omniture

Jenama Pengguna Terbaik di Asia Tenggara dan India Bertaruh atas Pengiklanan Mudah Alih

Vserv.mobi
2014-01-09 09:30 114

SINGAPURA, 9 Januari 2014 /PRNewswire/ --

Vserv.mobi menyaksikan pertumbuhan 3X sebagai pertumbuhan vertikal utama yang memasuki medium pemasaran mudah alih

Vserv.mobi, pertukaran pengiklanan mudah alih yang memenangi anugerah, hari ini mengumumkan portfolio klien yang terdiri daripada pengiklan dan jenamanya telah menyaksikan pertumbuhan 3X dalam pasaran India dan Asia Tenggara dalam tempoh setahun yang lalu. Memandangkan sistem mudah alih kian menjadi faktor utama dalam tabiat penggunaan media pengguna di seluruh India dan Asia Tenggara, para pengiklan menggunakan pertukaran iklan mudah alih Vserv.mobi dengan agresif bagi melaksanakan kempen iklan mudah alih supaya dapat mendekati pengguna dengan berkesan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )

Ketersediaan iklan mudah alih yang kaya dengan media dan interaktif ini berjaya memacu FMCG dan sektor peruncitan bagi menggunakan pengiklanan mudah alih. Antara peneraju penerokaan sempadan pemasaran baharu menerusi medium mudah alih ialah jenama terkenal FMCG iaitu Unilever. Sebagai jenama yang mempunyai salah satu daripada portfolio produk dan jenama terbesar di dunia, Unilever terus memanfaatkan keberkesanan medium mudah alih bagi mendekati para penggunanya.

Salah satu daripada banyak kempen yang berjaya dijalankan oleh Vserv.mobi termasuk kempen mudah alih komprehensif bagi Sunsilk Black di Indonesia yang menyasarkan golongan wanita muda. Dua objektif kempen tersebut adalah untuk mendorong penggunaan produk di samping mempromosikan rangkaian produk 'Black' milik Sunsilk. Kombinasi mesej yang ringkas, medium yang inovatif serta pendekatannya yang kreatif membawa kepada kadar klikan (CTR) sebanyak 6.9 peratus bagi kempen tersebut.

Sebagai sebahagian daripada perkaitan ini, Unilever bekerjasama dengan Vserv.mobi di seluruh Asia Tenggara & India dengan banyak kempen aktif dalam rangkaiannya. Bercakap tentang kerjasama ini, Rahul Welde, Timbalan Presiden - Media (Asia, Afrika, Timur Tengah & Turki) Unilever berkata, "Unilever telah berada di barisan hadapan secara konsisten dengan kaedah berinovatif bagi penglibatan pengguna. Kami mendorong pengaktifan mudah alih merentasi sempadan geografi. Ini merupakan perjalanan yang menyeronokkan dalam usaha kami untuk melibatkan satu bilion pengguna selanjutnya. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Vserv.mobi dan memanfaatkan kepakaran mereka dalam pasaran Asia."

Vikas Gulati, Timbalan Presiden, Asia Tenggara, Vserv.mobi, berkata, "Kami teruja dan bangga dapat mewujudkan kerjasama pemasaran yang tersendiri ini bersama Unilever. Sifat strategik kerjasama ini jelas memperlihatkan pencapaian kedudukan arus perdana oleh pemasaran mudah alih. Platform mudah alih amat digemari oleh pelbagai jenama bagi mencapai penglibatan pengguna pada tahap yang lebih tinggi menerusi demografi, geografi dan kategori produk. Jenama Unilever disokong oleh pengiklanan pintar menerusi media yang sering digunakan, maka akan terus memberi kesan yang lebih besar dan memacu penglibatan para penggunanya."

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:
Vserv.mobi
Rachita Vaid
press@vserv.mobi

Sumber: Vserv.mobi

 

Source: Vserv.mobi
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Survey, Polls & Research