Pengiktirafan kepada pengguna teknologi Revoria Presses dan Fujifilm di rantau Asia Pasifik atas kreativiti dan inovasi mereka yang mengagumkan
SINGAPURA, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific mengumumkan pada hari ini pemenang-pemenang bagi Innovation Print Awards (IPA) 2022. Dalam tahun ke-15nya, IPA mengucapkan tahniah kepada 47 pemenang dari 10 negara di seluruh rantau Asia Pasifik kerana memenangi anugerah yang berprestij ini. Pertandingan tahunan ini dibuka kepada semua pengguna penyelesaian komunikasi grafik FUJIFILM Business Innovation di seluruh rantau ini.
Terdapat sejumlah 193 penyerahan (tunggal) untuk 25 kategori -- dengan kategori-kategori yang paling kompetitif melibatkan Brosur, Katalog & Risalah dan Pembungkusan & Label -- lebih 40 penyertaan diterima untuk setiap kategori.
Penyertaan di bawah kategori Brosur, Katalog & Risalah dan Pembungkusan & Label meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu dan ia menunjukkan trend dan permintaan yang akan muncul untuk pembungkusan dan label jangka pendek. Jenama-jenama bukan sahaja mencari daya tarikan yang lebih berkesan ke atas pembungkusan mereka untuk menarik minat pelanggan, tetapi juga untuk mendekati mereka dengan pantas. Pembungkusan cetak digital ketika ini membolehkan tempoh pembuatan yang lebih singkat, penyerahan yang tepat pada masanya dan keperluan kuantiti pesanan minimum (MOQ) yang dikurangkan memandangkan kitar hayat produk menjadi lebih pendek.
"Apa yang kita lihat, yang sedang menjadi ikutan dan apa yang kita perhatikan pada tahun ini -- pembungkusan digital dalam persaingan ini sudah rancak dan merupakan salah satu kategori yang paling signifikan yang kami hakimi," kata Paul Callaghan*1, ketua juri untuk IPA 2022. "Bahkan, kami terpaksa membahagikannya kepada dua sub-kategori, Pembungkusan Tegar dan Pembungkusan Karton. Jika anda berpendapat pembungkusan digital ketinggalan dalam apa jua cara, saya boleh memberi jaminan kepada anda, ia sudah pun ada dan telah pun matang."
Innovation Print Awards 2022 – Pemenang "Anugerah Inovasi Terbaik": "The Voyage of Life" menggunakan kaedah pencetakan digital Fujifilm oleh Winson Enterprise (H.K.) Limited, Hong Kong
Daripada 47 penyertaan yang berjaya, 34 daripadanya dicetak menggunakan Iridesse™ Production Press atau Revoria Press™ PC1120, termasuk pemenang bagi "Anugerah Inovasi Terbaik", Winson Enterprise (H.K.) Limited dari Hong Kong. Bertajuk "The Voyage of Life", penyerahan tersebut mendapat inspirasi daripada siri empat lukisan oleh Thomas Cole*2 yang melambangkan alegori empat peringkat kehidupan manusia. Winson Enterprise menggunakan idea yang sama dan menceritakan kisah hidup pasangan. Setiap halaman memaparkan jenis kertas dan kesan yang berbeza, menggambarkan dengan teliti perubahan dalam kehidupan, mencetuskan pelbagai perasaan dan pengalaman untuk pembaca.
"Teknologi dan kelajuan yang besar dalam pencetakan digital membolehkan jenama-jenama menjadi lebih eksploratif dalam reka bentuk mereka dan benar-benar berfikir di luar kotak, terutamanya dengan ketersediaan warna-warna khusus yang berbeza," kata Scott Mackie, Pengurus Besar, Kumpulan Perniagaan Komunikasi Grafik di FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific. "Kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan penetap trend ini bersama pelanggan kami untuk menyampaikan kisah jenama mereka kepada pelanggan mereka melalui teknologi cetak kami. Melalui IPA, gembira rasanya dapat melihat penerimaan teknologi pencetakan digital yang pantas dan kukuh tatkala perniagaan menerima transformasi digital."
Penyertaan yang berjaya akan dipaparkan di bilik pameran Komunikasi Grafik FUJIFILM Business Innovation di Tokyo, Jepun dan di acara-acara industri Komunikasi Grafik serantau
Bagi memprofilkan selanjutnya bakat-bakat ini, FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. akan menghantar kesemua penyertaan*3 kepada Asia Print Awards, sebuah pertandingan untuk pencetak-pencetak di rantau ini.
Pemenang-pemenang Innovation Print Awards 2022
Kategori |
Anugerah |
Nama Syarikat |
Lokasi |
Anugerah Inovasi Terbaik |
Pemenang |
Winson Enterprise (H.K.) Limited |
Hong Kong |
Buku |
Pemenang |
Image Quality Lab Co., Ltd. |
Thailand |
Pemenang Kedua |
Shandong Daoke Graphic Express Co. |
China |
|
Pemenang |
Toppan Security Systems Pte. Ltd. |
Singapura |
|
Laporan Tahunan |
Pemenang Kedua |
Enviro Print Group |
Australia |
Pendidikan |
Pemenang |
TVG Thai Co., Ltd. |
Thailand |
Pemenang Kedua |
LittleLand (Ideastore Limited) |
Hong Kong |
|
Buku Foto |
Pemenang |
Shanghai Jiaqi Printing Technology Co. |
China |
Pemenang Kedua |
Ningbo Xerox Business Co. |
China |
|
Katalog |
Pemenang |
Digital Print Australia |
Australia |
Pemenang Kedua |
The Print Department |
Australia |
|
Risalah |
Pemenang |
Fingerprint Ltd |
Hong Kong |
Kempen Berbilang-Kepingan |
Pemenang |
Marga Kirana Printing |
Indonesia |
Pemenang Kedua |
GMW Creative Prints |
Malaysia |
|
Karton Lipat |
Pemenang |
NK Printing Solutions |
Vietnam |
Pemenang Kedua |
Artech Printing & Graphix Pte Ltd |
Singapura |
|
Pembungkusan Tegar |
Pemenang |
Hebei Xionganshengcai Culture Media Co. |
China |
Pemenang Kedua |
Kunming Gejie Packaging Service Co. |
China |
|
Label |
Pemenang |
Sumeka Co., Ltd. |
Thailand |
Pemenang Kedua |
NK Printing Solutions |
Vietnam |
|
Kalendar |
Pemenang |
Tzuen Yu Enterprise Co., LTD. |
Taiwan |
Pemenang Kedua |
Image Quality Lab Co., Ltd. |
Thailand |
|
Menu Makanan/Minuman |
Pemenang |
Artech Printing & Graphix Pte Ltd |
Singapura |
Pemenang Kedua |
Sincere Service Centre Sdn Bhd |
Malaysia |
|
Penghasilan Seni |
Pemenang |
Shoei Printing Co., Ltd. |
Japan |
Pemenang Kedua |
Shanghai Jiaqi Printing Technology Co. |
China |
|
Pemenang Kedua |
Image Quality Lab Co., Ltd. |
Thailand |
|
Promosi Sendiri Syarikat |
Pemenang |
Winson Enterprise (H.K.) Limited |
Hong Kong |
Pemenang Kedua |
Nanjing Yihao Printing Digital Graphic Imaging Co. |
China |
|
Pemenang Kedua |
K-print Company Limited |
Vietnam |
|
Mel Terus |
Pemenang |
TAKEDA PRINTING CO., LTD. |
Jepun |
Pemenang Kedua |
Pen's House Wedding Invitation Production |
Vietnam |
|
Produk Pejabat |
Pemenang |
Fingerprint Ltd |
Hong Kong |
Pemenang Kedua |
KepMedia International Pte Ltd |
Singapura |
|
POS |
Pemenang |
Enviro Print Group |
Australia |
Poster |
Pemenang |
Suzhou Industrial Park Times Advertising & |
China |
Pemenang Kedua |
Enviro Print Group |
Australia |
|
Reka Bentuk |
Pemenang |
PLUS Collaboratives |
Singapura |
Pemenang Kedua |
Guangzhou Snail Printing Ltd. |
China |
|
Warna Khusus |
Pemenang |
Artech Printing & Graphix Pte Ltd |
Singapura |
Pemenang Kedua |
Image Quality Lab Co., Ltd. |
Thailand |
|
Kemampanan |
Pemenang |
Banway Marketing Sdn Bhd |
Malaysia |
Pemenang Kedua |
TVG Thai Co., Ltd. |
Thailand |
|
Keberkesanan |
Pemenang |
SJ Print and Pack Co., Ltd. |
Thailand |
Teknologi - |
Pemenang |
Guangzhou Zibai Printing Co. |
China |
Teknologi - NFT Digital |
Pemenang |
Hung Hing Offset Printing Co. Ltd |
Hong Kong |
Format Luas (UV) |
Pemenang |
Image Quality Lab Co., Ltd. |
Thailand |
*1: Juri-juri yang menjalankan tugas sebagai panel termasuk Paul Callaghan yang merupakan pengerusi jawatankuasa Persidangan Pempakejan Rantau Asia dan Asia Print Awards serta penerbit bagi majalah Print Innovation Asia, satu-satunya majalah industri cetak rantau ini.
*2: Thomas Cole (1801-1848) ialah seorang artis dan pencinta alam sekitar peringkat awal Amerika. https://thomascole.org/
*3: Penyertaan Innovation Print Awards 2022 dari Australia dan New Zealand tidak layak untuk Asia Print Awards kerana mereka mempunyai anugerah tempatan mereka sendiri.
Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation
FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju global yang komited untuk terus menawarkan inovasi kepada perniagaan pelanggan di seluruh dunia, bagi mewujudkan tempat kerja yang inovatif dan memberikan kepuasan dengan menggunakan maklumat dan pengetahuan secara berkesan melalui transformasi digital (DX). Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul pengalaman sejak penubuhan kami pada tahun 1962, untuk membina sebuah persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang dalam memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan penyelesaian aliran kerja yang bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak digital berbilang fungsi (MFP). Kami juga menawarkan perkhidmatan penyumberan luar proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).
Pada 1 April 2021, kami menukar nama syarikat daripada Fuji Xerox menjadi FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia merangkumkan komitmen kami untuk meneruskan langkah sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengejar inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific merupakan ibu pejabat serantau syarikat global FUJIFILM Business Innovation, memberi sokongan korporat dan perkhidmatan yang dikongsi bersama untuk rantau Asia Pasifik. https://fujifilm.com/fbglobal