omniture

CGTN: Sidang kemuncak China-Arab meneruskan persahabatan tradisi, memupuk komuniti lebih erat dengan masa depan bersama

CGTN
2022-12-13 20:39 81

BEIJING, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat dengan kehadiran Presiden Cina Xi Jinping dan lebih daripada 10 pemimpin Arab. Acara berkenaan, yang merupakan satu peluang untuk membawa hubungan China-Arab ke tahap baharu, untuk menghuraikan semangat persahabatan China-Arab, mengukuhkan kerjasama akan datang dan memupuk komuniti China-Arab yang lebih akrab lagi dengan masa depan dikongsi bersama, telah membawa keputusan yang membuahkan hasil.

Mengembangkan persahabatan China-Arab

Xi menghuraikan tentang semangat persahabatan China-Arab yang membawakan "solidariti dan bantuan bersama, kesaksamaan dan faedah bersama serta keterangkuman dan pembelajaran bersama," mengatakan bahawa solidariti dan bantuan bersama merupakan ciri-citi tersendiri dalam hubungan persahabatan China-Arab, menambah bahawa China dan negara-negara Arab mempercayai satu sama lain dan telah menjalin persahabatan persaudaraan.

Menikmati sejarah yang panjang dalam pertukaran mesra, China dan negara-negara Arab saling mengenali dan bersahabat antara satu sama lain melalui Jalan Sutera purba, berkongsi suka dan duka dalam perjuangan masing-masing untuk mencapai pembebasan negara, menjalin kerjasama yang saling menguntungkan dalam gelombang globalisasi ekonomi selain mendukung kesaksamaan dan keadilan dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah-ubah, kata Xi, menambah bahawa semua ini memupuk semangat persahabatan China-Arab.

Kesaksamaan dan faedah bersama merupakan pemacu yang berterusan untuk persahabatan mereka, kata beliau, menyatakan bahawa China dan negara-negara Arab telah menunjukkan contoh untuk Kerjasama Selatan-Selatan dengan mengusahakan kolaborasi yang saling memberi manfaat.

Keterangkuman dan pembelajaran bersama merupakan nilai-nilai bersama yang penting yang wujud dalam persahabatan mereka, kata beliau, menegaskan bahawa China dan negara-negara Arab terus memanfaatkan kebijaksanaan daripada tamadun-tamadun masing-masing yang telah wujud berzaman-zaman dan bersama-sama menggalakkan "keamanan, keharmonian, integriti dan kebenaran," intipati tamadun yang amat penting.

Mengusahakan pembangunan bersama

Selama bertahun-tahun, China dan dunia Arab bersama-sama mengejar pembangunan bersama yang produktif melalui kerjasamaa yang saling memberi manfaat dalam pelbagai bidang.

China dan negara-negara Arab harus menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan, kata Xi, menegaskan bahawa mereka harus mengukuhkan sinergi antara strategi pembangunan mereka dan menggalakkan kerjasama yang berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

Kedua-dua pihak telah mewujudkan 17 mekanisme kerjasama di bawah rangka kerja Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab. Sepanjang dekad yang lalu, perdagangan berkembang sebanyak $100 bilion, dengan volum keseluruhan melebihi $300 bilion. Pelaburan langsung China di negara-negara Arab meningkat sebanyak 2.6 kali ganda dalam tempoh tersebut, dengan stok pelaburan mencecah $23 bilion dan lebih 200 projek BRI telah dijalankan, memberi manfaat kepada hampir 2 bilion orang daripada kedua-dua pihak.

"Kami berbesar hati dapat melihat keputusan oleh sidang kemuncak tersebut untuk membina sebuah komuniti China-Arab dengan masa depan dikongsi bersama dalam era baharu bagi merumuskan Rangka bagi Rancangan Kerjasama Komprehensif Antara China dan Negara-negara Arab, membentangkan pelan tindakan untuk hubungan China-Arab pada masa akan datang," kata Xi.

Memupuk komuniti China-Arab lebih erat dengan masa depan bersama

Sebagai rakan kongsi strategik, China dan negara-negara Arab harus meneruskan semangat persahabatan China-Arab, mengukuhkan solidariti dan kerjasama serta memupuk komuniti China-Arab yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama agar dapat membawa faedah-faedah yang lebih besar kepada rakyat mereka dan memajukan punca kemajuan manusia, kata Xi.

China dan negara-negara Arab harus kekal bebas dan mempertahankan kepentingan bersama mereka, kata Xi, menambah bahawa China menyokong negara-negara Arab dalam bebas meneroka laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri dengan penuh keyakinan.

China bersedia untuk memperdalamkan kepercayaan bersama strategik dengan negara-negara Arab, dan teguh menyokong satu sama lain dalam mempertahankan kedaulatan, integriti kawasan dan maruah negara, kata Xi, menyatakan bahawa kedua-dua pihak patut bersama-sama mendokong prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain, mengamalkan multilateralisme sebenar dan mempertahankan hak yang sah dan kepentingan negara-negara membangun.

Pada tahun 2014, Xi mula mencadangkan untuk membina komuniti China-Arab dengan kepentingan bersama dan komuniti dengan matlamat bersama di persidangan menteri keenam Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab. Cadangan tersebut disambut baik oleh negara-negara Arab.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-10/China-Arab-summit-fosters-closer-community-with-shared-future-1fCSHo3ndzq/index.html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service