omniture

Pensijilan RSPO meningkat daripada tiga negara dalam tahun 2008 kepada 21 dalam tahun 2021, mewakili 4.5 juta hektar ladang kelapa sawit lestari

RSPO
2022-11-30 10:12 196

Laporan Impak RSPO 2022 mencatatkan usaha kelestarian yang berterusan oleh industri kelapa sawit ke arah mengurangkan perubahan iklim, meningkatkan taraf hidup pekebun kecil dan mengakhiri eksploitasi terhadap pekerja, antara tema-tema penting yang lain berhubung impak yang positif.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Pihak berkepentingan global daripada industri kelapa sawit berhimpun sempena Mesyuarat Meja Bulat Tahunan RSPO tentang Kelapa Sawit Lestari (RT2022), mesyuarat fizikal pertama yang berlangsung sejak bermulanya pandemik Covid-19. Bertumpukan sekitar tema "Meningkatkan Rantaian Nilai Kelapa Sawit Lestari Melalui Tindakan Kolektif" ("Scaling up the Sustainable Palm Oil Value Chain Through Collective Action"), RT2022 menarik minat hampir seribu peserta untuk membincangkan penyelesaian terhadap isu-isu buruh yang kritikal, meningkatkan rangkuman pekebun kecil, nilai pensijilan dan perkembangan yang selanjutnya untuk mengurangkan impak perubahan iklim.

Pensijilan RSPO meningkat daripada tiga negara dalam tahun 2008 kepada 21 dalam tahun 2021, mewakili 4.5 juta hektar ladang kelapa sawit lestari
Pensijilan RSPO meningkat daripada tiga negara dalam tahun 2008 kepada 21 dalam tahun 2021, mewakili 4.5 juta hektar ladang kelapa sawit lestari

Semasa ucapan Meja Bulat sulung beliau, Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Joseph D'Cruz, melancarkan Laporan Impak 2022, menonjolkan kemajuan mengagumkan anggota-anggota RSPO merentas pelbagai penunjuk kelestarian. "Kelestarian merupakan satu perjalanan dan bersama-sama pasukan saya dan kesemua anggota kami, RSPO akan terus merintis laluan untuk sektor sawit," kata D'Cruz. "Kami akan menunjukkan bagaimana pengeluaran dan penggunaan kelapa sawit dapat menjadi penyumbang yang penting kepada komitmen sifar bersih; untuk menonjolkan peranan yang dimainkan oleh pengeluaran sawit yang lestari bagi memberikan kehidupan yang baik dan bermaruah serta kemakmuran untuk berjuta-juta keluarga luar bandar merentas dunia yang sedang membangun; dan untuk menunjukkan bagaimana ladang-ladang kelapa sawit regeneratif yang diurus dengan baik dapat menjadi penyumbang yang amat penting kepada pemuliharaan spesies dan biodiversiti."

Laporan Impak mendedahkan beberapa pencapaian penting sepanjang hampir dua dekad yang lalu sejak penubuhan RSPO termasuk peningkatan kawasan diperakui global daripada 125,000 hektar di tiga negara dalam tahun 2008 kepada 4.5 juta hektar yang terbentang merentas 21 negara, yang mana 301,020 hektar telah dipelihara dan dilindungi melalui pensijilan RSPO. Dianggarkan setengah juta pekerja di estet dan kilang di serata dunia kini diwakili di bawah Prinsip-prinsip dan Kriteria (P&C) RSPO melalui pensijilan. Emisi gas rumah hijau yang telah dicegah sejak tahun 2015 adalah bersamaan dengan hampir 400,000 buah kereta yang dipandu setiap tahun. Di samping itu, kumpulan pekebun kecil yang terdiri daripada sekitar 5000 orang petani di Sierra Leone menjadi Kumpulan Pekebun Kecil Bebas (Independent Smallholder Group) pertama mencapai pensijilan di Afrika, salah satu perintis memuncul bagi pengeluaran minyak kelapa sawit. Menegaskan peranan RSPO, D'Cruz memberi jaminan bahawa, "Minyak kelapa sawit lestari tidak syak lagi lagi merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan minyak sayuran dunia pada hari ini dan pada masa akan datang."

Anne Rosenbarger dan Dato´Carl Bek-Nielsen, Kursi Bersama Lembaga Pengelola RSPO, bersama-sama menyeru respons disatukan untuk memaksimumkan potensi sektor ini bagi mentransformasikan rantaian nilai minyak kelapa sawit dengan lestari, sependapat dengan D'Cruz, "Tatkala komuniti global menuntut penyelesaian sebenar dan berdaya maju untuk menyelamatkan planet kita yang semakin panas ini, RSPO menunjukkan bahawa ia memainkan peranan yang aktif dalam memanfaatkan impak positif pengeluaran minyak kelapa sawit lestari, yang membawa kepada pembangunan mampan. Usaha dan langkah transformasi kita harus diteruskan, kerana perubahan merupakan satu keperluan untuk kita semua. Walaupun kelestarian merupakan tanggungjawab bersama, ia memerlukan perubahan individu – sekiranya kita ingin melepasi garisan penamat bersama-sama dan mencetuskan impak, kita berkewajipan untuk menggalas tahap pemilikan yang lebih tinggi dan menerima bahawa sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan."

Anggota-anggota turut meneliti bahawa RSPO perlu menarik minat yang lebih tinggi daripada pasaran pengguna yang menjadi keutamaan seperti China, India, Malaysia dan Indonesia bagi memilih minyak kelapa sawit lestari dan menyertai inisiatif kolektif untuk RSPO agar memberi impak yang transformatif ke atas bekalan global dan permintaan terhadap minyak kelapa sawit lestari.

 

Source: RSPO
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology