omniture

Bantu Usaha Memanaskan Badan Britain, Gunalah Pakaian Bulu Bebiri. Acara The English Gentleman di Bilik Mesyuarat Kabinet Perang

The Woolmark Company
2014-01-08 23:32 200

LONDON, 8 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Sambil kemeriahan Hari Kedua untuk Koleksi London: Jejaka menghampiri pengakhirannya, ruang bawah tanah di SW1A Bilik Mesyuarat Kabinet Perang dihangatkan mulai Jam 1800 dengan interpretasi moden pakaian bulu bebiri dan gaya yang bersesuaian dengan zaman 1940an. Dalam susunan ruang seolah-olah aktiviti yang berlangsung sewaktu Perang Dunia Kedua di bawah tanah, beberapa set yang memukau telah dicipta di sekeliling tempat itu dalam bilik yang hampir tidak terjejas milik Sir Winston Churchill, isteri beliau Clementine, para pegawai dan pegawai pemerintah selain logistik dan perancangan jitu bilik Peta.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/662937-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/662937-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/662937-c)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/662937-d)

Lapan puluh pakaian yang diperagakan oleh peragawati, pelakon dan 'rakan' Savile Row bakal menyuntik nafas baharu untuk tempat itu dengan busana bulu bebiri Merino ditempah khas yang cukup indah buatannya, setiap satunya mengekspresikan tema atau saat tertentu dalam kehidupan Jejaka Inggeris di Bilik Mesyuarat Kabinet Perang, sambil The Woolmark Company sekali lagi melakukan kolaborasi dengan Savile Row dan Jo Levin, Pengarah Fesyen Kreatif majalah GQ Britain, bagi menyampaikan mesej Musim Luruh/Musim Dingin hari itu, bagi membalut diri dalam kehangatan bulu bebiri Merino. Pertunjukan itu diterbitkan dan dipersembahkan oleh Anda Rowland dari Anderson & Sheppard serta Sammy Aki.

Rob Langtry, Ketua Pegawai Strategi dan Pemasaran untuk Australian Wool Innovation/The Woolmark Company berkata "Satu siri poster telah dicipta bagi mengingatkan para pengunjung tentang kepentingan bulu bebiri merentasi masa, terutamanya pada tahun 1940an, apabila catuan dikuatkuasakan ke atas tenaga pemanasan dan elektrik – mesej yang juga boleh diaplikasikan pada masa kini memandangkan kita diingatkan 'apabila suhu menurun, kita boleh memakai beberapa lapisan pakaian bulu bebiri dan mengurangkan penggunaan termostat' bagi memanaskan diri semasa musim sejuk. Paparan ini menunjukkan kepelbagaian tulen bulu bebiri Merino serta ciri serba gunanya, warnanya yang ceria, tekstur mewahnya dan kelembutan gebunya."

Acara The English Gentleman dirancang bagi mengetengahkan bulu tenun, fabrik dan pakaian Bulu Bebiri Merino yang dihasilkan oleh beberapa pengeluar dan tukang jahit paling berprestij di dunia yang menyerlahkan hasil buatan tangan dan perincian yang mewah. Kolaborasi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ciri-ciri prestasi semula jadi bulu bebiri serta kepelbagaiannya yang sesuai untuk semua musim dan kategori produk. Kain Bulu Bebiri Merino ringan secara semula jadi, lalu berkesan bagi mengawal atur suhu badan pemakai dan memastikan mereka hangat semasa musim sejuk dan menyejukkan badan semasa musim panas. Kain bulu bebiri menyerap lembapan secara semula jadi, dan menyingkirkan bau, tidak terjejas oleh elektrik statik, dan menyediakan perlindungan sinar UV secara semula jadi, dan tidak akan terbakar jadi ia selamat untuk dipakai. Bulu Bebiri Merino mempunyai keanjalan semua jadi kerana lisu seratnya lalu menjadikan pakaian tidak mudah berkedut dan mengekalkan bentuknya, dan kurang kemungkinan untuk benangnya bergumpal kerana serat lebih panjang yang digunakan dalam penghasilannya bagi memastikan prestasi pakaian yang dijamin.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penenun dan saudagar pakaian mewah dari UK yang telah berganding bahu dengan The Woolmark Company bagi membekalkan lebih 200 meter fabrik bulu bebiri Merino. Ia dibekalkan kepada para tukang jahit sebagai sumbangan kepada projek bagi penghasilan rangkaian rekaan ikonik yang meliputi:

  • Sut Flanel Kelabu
  • Sut hijau bertekstur dengan corak Donegal, Herringbone dan Country Tweed
  • Seluar dengan bres belakang
  • Kain korduroi menggunakan fabrik adunan bulu bebiri
  • Kot musim sejuk tradisional dalam kemasan halus rapi serta corak Herringbone
  • Jubah santai tradisional bulu bebiri Merino mewah yang gebu

Bilik Mesyuarat Kabinet Perang: 18:00 - 20:00 pada hari Selasa, 7 Januari, dengan jemputan khas sahaja.

Latar Belakang The Woolmark Company:

The Woolmark ialah jenama serat tekstil yang paling terkemuka di dunia, ditubuhkan pada tahun 1964.

Jenama Woolmark dimiliki oleh Australian Wool Innovation (AWI), syarikat tanpa untung yang dimiliki oleh lebih 25,000 penternak kambing bebiri. Syarikat itu berfungsi sepanjang rantaian bekalan global – daripada penternak kambing bebiri sehinggalah kepada peruncit.

Kain bulu bebiri adalah serat 100 peratus semula jadi dan boleh diperbaharui. Kambing bebiri memerlukan rumput, air, udara segar serta cahaya matahari untuk hidup. Bulu bebiri dihasilkan daripada haiwan ternakan – bukan buatan manusia. Setiap tahun, kambing bebiri menghasilkan lapisan bulu baharu, lalu menjadikan bulu bebiri sumber serat yang boleh diperbaharui.

SUMBER  The Woolmark Company

Source: The Woolmark Company
Keywords: Fashion Retail Textiles Not for profit