GUILFORD, Maine, 8 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Puritan Medical Products, pengeluar terbesar bagi peranti pengumpulan spesimen guna sekali, telah mengumumkan dua paten Jepun baharu bagi kapas kesat kelompok berprestasi tinggi mereka yang revolusioner.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/NE41287 )
Paten bagi kapas kesat HydraFlock® (No. 2012-522818) dan kapas kesat PurFlock Ultra® (No. 2012-522817) merupakan paten kesembilan dan kesepuluh yang telah diterima oleh Puritan. Puritan juga mempunyai paten peranti dan kaedah di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Australia bagi rangkaian kapas kesat kelompok dengan paten yang masih tertangguh di China.
"Memandangkan kaedah proprietari dan peranti berprestasi tinggi kami terus memperkenalkan Puritan dalam industri, kami kian berkembang ke dalam pasaran antarabangsa yang ada," kata Timothy Templet, Timbalan Presiden Eksekutif Puritan bagi Jualan Global. "Anugerah paten Jepun merupakan bukti bagi pengiktirafan kami yang semakin meningkat sebagai salah satu pengeluar yang paling dipercayai bagi produk perubatan guna sekali di serata dunia."
Kapas kesat HydraFlock® dan PurFlock Ultra® milik Puritan mewakili evolusi perintis dalam teknologi pembuatan kapas kesat kelompok. Hanya kapas kesat ini disediakan dengan reka bentuk mikrostruktur tiga dimensi tersendiri yang dihasilkan daripada gentian yang dibuat khas serta menerusi proses kelompok proprietari.
Pelbagai uji kaji telah menunjukkan kapas kesat HydraFlock® dan PurFlock Ultra® mempunyai kapasiti penyerapan yang hebat dan ciri-ciri elusi spesimen yang lebih pantas. Keputusan uji kaji menunjukkan ketekalan dan ketulenan sampel yang lebih besar tanpa memerlukan pertambahan rawatan gentian atau berbilang pengumpulan spesimen.
Kapas kesat HydraFlock® dan PurFlock Ultra® boleh diperoleh secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada sistem pengangkutan virus atau bakteria Puritan. Kapas kesat kelompok HydraFlock®, digabungkan bersama sistem pengangkutan bakteria amil cecair telah dihasilkan secara tersendiri bagi memberikan prestasi unggul dan serba boleh dalam pengumpulan dan pengangkutan bakteria klinikal yang signifikan.
Kapas kesat kelompok PurFlock Ultra® digunakan bersama sistem media pengangkutan universal UniTranz-RT™ Puritan bagi pengumpulan, pengekalan dan pengangkutan spesimen virus, chlamydia, mycoplasma dan ureaplasma pada suhu bilik (RT) atau penyimpanan beku bagi tempoh jangka panjang. Kedua-dua kit adalah serasi dengan peralatan makmal yang standard dan automatik.
Latar Belakang Puritan
Puritan Medical Products Co, LLC merupakan pengeluar terbesar bagi produk perubatan dan diagnostik guna sekali di Amerika Utara, menghasilkan sehingga lebih 35 jenis peranti pengumpulan spesimen termasuk kapas kesat kelompok yang dipatenkan dan sistem pengangkutan dipenuhi media. Kesemua penyelidikan dan pembangunan, ujian produk, pengesahan dan pelancaran telah diadakan di fasiliti Puritan di Guilford, ME, Amerika Syarikat, termasuklah pengeluaran media khas dan keupayaan penyebatian bagi memenuhi kepelbagaian keperluan para pengguna.