omniture

Realsee dan MyMooBan membawa pameran Thai secara dalam talian dengan Lawatan Maya 3D

Realsee
2022-11-30 09:15 219

Rakan-rakan kongsi menggunakan Pengimbas Laser VR Galois Realsee untuk menghidupkan ruang pameran yang luas secara dalam talian

BANGKOK, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Realsee, penyedia teknologi lawatan maya 3D yang terkemuka di dunia, bekerjasama dengan MyMooBan, platform komuniti digital Thai akan membawa ekspo-ekspo Thai yang popular, Pameran Baan Lae Suan dan Pameran Hartanah dan Harta Thailand ke-42 secara dalam talian untuk khalayak global yang besar.

Industri persidangan dan acara terkesan dengan teruk semasa COVID. Dengan hadirin yang tidak dapat melakukan perjalanan untuk mengambil bahagian dalam acara-acara penting secara peribadi, banyak persidangan terpaksa berhenti seketika selama lebih daripada dua tahun. Namun begitu, dalam menghadapi kesukaran tersebut, industri-industri tradisional telah menerima transformasi digital.

Pengalaman dalam talian merupakan penyelesaian yang ideal untuk batasan fizikal lantaran pencegahan wabak. Namun demikian, pihak penganjur acara masih ingin memastikan pengalaman hadirin adalah seperti kehidupan sebenar sebaiknya. Teknologi termaju seperti VR merapatkan jurang ini, menangani masalah utama yang besar dalam industri acara semasa pandemik dan menawarkan kepada pengguna dengan pengalaman dalam talian yang amat imersif.

MyMooBan beralih kepada teknologi pembinaan semula VR dan 3D Realsee yang terkemuka di dunia dalam tempoh ini. Hasil daripada perkongsian yang lancar dan teknologi perintis, acara-acara berskala besar ini boleh mengalu-alukan kedatangan khalayak global dengan selamat dan untuk tempoh masa yang dilanjutkan.

Pameran Baan Lae Suan: Mendigitalkan ruang pameran 56,000 m ² 

Pameran Baan Lae Suan ialah salah satu pameran Thailand yang paling popular, sebagai ekspo rumah dan taman yang terbesar di negara ini. Pada tahun 2022, pameran ini diadakan di Impact Challenger, pusat acara terbesar Thailand dan menghimpunkan lebih 2,000 peserta pameran dan sekitar setengah juta pengunjung.

Dengan Pengimbas Laser VR Galois gred profesional, proprietari Realsee, MyMooBan mengimbas ruang pameran yang luas iaitu 56,000 meter persegi. Walaupun di ruang yang besar seperti ini, Pengimbas Laser VR Galois menawarkan proses pemerolehan dan pembinaan semula VR yang cekap dan amat tepat. Ia mencapai ketepatan pemerolehan kedalaman yang terkemuka di dunia, dengan ralat mutlak mencapai serendah 10mm. Galois Realsee turut menawarkan data ruangan pada jejari sehingga 25 meter, dengan kadar ralat di bawah 0.4%, lalu menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk berfungsi dengan ruang yang luas seperti Pameran Baan Lae Suan.

Hasil daripada kecekapan dan ketepatan Galois Realsee, lapan kawasan kemuncak ekspo ini dihasilkan semula dengan sempurna. Para pengunjung dari seluruh dunia menyertai acara ini secara dalam talian dengan peluang untuk menikmati pengalaman digital yang amat imersif. Dengan hanya satu klik, pengunjung boleh menyertai lawatan besar-besaran pameran tersebut pada bila-bila masa.

"Ekoran COVID, pengunjung tidak dapat hadir ke pameran kami selama lebih setahun. Hasil daripada teknologi Realsee dan platform MyMooBan, kami sebaliknya membawa pameran ini kepada khalayak, kesemuanya melalui teknologi VR. Kami berharap dapat bekerjasama sekali lagi, menggunakan alat digital bagi membantu kurator dan jenama membawakan pameran yang luar biasa," kata penganjur daripada Pameran Baan Lae Suan.

Pameran Hartanah dan Harta Thailand ke-42: Mencipta pengalaman 3D imersif

Bagi Pameran Hartanah dan Harta Thailand ke-42, acara ini dianjurkan dengan jayanya di Queen Sirikit National Convention Center awal tahun ini. Platform digital MyMooBan memanfaatkan Galois Realsee untuk mencipta 1:1 replika yang amat realistik untuk dewan konvensyen yang indah dan mengagumkan. Para pengunjung dari seluruh dunia dapat merasai pengalaman pusat konvensyen bertaraf dunia ini langsung secara maya melalui VR.

Kejayaan acara pada tahun ini adalah amat penting untuk pemaju hartanah tempatan. Acara ini bukan sahaja memberi pendedahan penuh terhadap projek mereka, ia turut mewujudkan platform pembangunan perniagaan jangka panjang yang efektif melalui VR memandangkan ruang pameran digital kekal dalam talian untuk tempoh yang dilanjutkan.

"Kami tidak dapat mengadakan acara secara bersemuka selama hampir dua setengah tahun, iaitu sejak awal tahun 2020. Kurangnya tinjauan hartanah di lapangan memberi kesan yang sangat besar ke atas jualan. Namun kini, semua pemaju hartanah telah mengalihkan aktiviti jualan mereka ke dalam talian. Dengan penambahan teknologi VR Realsee, semua jenis pempamer dapat mencapai pendedahan dalam talian sepanjang tahun. Bakal pelanggan dari seluruh dunia boleh mempelajari tentang projek-projek pihak pemaju dan kemudian berhubung dengan pasukan jualan mereka secara langsung melalui pautan VR pameran -- pada bila-bila masa, di mana-mana," kata penganjur daripada Pameran Hartanah dan Harta Thailand ke-42.

Dengan aplikasi luas lawatan maya VR panoramik dalam industri pameran mewujudkan banyak faedah untuk pihak penganjur mahupun pengguna. Pertama, pengalaman dalam talian seperti kehidupan sebenar melegakan tekanan trafik pameran luar talian, sambil tetap meningkatkan jumlah pengunjung keseluruhan dan menawarkan pengalaman yang luar biasa. Kedua, lawatan-lawatan berkenaan turut menangani sekatan dan batasan fizikal seperti langkah-langkah pencegahan wabak.

Semua jenis industri dan perusahaan di seluruh dunia memanfaatkan teknologi panoramik VR yang utama daripada Realsee dan membentuk semula pengalaman pengguna mereka dengan keanekaan lawatan VR dalam talian.

 

Source: Realsee
Keywords: Internet Technology Real Estate Telecommunications