omniture

Hisense Luaskan Pengaruh Globalnya dengan Teknologi Canggih

Hisense
2022-12-09 17:25 91

QINGDAO, China, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Bermula dengan papan perimeter LED FIFA World Cup yang menggamit perhatian hinggalah penggunaan teknologi pengangkutan pintarnya di Qatar, elemen-elemen "Hisense" menyerlah di mana-mana sahaja dalam FIFA World CupTM pada tahun ini, lantas menonjolkan peranan penting jenama ini dalam kejohanan bola sepak yang terbesar di dunia ini. Hisense, sebagai kuasa utama dalam industri perkakas rumah dan Penaja Rasmi FIFA World Cup 2022TM, telah memaparkan pencapaian globalisasinya yang terkini di acara sukan global ini. Dengan melakar kemajuan yang berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menyediakan produk tahap pertama kepada pengguna global, Hisense sedang menuju ke arah matlamatnya untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.


Kualiti Produk Membantu Hisense Cemerlang dalam kalangan Pesaing Global

Sepanjang dekad-dekad yang lalu, pembangunan Hisense selari dengan pertumbuhan keupayaan pembuatan Cina. Pada permulaan abad ke-21, Hisense menyedari keuntungan rendah "OEM" dan keperluan untuk membina rantaian R&D bebas untuk mendorong evolusi keupayaan pembuatannya.

Bagi mencapai agenda ini, Hisense melabur dengan banyak dalam amalan R&Dnya. Pada tahun 2007, Hisense merupakan salah sebuah syarikat pertama di dunia yang membangunkan teknologi TV Laser dan telah berusaha untuk mendefinisikan semula pasaran TV warna dengan paparan laser. Menjelang akhir November 2022, Hisense memohon untuk 1969 paten dari segi teknologi paparan lasernya, lalu menjadi pemegang paten yang terbesar dalam industri TV Laser di seluruh dunia. Dalam bulan Julai 2022, TV Laser Hisense 100L9G diperkenalkan ke ibu pejabat FIFA. Produk Hisense yang menarik serta teknologi yang canggih akan memberi pengalaman tontonan yang hebat kepada para peminat sukan bola sepak.

Dengan bergantung pada kepakarannya yang mantap dalam teknologi pemprosesan gambar, Hisense turut melancarkan teknologi ULED yang dibangunkan sendiri pada tahun 2012 yang menandakan satu kejayaan revolusioner dari segi kualiti gambar. Sedekad telah menyaksikan resolusi TV ULED Hisense melonjak daripada 1080P kepada 8K dan hasil daripada penerokaan berterusan dan inovasi teknologi syarikat ini, bahagian volum penghantaran TV Hisense telah meningkat daripada kurang 5% kepada lebih daripada 12% sejak 12 tahun yang lalu.

Hari ini, teknologi terunggul Hisense dan susun atur globalisasi yang menyeluruh telah menjadikannya jenama antarabangsa yang amat diiktiraf dalam kalangan pelanggan seluruh dunia. Pada masa akan datang, Hisense akan berpegang kepada usaha penyelidikan dan pembangunan bebasnya dan terus menyediakan kepada pengguna global dengan produk, perkhidmatan dan pengalaman premium.

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports