omniture

Huawei Menjemput Semua Agar "Memenuhi Impian" dengan LTE 4G di CES 2014

Huawei Consumer Business Group
2014-01-08 23:30 122

- Nikmati kemudahan ketersambungan LTE 4G dengan rangkaian peranti LTE 4G Huawei

LAS VEGAS, 8 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) peringkat global yang menerajui, hari ini melancarkan rangkaian peranti dibolehkan LTE 4G di CES 2014 termasuk telefon pintar utamanya yang baharu iaitu HUAWEI Ascend Mate2 4G, penyelesaian telematik ME909T dan peranti Cat4 LTE.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/HK39908)

"2013 merupakan tahun yang luar biasa untuk Huawei Consumer Business Group dan kami dalam usaha bagi mencapai jumlah tahunan melebihi 52 juta penghantaran telefon pintar, iaitu lebih 60 peratus peningkatan dari tahun ke tahun sejak tahun 2012," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Consumer Business Group. "Dengan melancarkan pelbagai produk LTE 4G pada tahun 2014 termasuk HUAWEI Ascend Mate2 4G, kami akan terus merancakkan kejayaan ini."

"Kami teruja untuk melancarkan rangkaian pertama kami bagi produk LTE 4G sempena Tahun Baharu di CES 2014," ujar Colin Giles, Timbalan Presiden Eksekutif, Huawei Consumer Business Group. "Memandangkan lebih ramai pengguna mahukan kelajuan yang lebih pantas, prestasi yang lebih tinggi dan interaksi yang lebih lama dengan peranti mudah alih mereka, kami akan terus memperkenalkan penyelesaian dan produk baharu yang menguja serta memungkinkan kehidupan yang sentiasa terhubung."

Huawei mempamerkan telefon pintar LTE 4G, penyelesaian telematik dan peranti jalur lebar mudah alih (MBB) termasuk:

  • HUAWEI Ascend Mate2 4G merupakan peranti hebat baharu yang memberikan lebih kuasa dan skrin yang lebih besar bagi menggarap peluang pada bila-bila masa kepada para pengguna di seluruh dunia. Telefon pintar dibolehkan LTE 4G ini, dengan skrin IPS 6.1-inci, bateri 4050 mAh[1] dan kamera hadapan 5-megapiksel amat bertepatan untuk memuat turun filem atau memuat naik fail tugasan dalam sekelip mata dan mempunyai tenaga yang mencukupi bagi penstriman tiga filem atau mendengar muzik sehingga 100 jam hanya dalam sekali pengecasan. HUAWEI Ascend Mate2 4G memaparkan pemproses 1.6 GHz empat teras berkuasa dan hadir dengan antara muka pengguna proprietari Huawei Emotion UI 2.0,[2] yang membolehkan penyesuaian skrin utama dengan lebih ringkas, berbilang tugasan dilakukan serentak dan akses yang mudah kepada aplikasi.
  • HUAWEI ME909T yang dilancarkan pada 4 Disember 2013 merupakan modul automotif generasi seterusnya yang menyeluruh dan menyediakan ciri-ciri seperti akses kepada sistem satelit navigasi global (GNSS), panggilan kecemasan (eCall), arahan trafik dan maklumat kaji cuaca ketika memandu kepada para pemilik kenderaan. Dengan ketersambungan Cat3 LTE 4G dan kelajuan sehingga 100Mbs, modul ini direka dan dihasilkan agar mematuhi Majlis Elektronik Automotif Q100 dan Standard Pengurusan Kualiti Industri Automotif TS 16949 dan dapat bertahan daripada keadaan yang sukar seperti suhu yang lampau, persekitaran berkelajuan tinggi dan bekalan kuasa yang tidak stabil.

[1]

Bagi rujukan sahaja, saiz bateri sebenar mungkin berbeza mengikut kawasan

[2]

Bagi rujukan sahaja, ketersediaan Emotion UI 2.0 mungkin berbeza mengikut kawasan

Dengan koleksi peranti dibolehkan LTE 4G ini dan kepakarannya sebagai penyedia rangkaian LTE, Huawei dijadikan peneraju dalam era LTE 4G.

Huawei turut memperkenalkan modem wayarles 3G bersaiz sebesar kad SD yang pertama di dunia iaitu HUAWEI E2130/E2131 dengan kelajuan memuat turun sehingga 21 Mbps dan kelajuan memuat naik sehingga 5.76 Mbps. Ia amat sesuai untuk kesemua rangkaian tablet, komputer riba mudah alih dan kamera, yang membolehkan pemasangan palam segera dan mendapatkan sambungan seraya membuat perkongsian serta merta pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Terdapat juga peluang memenangi hadiah dan meninjau produk Huawei di CES Antarabangsa 2014, bermula pada 7 hingga 10 Januari 2014. Silalah singgah ke tapak pameran #30222 Huawei di Dewan Selatan, Pusat Konvensyen Las Vegas.

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group

Pada penghujung tahun 2012, produk dan perkhidmatan Huawei telah dihantarkan di lebih 140 negara untuk berkhidmat kepada lebih satu pertiga daripada populasi penduduk dunia. Huawei juga telah menubuhkan lebih 16 pusat penyelidikan dan pembangunan serata dunia di negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Salah satu daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei, Huawei Consumer Business Group (BG) menyediakan rangkaian produk termasuk peranti jalur lebar mudah alih (MBB), peranti rumah, telefon bimbit dan perkhidmatan awan. Sebagai syarikat yang masih baharu dan progresif, Huawei Consumer BG menduduki tempat ketiga dalam penghantaran telefon pintar global pada suku tahun ketiga tahun 2013. Huawei Consumer BG juga komited bagi memenuhi impian pengguna untuk memperkaya kehidupan masyarakat menerusi komunikasi dan membawakan manfaat dan keriangan teknologi kepada lebih ramai penduduk serata dunia.

Bagi maklumat lanjut, layari Huawei Consumer BG dalam talian.

Ikuti kami di:

Facebook, Twitter, Google+, YouTube, & Flickr

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Trade show news