HWACHEON, Korea Selatan, 7 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2014 telah bermula pada hari Sabtu lepas.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140106/8521400039 )
Pesta itu diadakan mulai 4 hingga 26 Januari di seluruh pekan Hwacheon, Daerah Gangwon, dengan slogan "Hati Penuh Mesra, Memori Penuh Indah," dan menawarkan kira-kira 60 program berbeza.
Tiket untuk program utama pesta itu, memancing di dalam ais, hampir laris dijual pada hari hujung minggu, dan mungkin bakal menarik kedatangan lebih 1 juta pengunjung.
Kata penganjur, tempat penginapan berhampiran sudah hampir habis ditempah untuk hujung minggu sepanjang tempoh pesta itu.
Upacara perasmian telah diadakan pada 6 petang dengan gabenor daerah Chung Gap-chul dan penulis novel Lee Oi-soo antara yang hadir, diraikan dengan pertunjukan bunga api dan persembahan Arirang.
Setiap pengunjung majlis perasmian itu telah menerima selendang pemanas leher berwarna merah sebagai cenderahati.
Bagi mematahkan dakwaan yang ikan tempatan di sana bukan baka tulen, para penganjur akan menganjurkan simposium antarabangsa pada 7 Januari tentang pembiakan baka itu.
Pada 11 Januari, simposium akan diadakan tentang cara bagi membangunkan pesta kebudayaan dan pelancongan serta pertandingan luncur papan atas ais.
Pada 16 hingga 18 Januari, pesta itu bakal menganjurkan pertemuan datuk bandar bagi bandar musim sejuk yang menerajui di dunia, yang juga akan dihadiri oleh kor diplomatik asing di Korea Selatan.
"Hari Bidadari" dirancang akan diadakan pada 21 dan 22 Januari untuk keluarga berbilang budaya, yang bakal dijemput untuk menyertai program memancing dan program lain secara percuma.
Pesta itu akan berakhir pada 26 Januari dengan upacara penutup pada pukul 6 petang.
"Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2014 telah dipilih sebagai acara perwakilan Korea Selatan. Kami telah membuat persediaan bagi membuatkannya padat dengan pelbagai pemandangan untuk dinikmati dan bermacam-macam cara untuk mengalami budaya, termasuk pameran Michelangelo yang akan diadakan buat kali pertama sewaktu pesta tempatan, bagi meningkatkan kualiti acara itu," kata datuk bandar daerah Chung.
Pesta Sancheoneo dikunjungi lebih 1 juta orang setiap tahun dan telah diiktiraf sebagai pesta tempatan terbaik selama empat tahun berturut-turut oleh kementerian kebudayaan. Ia telah dipilih sebagai pesta perwakilan Korea Selatan untuk tahun ini dan telah menjadi salah satu daripada empat acara meraikan musim sejuk global di samping Alam Ais dan Salji China, Pesta Salji Sapporo Jepun dan Karnival Musim Sejuk Kanada.
Perhubungan Media
An gyu-jeong
+82-33-440-2227
a4891@korea.kr
SUMBER: Foundation NARA