omniture

Aperol Diumumkan sebagai Rakan Minuman Alkohol Global Rasmi bagi Manchester United

Gruppo Campari
2014-01-10 20:42 380

MANCHESTER, England, 10 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Aperol, minuman keras Itali yang terkenal pada peringkat global telah mengumumkan kerjasama bersama Manchester United bagi menjadi Rakan Minuman Alkohol Global Rasmi kelab tersebut bermula pada 1 Januari 2014 hingga akhir musim 2016/2017.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140110/662695-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140110/662695-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140110/662695-c )

Perjanjian tersebut merupakan satu lagi langkah kejayaan pengembangan Aperol pada peringkat antarabangsa yang berterusan, hasil kejayaan minuman terkenal Aperol Spritz yang ringan, bersoda dan menyegarkan. Perjanjian ini akan memberikan cara baharu untuk para penyokong di seluruh dunia bagi meraikan semangat mereka terhadap Manchester United.

Aperol akan menjadi rakan kongsi global bagi United dan sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, penjenamaan Aperol akan ditonjolkan pada papan pengiklanan digital di Old Trafford semasa berlangsungnya Liga Perdana, Piala FA dan perlawanan tuan rumah Capital One Cup.

Tambahan pengiklanan akan dipaparkan dalam program hari perlawanan, dalam majalah bulanan 'Inside United' Manchester United, di MUTV dan laman web rasmi kelab tersebut. Para penyokong juga dapat menikmati Aperol Spritz di kawasan hospitaliti di Old Trafford.

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif, Gruppo Campari mengulas tentang kerjasama tersebut dengan berkata: "Kami amat berbangga untuk mengumumkan Aperol sebagai cara baharu bagi meraikan kemeriahan dan semangat bagi Manchester United.

"Memandangkan kelab ini telah diiktiraf secara meluas sebagai kelab yang paling disokong di seluruh dunia, kerjasama ini akan memberikan pendedahan yang meluas terhadap jenama ini bagi membantu memberikan tahap pendedahan jenama sepanjang tahun yang cemerlang, penglibatan pengguna dan peluang promosi dalam pasaran maju dan baharu pada peringkat global untuk Aperol dan minuman utamanya, Aperol Spritz.

"Manchester United merupakan kelab yang paling berjaya di England dan salah satu yang paling berjaya di dunia, meraih kemenangan dengan penuh bergaya dan mengumpulkan jutaan peminat untuk meraikannya. Pada masa yang sama, Aperol merupakan jenama yang turut merangkumi kejayaan, sambutan dan keramahan. Ketepatan serasi antara kedua-dua jenama ini menjadikan kerjasama ini yang menjanjikan kejayaan berterusan bagi kedua-dua pihak."

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold berkata: "Kami amat mengalu-alukan kehadiran Aperol sebagai Rakan Minuman Alkohol Global Manchester United yang baharu. Aperol merupakan jenama bercita-cita tinggi dan kami amat kagum dengan pendekatan berinovatifnya untuk terus membangun di pentas antarabangsa.

"Manchester United mempunyai 659 juta pengikut di serata dunia dan kerjasama ini akan menjadi platform baharu bagi mendekatkan lagi Kelab ini dengan para peminatnya. Aperol ialah rakan kongsi yang tepat bagi membantu Kelab ini dan para penyokongnya untuk meraikan kejayaan dan kami berharap dapat berkongsi banyak kejayaan lagi bersama-sama pada tahun-tahun mendatang."

Latar Belakang Aperol:

Aperol telah dilancarkan pada tahun 1919 di Pesta Antarabangsa Padua. Setelah dicipta oleh adik-beradik Barbieri, tidak lama kemudian, Aperol menjadi salah satu daripada minuman keras kegemaran penduduk Itali. Ia rendah alkohol dengan hanya 11 peratus kandungan dan 15 peratus kandungan di Perancis dan Jerman, namun rasanya tetap kaya dan kompleks yang dihasilkan daripada gabungan herba dan akar yang berkualiti tinggi. Resipi asalnya masih dikekalkan dan dirahsiakan sehingga ke hari ini. Aperol merupakan minuman meriah yang membangkitkan gaya hidup Itali daripada waktu minuman beralkohol sehinggalah sepetang di (medan) piazza. Cerah dan sangat sesuai dinikmati bersama rakan taulan, rasa Aperol yang tersendiri ini adalah bercirikan kelazatan Itali tetapi bercita rasa antarabangsa. Setelah digabungkan dengan Prosecco dan percikan soda, Aperol menghasilkan Aperol Spritz yang sempurna, minuman yang sangat menarik dan digemari di Itali dan dengan pantasnya menjadi kegilaan di luar Itali, sehingga ke negara jiran malah ke seluruh benua.

Pada Januari 2014, Aperol menjadi Rakan Minuman Alkohol Global Rasmi Manchester United. Memandangkan populariti Aperol tersebar hingga ke luar Itali, kerjasama selama tiga tahun setengah ini akan menyediakan pendedahan sepanjang tahun bagi jenama ini, penglibatan pengguna dan peluang promosi merentasi pasaran yang mantap dan baharu pada peringkat global.

Perhubungan Media:
International Media Contact

Pautan berkaitan:
https://www.facebook.com/AperolSpritz - http://www.camparigroup.com

Sumber: Gruppo Campari

Source: Gruppo Campari
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sports Licensing/marketing agreements