omniture

Alami InformEx 2014 dalam Cara Serba Baharu; Gunakan App Mudah Alih InformEx yang Julung Kali Direka untuk Merancang Mesyuarat dan Mengatur Agenda

InformEx
2014-01-08 13:01 139

- App InformEx baharu membantu perangkaian sewaktu ekspo Pantai Miami berlangsung dan membantu pengunjung dilengkapi perkembangan semasa untuk semua acara, termasuk sesi bicara rancangan " Breaking Bad "

#Next30

HAMILTON, New Jersey, 8 Januari 2014  /PRNewswire/ -- InformEx, acara perkongsian perniagaan yang menerajui di Amerika Utara untuk pembeli dan penjual bahan kimia bernilai tinggi, telah memperkenalkan app mudah alih yang boleh digunakan oleh para pengunjung bagi menjadikan kunjungan mereka ke persidangan dan ekspo 2014 itu lebih produktif dan berguna. InformEx 2014 akan diadakan di Pantai Miami, Florida, 21 hingga 24 Januari.

App mudah alih konvensyen InformEx baharu itu menawarkan gerbang yang mudah untuk melihat paparan lalu memilih sesi pembelajaran, mencipta agenda persidangan peribadi, mengetengahkan pempamer, serta menghantar dan menerima mesej atau mengatur pertemuan dengan pengunjung lain. App itu juga memastikan pengunjung mendapat maklumat mutakhir tentang acara dan berita, dengan penstriman masa sebenar daripada laman media sosial.

Lebih 3,500 pengunjung daripada syarikat farmaseutikal, bahan kimia halus dan bahan kimia khusus yang terbaik bakal berkumpul di Pantai Miami lewat bulan ini bagi mengambil bahagian dalam acara perangkaian dan persidangan InformEx 2014. (Daftar di sini).

"InformEx gembira kerana dapat menawarkan kepada para eksekutif bahan kimia khusus dan tersuai khusus cara baharu untuk memanfaatkan sepenuhnya keempat-empat hari mereka berada di Pantai Miami," kata Nancy Largay, Pengarah Jenama InformEx. "Selain peluang perangkaian utama yang disediakan oleh kami, acara yang memasuki tahun ke-30 ini bakal memaparkan barisan sesi pendidikan serta penceramah yang berkualiti. Kami menggalakkan semua pengunjung untuk memuat turun app itu bagi memastikan mereka tidak ketinggalan apa-apa semasa mereka menghadiri konvensyen itu."

Sesi pembelajaran bakal diadakan di tapak pameran bagi memudahkan jadual mesyuarat para pengunjung yang padat. Fon kepala yang membatalkan kebisingan membolehkan peserta menumpukan perhatian dan menyumbang secara aktif kepada sesi "senyap" ini, walaupun dalam persekitaran yang penuh bertenaga.

Sesi persidangan pada 22 Januari bakal dirasmikan dengan pembentangan istimewa oleh Dr. Donna Nelson, profesor kimia organik Universiti Oklahoma yang merupakan perunding saintifik untuk siri televisyen yang merangkul banyak anugerah, "Breaking Bad" sejak musim keduanya. Dr. Nelson bakal berkongsi kisah bagaimana beliau menukarkan ilmu pengetahuan kimia beliau menjadi jalan cerita menguja untuk rancangan yang telah mencatat sejarah sebagai antara rancangan televisyen paling berjaya pada dekad yang lalu.

Sesi khas lain bakal menyentuh topik termasuk kimia hijau, memenuhi bekalan untuk perubatan yang dikhususkan, strategi harta intelek dan mengatasi halangan perdagangan. (Lihat senarai persidangan lengkap di InformEx.com).

Para pengunjung juga akan mempunyai akses kepada semua resepsi perangkaian dan kemasukan percuma ke dalam Pameran Pempamer & Teknologi Bertaraf Dunia.

InformEx ialah acara tumpuan untuk ratusan syarikat yang menerajui – termasuk pengeluar, pengedar dan penyedia perkhidmatan untuk industri bahan kimia halus, bahan kimia khusus dan bahan kimia tersuai khusus. Jangan ketinggalan untuk menyertai kehangatannya di Pantai Miami; daftar sekarang.

Latar Belakang InformEx
Dianjurkan oleh UBM, InformEx menggalakkan kemajuan industri bahan kimia halus, bahan kimia khusus serta bahan kimia tersuai khusus dengan menyediakan peralatan perangkaian, peluang pembelajaran dan forum kolaborasi masyarakat – semuanya direka untuk memecut pertumbuhan dalam landskap syarikat bahan kimia yang kian berubah. Acara InformEx tahunan ini ialah eksposisi yang wajib dihadiri dalam industri bahan kimia selama 30 tahun lepas, menyediakan platform bagi perangkaian secara depan-depan dan pembangunan perniagaan. Setiap tahun acara itu membawa bersama campuran antarabangsa yang terdiri daripada lebih 3,500 para profesional bahan kimia halus dan bahan kimia khusus serta ratusan pempamer. Bagi mengetahui lebih lanjut, lawati www.informex.com.

Source: InformEx
Related Links:
Keywords: Chemical Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news