DALLAS, 11 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Macrocyclics, Inc. (syarikat AREVA Med) mengumumkan hari ini pengenalan kepada empat produk baharu yang akan memperluaskan aplikasi pengimejan PET dengan kuprum-64 dan galium-68 menggunakan platform pengkelatan berasaskan NOTA. Tambahan lagi, konjugat DOTA berasaskan serotonin baharu menawarkan potensi bagi menghasilkan imej neurotransmisi serotoninergik menggunakan radioisotop atau dengan gadolinium menggunakan pengimejan resonans magnetik (MRI).
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130523/DA20136LOGO)
Sila lawati www.macrocyclics.com untuk maklumat lanjut.
LATAR BELAKANG MACROCYCLICS
Macrocyclics ialah peneraju global untuk teknologi ejen pengkelatan berprestasi tinggi untuk ubat-ubatan sejak tahun 1995. Pasukan kami di Macrocyclics dikhususkan untuk menyediakan klien dengan perkhidmatan dan ejen pengkelatan yang mantap dan inovatif bagi memenuhi cabaran pengimejan molekul serta perubatan nuklear. www.macrocyclics.com
LATAR BELAKANG AREVA MED
AREVA Med ialah syarikat subsidiari AREVA yang mengkhusus dalam pembangunan terapi inovatif bagi melawan kanser. AREVA Med telah membangunkan proses baharu untuk menghasilkan plumbum-212 (²¹²Pb) berketulenan tinggi, satu logam yang jarang didapati dan kini menjadi keutamaan penyelidikan perubatan nuklear yang menjanjikan harapan tinggi. Pada tahun 2011, AREVA Med membeli Macrocyclics, peneraju global bagi teknologi ejen pengkelatan berprestasi tinggi. AREVA Med juga bersekutu dengan rakan kongsi saintifik bertaraf dunia, seperti Institut Kanser Kebangsaan (NCI), Universiti Alabama Birmingham (UAB), dan Institut Kesihatan dan Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Perancis (Inserm). Pada tahun 2012, AREVA Med dan Roche memasuki hubungan kerjasama strategik bagi mencipta rawatan radioimunoterapi alfa canggih yang baharu bagi menyasarkan dan membunuh jenis sel kanser tertentu yang sangat agresif. Bagi maklumat lanjut: http://arevamed.areva.com/ atau www.targetedtrials.com.
Macrocyclics
Garry Kiefer
T: +1 972 250 2248
F: +1 972 250 2245
info@macrocyclics.com
AREVA Med
Alison Tise
T: +1 301 841 1673
F: +1 434 382 4250
alison.tise@areva.com