omniture

Mempercepatkan Transformasi Rendah Karbon, GWM Sokong HSBC BWF World Tour Finals 2022 dengan NEV

GWM
2022-12-14 14:22 50

BAODING, China, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 11 Disember, HSBC BWF World Tour Finals 2022 melabuhkan tirai. Sebagai rakan kongsi rasmi, GWM menyokong konsep perlindungan alam sekitar rendah karbon dan menyediakan model-model tenaga baharu sebagai kenderaan rasmi yang ditetapkan seperti PHEV dan HEV HAVAL H6.

Mempercepatkan Transformasi Rendah Karbon, GWM Menyokong HSBC BWF World Tour Finals 2022 dengan NEV
Mempercepatkan Transformasi Rendah Karbon, GWM Menyokong HSBC BWF World Tour Finals 2022 dengan NEV

Di luar Nimibutr Gymnasium di Bangkok, Thailand, GWM mendirikan reruai untuk mengadakan banyak aktiviti yang menarik dan interaktif, membawa daya tarikan badminton kepada khalayak dan suasana yang mesra di tapak pertandingan. NEV HAVAL H6 yang dipamerkan turut menarik minat sejumlah besar khalayak untuk merasai pengalamannya. Model berkenaan telah mendapat pengiktirafan yang luas dalam kalangan individu di lapangan atas faktor-faktor berkaitan keremajaan dan fungsi-fungsi pintar.

Sejak pelancarannya di Thailand bulan Jun lalu, HEV HAVAL H6 disambut secara meluas oleh pengguna tempatan. Setakat November tahun ini, kenderaan ini mengekalkan kedudukan yang utama dari segi jualan dalam pasaran SUV kompak selama 15 bulan. Pada Oktober ini, PHEV H6 dilancarkan secara rasmi di Thailand, dengan tempahan sebanyak lebih daripada 1,000 kenderaan hanya dalam 40 minit. Di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand pada November ini, GWM melancarkan versi 2023 dinaik taraf bagi HEV H6, yang membawa pengalaman yang lebih terpelbagai kepada pengguna dalam kenderaan pintar dan dalam masa yang sampai mencapai tahap kecekapan yang tinggi dan perlindungan terhadap alam sekitar.

NEV HAVAL H6 ialah kenderaan hibrid tugas berat yang diperoleh daripada model H6 yang berasaskan kepada pandangan GWM tentang permintaan tenaga yang baharu. HAVAL H6, sebagai model bertaraf global, telah menjadi produk GWM yang strategik untuk menguasai bahagian pasaran global, menikmati populariti pasaran selama lebih sedekad sejak pelancarannya. Di samping Thailand, HAVAL H6 juga telah dilancarkan di Afrika Selatan, Australia, Brazil, Timur Tengah serta negara-negara dan wilayah-wilayah lain, mendapat pengiktirafan dan populariti antara pengguna tempatan. Sejak sepuluh tahun yang lalu sejak pelancarannya, HAVAL H6 telah terjual sebanyak lebih daripada 4 juta kenderaan di seluruh dunia.

Bagi memenuhi keperluan pengguna global yang berbeza-beza, GWM juga terus menggalakkan penaiktarafan produk. Ketika ini, HAVAL H6 telah diulang kepada generasi ketiga dengan penambahbaikan yang luar biasa dalam aspek kecerdasan, keselamatan dan kuasa. Di samping itu, GWM terus memperluas susun atur produk tenaga baharu dalam pasaran global. HAVAL H6 melancarkan versi HEV dan PHEV dalam banyak pasaran, membawa pengalaman produk kepada pengguna global yang lebih mesra alam dan pintar.

Kedua-dua model dilengkapi dengan L.E.M.O.N. DHT, yang merupakan teknologi hibrid yang dibangunkan sendiri oleh GWM. Menerusi perhubungan erat enjin hibrid dan dwi motor dalam senario yang berbeza, kedua-dua kenderaan elektrik hibrid ini dapat memenuhi keperluan pengguna terhadap kenderaan tenaga baharu dengan ketahanan yang lama, kecekapan tinggi serta prestasi yang tinggi.

Pada masa akan datang, GWM merancang untuk melancarkan lebih banyak produk berkualiti tinggi dalam pasaran global bagi mencipta pengalaman pemanduan diperibadikan yang lebih mesra alam dan pintar untuk pengguna.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Sporting Events Sports Telecommunications Transportation New products/services