BANGALORE, India, 9 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat penyelesaian dan teknologi oftalmik berpatutan yang berpusat di Bangalore, Forus Health Pvt. Ltd. (Forus) dengan jayanya menambahkan pembiayaan Siri B sehingga Rs 50 crore dalam satu pusingan yang diterajui oleh Asian Healthcare Fund. Accel Partners dan IDG Ventures India yang merupakan pelabur sedia ada turut mengambil bahagian. Unitus Capital pula merupakan penasihat mutlak Forus bagi transaksi yang dilakukan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140109/662862)
Forus telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Dr. Shyam Vasudeva Rao dan K. Chandrasekhar yang bertujuan untuk menangani isu penyerahan penjagaan kesihatan menerusi reka bentuk produk yang inovatif dan menyeluruh serta penggunaan perkhidmatan. Dr. Shyam sebelum ini merupakan Pengarah Teknologi di Philips Healthcare dan Chandrasekhar pula sebelum ini merupakan Pengarah Strategi di NXP Semiconductors.
Produk utama Forus, 3nethra merupakan peranti pemeriksaan mata yang bersepadu, cerdas, berpatutan, tahan lasak dan mudah alih yang boleh memeriksa mata pesakit dalam tempoh kurang 5 minit bagi masalah berkaitan mata yang lazim. Peranti ini disepadukan bersama aplikasi teleperubatan yang dihoskan oleh awan, dikenali sebagai Foruscare bagi menawarkan platform penyelesaian penjagaan mata yang lengkap.
Dengan nisbah pakar mata kepada pesakit yang sangat rendah di India, 3nethra telah direka supaya dapat digunakan oleh juruteknik yang menerima latihan minimum dan boleh digunakan di kawasan pedalaman bagi meningkatkan akses kepada penjagaan mata yang berkualiti dengan pesat. Memandangkan peranti ini mudah digunakan dengan keupayaan teknikal dan pengimejan yang unggul, peranti ini telah menerima pengiktirafan meluas dalam komuniti oftalmik India dan juga menerima daya tarikan yang meluas pada peringkat global dengan lebih 220 pemasangan di 14 negara sehingga pada hari ini dan telah memeriksa kira-kira 600,000 mata di seluruh dunia.
"Forus bermatlamat untuk membantu 20 juta penduduk sekitar tiga tahun akan datang dengan merevolusikan penyerahan penjagaan kesihatan, menggunakan pendekatan berteraskan pencegahan dan pemeriksaan pendemokrasian," ujar Dr. Shyam Vasudeva Rao, Presiden dan Ketua Pegawai Teknikal Forus.
"Penerimaan daripada kalangan pengamal oftalmik dan galakan daripada pelabur utama kami mendorong kami untuk terus berusaha bagi mencapai matlamat Forus. Pelaburan ini akan menjadi penting untuk membantu kami mencapai suatu skala menerusi pengukuhan rantaian bekalan dan rangkaian jualan kami serta membangunkan produk baharu," kata K. Chandrasekhar, Ketua Pegawai Eksekutif Forus.
"3Nethra merupakan produk terkini yang dapat memenuhi keperluan 1/3 daripada populasi penduduk dunia yang memerlukan ujian mata yang berpatutan. Dengan latar belakang teknologi yang mendalam serta pelaksanaan yang hebat, Forus telah berjaya mencapai daya tarikan yang meluas pada peringkat antarabangsa. Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan Forus dalam usaha dan kejayaan ini," kata Anand Daniel, Ketua, Accel Partners.
Ajay Kumar Vij, Ketua Pegawai Eksekutif AHF berkata pada majlis tersebut, "Kami mengagumi kedalaman pengurusan dan usul nilai yang tersendiri oleh Forus serta kesan sosial hasil produk 3nethra mereka. Kami berharap dapat bekerjasama dengan K. Chandrasekhar, Dr. Shyam V. Rao serta pasukan mereka dalam usaha menjadi pemain yang menerajui dalam arena peranti perubatan di India serta pada peringkat global."
"Kami percaya teknologi prapemeriksaan Forus ini berpotensi menjadi pengubah dalam arena ini bagi menangani isu berkaitan penjagaan kesihatan melalui pencegahan pada peringkat global. Sebagai pelabur awal dalam Forus, kami amat teruja melihatkan skala syarikat yang semakin kukuh dan kami kekal komited dalam menyelusuri arus pertumbuhan yang dipilih," kata Ranjith Menon, Timbalan Presiden Kanan IDG Ventures India.
Latar Belakang Forus Health:
Forus Health Pvt. Ltd. (Forus) merupakan syarikat inovasi berteraskan teknologi yang memberi tumpuan terhadap penjagaan mata melalui pencegahan. Produk utama syarikat ini iaitu 3nethra Classic dan 3nethra Royal mampu menyaring lima penyakit mata yang secara kolektifnya menyumbang kepada hampir 90% masalah buta di India. Forus telah meluaskan daya tarikannya kepada komuniti oftalmik peringkat global dan juga domestik dengan pemasangan peranti ini di 14 negara di serata dunia.
Latar Belakang Accel Partners:
Setelah ditubuhkan pada tahun 1983, Accel Partners telah bekerjasama dalam tempoh yang lama bersama usahawan cemerlang dan pasukan pengurusan bagi membangunkan perniagaan bertaraf dunia. Pada masa kini, Accel melabur pada peringkat global menerusi pasukan pengkhususan di Palo Alto, California, Bandar New York, London dan Bangalore, serta di China menerusi perkongsian bersama IDG-Accel. Accel telah membantu para usahawan membina lebih 300 syarikat yang mentakrifkan kategori di seluruh dunia. Di India, Accel telah melabur dalam syarikat seperti Ace Creative Learning, Babyoye, Collectabillia, enStage, Flipkart, FreshDesk, Forus Health, HealthcareMagic, Kirusa, Mitra, MuSigma, Myntra, Perfint, Power2SME, Probe, PropTiger, QwikCilver, SureWaves, TaxiForSure, Trivone, Vinculum dan Virident.
http://www.facebook.com/accel.
Latar Belakang Asian Healthcare Fund:
Asian Healthcare Fund (AHF) merupakan dana ekuiti swasta bertumpuan penjagaan kesihatan pada pentas pertumbuhan yang berpusat di New Delhi, yang melabur secara eksklusif dalam sektor penjagaan kesihatan dan sains hayat di India. AHF telah ditubuhkan pada tahun 2010 dengan prinsip penjagaan kesihatan merupakan sektor tersendiri dari segi pelaburan dan kerumitan pengurusan serta memerlukan pendekatan yang khusus. AHF melabur menerusi sektor penjagaan kesihatan India dan memberi tumpuan terhadap syarikat yang terlibat dengan penyerahan penjagaan kesihatan secara langsung, perkhidmatan penjagaan kesihatan tidak langsung, peranti perubatan dan kelengkapan, diagnostik, farmaseutikal, serta perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan. Salah satu pembeza tersendiri AHF ialah pasukan mantapnya terdiri daripada ahli profesional yang berpengalaman dengan latar belakang yang pelbagai dan saling melengkapi. Khususnya, dua anggota kanan pasukan ini yang masing-masing telah menghabiskan lebih 25 tahun membangunkan & meningkatkan skala perniagaan yang dikhususkan dalam industri penjagaan kesihatan / pengguna yang membawa kepada kepakaran domain mendalam tentang penjagaan kesihatan, pembangunan perniagaan yang kukuh & kemahiran set beroperasi serta memahami pemikiran para usahawan. Dua anggota lain bagi pasukan ini mempunyai pengalaman dalam pelaburan Ekuiti Persendirian di India dalam pelbagai kitaran ekonomi di India & juga pasaran global.
Pelaburan sedia ada oleh AHF termasuklah Mydentist dan Healthspring.
http://www.asianhealthcarefund.com.
Latar Belakang IDG Ventures India:
IDG Ventures India merupakan dana modal usaha niaga teknologi yang menerajui di India. Dana ini merupakan sebahagian daripada IDG Ventures yang merupakan rangkaian dana usaha niaga teknologi peringkat global dengan lebih $5.5 bilion di bawah pengurusan, lebih 220 syarikat penerima pelaburan dan 10 pejabat di seluruh Asia dan Amerika Utara. Dengan menggabungkan platform IDG yang merupakan kombinasi yang sukar ditandingi bagi penerbitan global, penyelidikan pasaran (IDC), persidangan dan sumber pameran dengan pengalaman amali selama bertahun-tahun dalam pembangunan syarikat di peringkat awal, IDG Ventures India membantu syarikat penerima pelaburan memahami pasaran mereka dengan lebih baik dan memperoleh kedudukan peneraju sebelum pertandingan. Syarikat portfolio IDG Ventures termasuklah Apalya, Aujas Networks, eShakti, Forus Health, iCreate, iProf, Manthan Systems, Myntra, Ozone Media, Perfint, Sourcebits, Valyoo Technologies, Vserv dan Zivame.
Hubungi:
En. K Chandrasekhar
Tel: +91(80)4162-4041
knock@forushealth.com
SUMBER Forus Health Pvt Ltd