara langsung yang disimpan atau dioperasikan pada TVS-hx74.

App Center yang inklusif menyediakan pelbagai aplikasi pasang-atas-permintaan untuk meluaskan lagi potensi aplikasi TVS-hx74, seperti mengehos mesin maya dan bekas (menyokong LXD, Docker® and Kata Containers), memudahkan sandaran VMware®/Hyper-V VM, melancarkan sandaran setempat/jauh/awan, mempermudah sandaran Google™ Workspace dan Microsoft 365® dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat barisan penuh QNAP NAS, sila kunjungi www.qnap.com. Pelanggan yang berminat untuk membeli boleh meminta sebut harga di sini.

Hubungan Media

marketing@qnap.com 

Source: QNAP Systems, Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services