omniture

Mega Expo Bakal Melancarkan Pameran Pencahayaan & Barangan Elektronik Baharu di Guangzhou pada April & Oktober 2014

Mega Expo (Hong Kong) Limited
2014-01-14 04:05 164

HONG KONG, 14 Januari 2014 /PRNewswire/ --

 

Nama

 

:

 

Pameran Pencahayaan & Barangan Elektronik Pengguna Asia

Tarikh

:

14-17 April & 14-17 Oktober 2014

Tempat

:

Ekspo Pusat Dagangan Poly World, Pazhou, Guangzhou, China

Pameran

:

Produk Pencahayaan, Barangan Elektronik Pengguna, Perkakas Elektrik Kediaman, Produk Telekom & Komputer

Dengan menyasarkan peluang perniagaan luas yang boleh didapati dalam industri pencahayaan dan barangan elektronik yang makin berkembang pesat di China dan pasaran global, penganjur pameran perdagangan yang menerajui di Hong Kong, Mega Expo (Hong Kong) Limited akan melancarkan pesta perdagangan baharu yang dinamakan Pameran Pencahayaan & Barangan Elektronik Pengguna Asia di Guangzhou, China pada bulan April dan Oktober 2014. Pameran baharu ini ditetapkan sebagai acara perdagangan yang mengetengahkan pempamer dari seluruh Asia. Ini bakal menarik kehadiran pembeli tempatan serta luar negara yang ingin mencari produk daripada pembekal Asia. Pameran baharu ini akan memberikan peluang keemasan bagi para pempamer untuk memperluas pasaran eksport antarabangsa serta menembusi pasaran domestik China yang sangat besar.

Waktu pameran ini ditetapkan agar selaras dengan slot masa pembelian puncak pada bulan April dan Oktober, yang membolehkan Pameran Pencahayaan & Barangan Elektronik Pengguna ini bakal menarik kedatangan pembeli luar negara secara berduyun-duyun ke Hong Kong, Guangzhou dan bandar berhampiran lain di China Selatan bagi menghadiri beberapa pesta perdagangan. Masa yang sangat tepat ini tentu akan menarik ramai pembeli ke dalam lingkungan pasaran mereka.

Tapak pameran itu, Ekspo Pusat Dagangan Poly World, terletak di atas Stesen Metro Pazhou dan sangat berhampiran dengan Pesta Canton. Lokasi yang begitu strategik itu juga bakal memudahkan para pembeli untuk melawat kedua-dua pameran pada masa yang sama.

Latar Belakang Mega Expo (Hong Kong) Limited

Syarikat ini ialah penganjur pesta perdagangan yang termasuk dalam senarai awam dan menerajui di Hong Kong, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menganjurkan dan menguruskan pameran perdagangan profesional di Hong Kong serta di luar negara. Pengarah Eksekutifnya En. C. S. Lee sudah menceburi industri pameran selama lebih 30 tahun. Sewaktu beliau menjadi pengarah pameran di Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong, En. Lee bertanggungjawab menganjurkan Pesta Barangan Elektronik Hong Kong dan Pesta Pencahayaan Antarabangsa Hong Kong yang kini sudah menjadi pameran tahunan yang penting untuk kedua-dua perdagangan itu di Hong Kong. Pengalaman beliau yang luas serta pemikiran beliau yang strategik bakal memberi sumbangan berharga kepada kejayaan pameran baharu ini.

Pertanyaan Media:

En. Ben Wong
Pengurus Pemasaran, Mega Expo (Hong Kong) Limited
Tel: +852-3588-9688
E-mel:
ben.wong@mega-expo.com

SUMBER  Mega Expo (Hong Kong) Limited

Source: Mega Expo (Hong Kong) Limited
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Equipment Trade show news