omniture

China TAILG, Perintis Pengangkutan Elektrik Global

TAILG
2022-12-01 22:53 172

HANOI, Vietnam, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Mulai 26 hingga 28 November, "Projek Perintis Kenderaan Dua-roda Elektrik" dilancarkan dengan jayanya dengan upacara penyerahan susulan. Projek ini dibangunkan secara bersama oleh TAILG, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pusat Pertukaran dan Pemindahan Teknologi Alam Sekitar Jalur dan Jalan China, Vietnam University of Transport Technology serta jabatan-jabatan yang berkaitan dalam kerajaan Vietnam.


Sebagai rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam projek perjalanan elektriknya, TAILG telah menyumbang e-skuter elektrik tersuai bagi memberi sokongan teknikal dan produk untuk perjalanan rendah karbon.


Kerajaan Vietnam merakamkan penghargaannya atas sumbangan yang dibuat oleh TAILG untuk mendorong peralihan Vietnam daripada gasolin kepada kuasa elektrik dan untuk menambah baik persekitaran hidup penduduk tempatan. Cik Yeoju Jeong, wakil daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan pengiktirafan dan penghargaan beliau atas usaha yang dibuat oleh TAILG untuk memberi kuasa kepada perjalanan elektrik global.

Sebagai rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam program perjalanan elektriknya, TAILG telah membuat lawatan berulang kali ke ibu pejabat Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu — satu-satunya pengeluar kenderaan 2&3 roda elektrik Cina yang dijemput. TAILG turut menghadiri Persidangan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menjalin kerjasama yang strategik dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia mengambil bahagian dengan aktif dalam program-program peningkatan alam sekitar dan iklim global dengan berganding bahu bersama Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melancarkan projek-projek perintis perjalanan elektrik di Kenya, Uganda, Filipina dan negara-negara lain di serata dunia. TAILG memperkenalkan pengalaman beraneka China bagi pengangkutan karbon rendah dan rantaian industri kenderaan elektrik termaju ke seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, ia telah melakar kejayaan yang luar biasa, dengan produk-produknya dijual ke lebih daripada 90 negara dan wilayah.  


Sehingga kini, TAILG memiliki lebih daripada 1,000 paten termasuk paten teras untuk teknologi penjimatan kuasa. Sebagai penetap standard, perintis industri dan peneroka teknologi perbatasan, TAILG merupakan jenama yang terkenal di China dan seluruh dunia.

Pada masa akan datang, TAILG akan terus mendukung konsep perjalanan rendah karbon dan menggalakkan pengangkutan elektrik global dengan inovasi teknologi yang berterusan.

 

 

Source: TAILG
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Transportation Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services