omniture

SodaStream Memperkenalkan Scarlett Johansson sebagai Duta Jenama Globalnya yang Pertama

SodaStream International Ltd.
2014-01-12 12:13 216

AIRPORT CITY, Israel dan MOUNT LAUREL, New Jersey, 12 Januari 2014 /PRNewswire/ -- SodaStream International Ltd. (NASDAQ: SODA) telah menandatangani perjanjian bersama pelakon Scarlett Johansson sebagai Duta Jenama Globalnya yang pertama. Johansson, seorang pemenang anugerah Tony dan calon anugerah Golden Globe sebanyak empat kali, bakal menjadi wajah kempen pemasaran baharu untuk sistem pengkarbonan rumah yang menerajui di dunia itu. Kerjasama berbilang tahun itu akan bermula apabila SodaStream menayangkan iklannya yang pertama yang memaparkan Johansson sewaktu kejohanan Super Bowl XLVIII pada hari Ahad, 2 Februari 2014.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140111/NY42613-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140111/NY42613-b)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121107/NY07412LOGO)

"Kami teruja dapat mengalu-alukan pelakon yang sangat berbakat Scarlett Johansson ke dalam keluarga SodaStream," kata Daniel Birnbaum, Ketua Pegawai Eksekutif SodaStream. "Scarlett sudah lama menggunakan produk kami dan begitu menyukainya, dan beliau merupakan model peranan untuk imej tubuh badan sihat serta memperjuangkan tanggungjawab terhadap alam sekitar, lalu membuatkan beliau pilihan yang sempurna sebagai duta global kami. Beliau benar-benar menzahirkan nilai jenama kami dan kami berbesar hati dengan penyertaan beliau ke dalam pasukan kami."

Johansson percaya kesihatan diri dicapai dengan komitmen, keazaman diri, dan pemerkasaan kendiri. Nilai teras ini menyerupai misi SodaStream bagi merevolusikan industri minuman dengan memperkasa orang ramai dengan cara yang mudah dan menyeronokkan untuk menikmati minuman berbuih yang membawa manfaat kepada anda dan alam sekitar.

Pelakon wanita itu menggemari minuman berbuih sejak beliau kecil lagi, lalu membawa kepada penemuan beliau tentang SodaStream. Kini, setelah meminumnya selama bertahun-tahun, Johansson mempunyai pembuat air soda di dalam rumah beliau dan kini merupakan peminat tegar jenama itu.

"Saya sendiri telah menggunakan produk SodaStream dan memberikannya sebagai hadiah selama bertahun-tahun," kata Johansson. "Komitmen syarikat itu untuk tubuh yang lebih sihat dan planet yang lebih baik ialah padanan sempurna dengan saya. Saya suka produk itu boleh disesuaikan mengikut sebarang gaya hidup serta selera. Kerjasama antara saya dan SodaStream memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Saya begitu gembira dapat berkongsi kesukaan saya untuk SodaStream dengan seluruh dunia!"

SodaStream memperkasa pengguna untuk menghasilkan minuman berkarbonat mereka sendiri di rumah, mengikut selera mereka sendiri. Campuran soda SodaStream boleh didapati dalam lebih 100 perisa, dan biasanya mengandungi 2/3 kurang gula, 2/3 kurang kalori, tiada sirap jagung dengan kandungan fruktosa tinggi dan tiada aspartam. Dengan botol boleh guna semula yang inovatif, sistem SodaStream mengurangkan secara drastik bahan buangan yang terdiri daripada botol plastik dan tin; satu revolusi sebenar dalam cara orang ramai meminum minuman berkarbonat. Syarikat itu yakin dengan peranan beliau sebagai Duta Global, Johansson akan membantu pengguna menjadikan penghasilan soda sendiri di rumah sebagai amalan masa hadapan untuk industri minuman.

Latar Belakang SodaStream
SodaStream International Ltd. (NASDAQ: SODA) ialah penghasil dan pengedar yang menerajui di dunia untuk sistem pengkarbonan minuman di rumah, yang membolehkan pengguna untuk menukarkan air paip biasa dengan serta-merta dan mudah menjadi minuman gas berkarbonat dan air berbuih. Pembuat soda menawarkan penyelesaian yang sangat berbeza dan inovatif kepada pengguna minuman berkarbonat dan minuman berbuih di dalam botol dan tin. Produk kami mesra alam, berkesan kos, menggalakkan kesihatan diri, dan boleh diubah suai serta seronok digunakan. Tambahan lagi, produk kami menawarkan kemudahan dengan menyingkirkan keperluan untuk membawa botol pulang dari pasar raya, menyimpan botol di rumah atau kerap membuang botol yang kosong. Produk Sodastream boleh didapati di lebih 60,000 kedai runcit di 45 negara seluruh dunia, termasuk di 15,000 kedai runcit di Amerika Syarikat. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.sodastream.com.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, yang menyatakan kepercayaan dan jangkaan semasa pihak pengurusan. Kenyataan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa pihak pengurusan dan melibatkan sebilangan ketidakpastian dan risiko yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian kami di masa hadapan berbeza secara signifikan daripada keputusan, prestasi atau pencapaian yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada perbezaan tersebut termasuklah risiko yang berkaitan dengan: kemampuan kami untuk memperluaskan ke dalam pasaran sasaran kami, termasuk Amerika Syarikat; kemampuan kami untuk terus membangunkan atau mengekalkan kehadiran kami dalam rangkaian peruncitan; kemampuan kami untuk membangunkan dan melaksanakan infrastruktur pengendalian dan penghasilan bagi menyokong pertumbuhan kami secara berkesan; kejayaan kempen pemasaran kami dan perbelanjaan media daripada segi peningkatan jualan atau peningkatan kesedaran produk dan nama jenama; kemampuan kami untuk mengekalkan tapak pelanggan kami dalam pasaran yang kami mempunyai kehadiran yang sudah sedia mantap; risiko yang dikaitkan dengan kebergantungan kami terhadap persetujuan eksklusif untuk pengedaran bahan pakai habis dan sistem pengkarbonan minuman di rumah kami dalam setiap pasaran yang kami menggunakan pengedar pihak ketiga; kemampuan kami untuk bersaing secara berkesan dengan syarikat lain yang sedang menawarkan, atau mungkin bakal menawarkan, produk yang bersaing dengan produk kami; tuntutan liabiliti produk yang mungkin akan dibuat jika sebarang komponen sistem pengkarbonan minuman di rumah kami disalahgunakan; kemampuan kami untuk melindungi hak harta intelek kami; jika kami didapati mempunyai kedudukan dominan dalam pasaran tertentu yang mungkin akan mengehadkan kemampuan pengendalian kami; risiko yang dikaitkan dengan keadaan kami yang tertakluk kepada turun naik kadar pertukaran mata wang; pendedahan berpotensi kami kepada liabiliti cukai yang lebih besar daripada yang dijangka; produk kami yang tertakluk kepada kawal selia kerajaan yang menyeluruh dalam pasaran tempat kami beroperasi; keadaan yang tidak diingini dalam ekonomi global yang boleh memberi impak negatif ke atas permintaan pelanggan untuk produk kami; dan faktor lain seperti yang diperincikan dalam dokumen yang kami failkan dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Kenyataan pandang ke hadapan dalam kenyataan ini telah dibuat menurut peruntukan perlindungan selamat yang terkandung dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995.

Latar belakang penerbitan iklan Super Bowl:
Agensi:
Humanaut

Jawatan:
Pengarah: Bryan Buckley
Pengarah Kreatif: Alex Bogusky / David Littlejohn
Penulis Iklan: David Littlejohn
Pengarah Seni: Stephanie Galabert

PERHUBUNGAN MEDIA
Corbis Entertainment +1-818-982-3505
Los Angeles: Monica M. Jaramillo/ monica.jaramillo@corbis.com
New York: Venessa Correa/ venessa.correa@corbis.com

PERHUBUNGAN SODASTREAM
Yonah Lloyd +972-3-976-2462
Ketua Pegawai Pembangunan dan Komunikasi Korporat
yonahl@sodastream.com

 

Source: SodaStream International Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:SODA
Keywords: Advertising Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages