QINGDAO, China, 8 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Hisense membuat pengumuman di CES pada 6 Januari syarikat itu akan secara rasminya memulakan pengeluaran VIDAA TV secara besar-besaran, set televisyen berasaskan Internet, dalam pasaran Amerika Utara pada bulan Mac melalui saluran pengedaran utama syarikat itu di Amerika Syarikat.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/CN39882 )
"TV pintar akan menawarkan Hisense peluang untuk mencapai matlamatnya agar dapat menjadi antara tiga jenama TV terbaik dunia," kata Lin Lan, Naib Presiden Hisense International. Kata-kata beliau adalah berdasarkan penyelidikan pasaran yang menunjukkan kadar penembusan isi rumah untuk TV Pintar di Amerika Syarikat baru sahaja mencapai 20%. Kadar penembusan yang rendah ini disebabkan pengendalian dan fungsi yang lebih rumit berbanding set TV Pintar lain, yang membuatkan sebilangan besar populasi A.S. menganggap diri mereka tidak cukup arif teknologi lalu tidak memilih untuk membelinya. Penyelidikan pasaran yang sama ini juga menunjukkan 45% daripada penduduk isi rumah Amerika merancang untuk membeli set televisyen; dalam masa dua tahun, 42% daripada pembelian itu ialah TV Pintar. "Ini peluang untuk kami. Setakat ini, tiada TV Pintar mudah guna yang ada dalam pasaran Amerika, dan Apple pula belum melancarkan produknya. Sebarang teknologi yang menimbulkan masalah kepada sebahagian besar pengguna memang bukan keputusan yang bijak. Kelebihan VIDAA adalah ia mudah digunakan, dan itu ciri yang sangat menarik dalam pasaran A.S," kata Lin. Beliau juga menegaskan yang beliau mempunyai harapan yang tinggi untuk prestasi pasaran VIDAA TV.
VIDAA TV Hisense yang dipamerkan di CES mempunyai empat butang fungsi asas dan ini membolehkan pertukaran yang pantas dan lancar antara TV langsung dan video Internet. Teknologi ini telah dibangunkan oleh pasukan yang berpusat di Kanada yang diperoleh Hisense. "Teknologi inovatif di belakang VIDAA TV ini memberi tumpuan terhadap interaksi manusia-komputer yang pintar namun ringkas, dan ini merupakan hasil pemikiran inovatif Hisense tentang Internet. Produk dengan harga yang berdaya saing ini akan membantu syarikat itu membina dan memperluas kehadirannya dengan pesat dalam pasaran A.S.," kata Chris Tyghe, Pengurus Pemasaran Hisense.
VIDAA TV mendapat sambutan ramai pengguna di seluruh China dengan jualan sudah pun melebihi 1 juta dalam masa lapan bulan sejak pelancarannya. Lebih 95% pembeli VIDAA TV telah mengaktifkan perkhidmatan Internet VIDAA dengan tahap penggunaan perkhidmatan Internet melalui VIDAA TV dicatatkan sebanyak lebih 95%.
Di CES, Hisense juga bakal melancarkan TV lasernya dengan harga yang berdaya saing dengan rancangan untuk menjadikan produk itu sedia didapati seluruh dunia tidak lama lagi.