LONDON dan NEW YORK, 14 Januari 2014 /PRNewswire/ --
- Penyelesaian bagi Menyediakan Analisis Perniagaan dan Prestasi Masa Sebenar bagi Perniagaan Penghasilan Pasaran dan Tukaran Asingnya
Corvil, penyedia OPM untuk IT, hari ini mengumumkan Zurcher Kantonalbank (ZKB), bank komersil milik kerajaan Switzerland yang terbesar, telah mengaturkan penggunaan sistem OPM Corvil bagi memantau prestasi perniagaan Penghasilan Pasaran dan Tukaran Asing, termasuk kualiti data pasaran, analisis urus niaga dan aliran pesanan tukaran asing.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120605/537402 )
"Penyelesaian Corvil memaklumkan kami tentang prestasi sistem perdagangan kami termasuk kependaman sebut harga ke pesanan, bilangan saham yang diperdagangkan, kependaman gerbang, dan masa tindak balas kemasukan pesanan. Ukuran metrik penting seperti kualiti data pasaran masa sebenar dan analisis aliran urus niaga, serta pergerakan tukaran asing, membolehkan kami bertindak pantas terhadap kejadian dalam pasaran dan merebut keuntungan daripadanya untuk strategi perdagangan kami," kata Andreas Hofstetter, Pengurus Perkhidmatan IT dan Ketua Perdagangan Pembangunan ZKB.
ZKB melanggan sebut harga untuk Penyelesaian Penyiaran Ditingkatkan Deutsche Borse, SIX Swiss Exchange, dan pelbagai broker tukaran asing. Mereka menggunakannya sebagai input kepada pelbagai strategi perdagangan mereka. Penyelesaian Corvil memastikan kualiti dan ketepatan masa sumber data ini, dan memastikan sistem perdagangan bertindak balas dengan pantas dan tepat mengikut perubahan keadaan pasaran.
"Tanpa data masa sebenar yang berkualiti tinggi, kita tidak dapat membuat keputusan perdagangan yang tepat. Akhirnya, kita akan terlepas banyak peluang dan potensi hasil juga akan berkurangan. Kami sangat gembira kerana telah dipilih oleh ZKB. Penyelesaian Corvil membolehkan mereka bertindak balas dengan pantas mengikut keadaan pasaran yang berubah dan menyediakan maklumat tepat yang berterusan tentang prestasi sistem perdagangan mereka," Donal Byrne, Ketua Pegawai Eksekutif Corvil.
Latar Belakang Corvil
Corvil menyediakan OPM untuk IT. Platform Corvil mengekstrak maklumat pengendalian masa sebenar daripada data kawat dan menggunakan maklumat ini bagi menganalisis prestasi aplikasi dan perkhidmatan IT, mengesan dan memaklumkan tentang kejadian dalam masa sebenar dan mengeksport data yang telah ditingkatkan untuk analisis pengurusan risiko dan maklumat perniagaan. Pelanggan menggunakan Corvil bagi mengoptimumkan dan melindungi prestasi pengendalian perkhidmatan dan proses perniagaan mereka. Platform Corvil mengendalikan permintaan untuk persekitaran IT yang berprestasi tinggi, berkependaman rendah dan mempunyai liputan data menyeluruh secara tersendiri. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2000 dan beroperasi dari New York, London, Singapura, Tokyo dan Dublin. Bagi maklumat lanjut tentang Corvil sila lawati http://www.corvil.com.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Sheila Carroll, sheila.carroll@corvil.com, +353-1-859-1040
Sumber: Corvil