MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 10 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Elitecore, penyedia global untuk penyelesaian pengurusan Akses Internet Hospitaliti (HIA) 24online, mengumumkan pengaturan kedudukan besar-besaran yang berjaya untuk penyelesaian HIAnya di 350 hotel. Pengaturan kedudukan itu termasuklah Hotel di kawasan APAC, Timur Tengah & Afrika, Australia dan sebagainya. Penyelesaian HIA 24online menawarkan pengebilan Internet, kawalan kelebaran jalur lebar, akses pengguna disahkan, pelan tersuai khusus, pengurusan tetamu, pengurusan baucar, perayauan lancar dan lebih banyak ciri lagi yang mendapat permintaan tinggi dalam segmen hospitaliti.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )
Kata En. Nikhil Jain, Ketua Pegawai Operasi Elitecore, "Pasaran hospitaliti semasa memerlukan penyelesaian yang membantu kebolehurusan, pengoptimuman dan pengewangan untuk rangkaian yang tidak terurus dan tidak selamat. Penyelesaian HIA 24online memainkan peranan yang penting dalam mempertingkatkan pengalaman akses Internet tetamu, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh hotel dan mendapat kepuasan pelanggan."
Tambah En. Samiksh Aggarwal lagi, Pembantu Naib Presiden Rangkaian Data Jualan, "Hotel boleh menawarkan akses Internet percuma atau berbayar, tetapi untuk kedua-dua tawaran akses itu, rangkaian itu patut diuruskan dengan betul. Menawarkan akses yang tidak selamat kepada Internet tanpa sebarang proses pengesahan memberi akses mudah kepada unsur antisosial, lalu mengakibatkan jenayah siber atau kecurian data. Penyelesaian HIA 24online dibangunkan bagi menyokong semua jenis hotel dan memenuhi semua keperluan segmen hospitaliti, seperti pengurusan akses, kualiti perkhidmatan, pematuhan kawal selia dan peningkatan kepuasan pelanggan."
HIA Elitecore menangani isu kebolehurusan untuk pentadbir hotel melalui ciri-ciri menyeluruh seperti penyepaduan dengan kebanyakan sistem pengurusan hartanah (PMS) yang menerajui industri seperti Micros Fidelio, IDS, Shawman, WinHMS, Protel. Ia digabungkan dengan sistem pengesahan pengguna, konfigurasi sifar, kemampuan gerbang tawan boleh suai untuk telefon bimbit & komputer riba, penyepaduan pintu masuk SMS & Pembayaran, penghasilan pelan Internet boleh suai, baucar Internet prabayar, pengurusan bilik & tetamu, DNS & DHCP, Tembok api & persekitaran kawalan laman web, dan laporan menyeluruh bagi mematuhi pematuhan perundangan badan kerajaan tempatan.
HIA 24online boleh digunakan setempat atau secara berpusat bagi menyokong rangkaian berbilang lokasi untuk serangkaian hartanah.
Latar Belakang 24online
24online ialah produk Elitecore dan penyedia global untuk siri SMS dan HIA yang memenuhi keperluan ISP dan segmen Hospitaliti secara global. Siri SMS 24online memenuhi keperluan pengendali perkhidmatan kecil ke besar dalam pelbagai rangkaian seperti Wired, Wi-Fi, WiMAX, dan VSAT. Siri Pengurusan Akses Internet Hospitaliti (HIA) 24online menawarkan ciri-ciri canggih yang direka dan dibangunkan khas untuk segmen hospitaliti, menyediakan ciri standard seperti lalu lintas pengguna yang disahkan, kawalan kelebaran jalur lebar, kupon prabayar, konfigurasi sifar, log masuk sekali, pemetaan bilik ke port, pengurusan tetamu dan alat pelaporan.
Bagi maklumat lanjut lawati http://www.24onlinebilling.com/
LK Pathak
Pembantu Naib Presiden-Komunikasi Korporat, Elitecore
E-mel: l.k.pathak@elitecore.com
Telefon: +91-9925012059
Sumber: Elitecore Technologies