omniture

Kereta Porsche 911 Targa Baharu: Kemunculan Perdana Dunia bagi Model Klasik Moden

Porsche Holding SE
2014-01-14 15:43 347

STUTTGART, Jerman14 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu/) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://ots.de/NWlVc

Pertunjukan perdana kereta 911 Targa: Semasa Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) di Detroit, Porsche memperkenalkan generasi terkini bagi model 911 yang mewah kepada orang awam. Model ini ialah model pertama yang menggabungkan konsep Targa klasik dengan teknologi bumbung canggih. Sama seperti model Targa asal legenda, model baharu ini mempunyai bar luas yang dikenali bagi menggantikan tiang-B, bahagian bumbung boleh alih di atas tempat duduk hadapan dan tingkap belakang yang melilit badan kereta tanpa tiang-C. Tetapi, berbeza dengan model klasiknya, segmen bumbung Targa baharu itu boleh dibuka dan ditutup dengan sentuhan butang sahaja. Apabila butang itu ditekan, sistem bumbung yang automatik sepenuhnya itu akan menyimpan bumbung lembut itu di belakang sistem tempat duduk belakang dalam gerakan yang begitu lancar.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140113/MM45310 )

Dengan ciri-ciri ini, 911 Targa baharu ini menyerlahkan dirinya sebagai olahan yang inovatif dan berkualiti tinggi bagi kenderaan klasik tahun 1965 itu. Kombinasi bahagian belakang kereta luas yang merupakan ciri biasa bagi semua model pemanduan semua roda, palang Targa dan tingkap belakang yang berbentuk kubah memberi model 911 terkini itu rupa yang sangat ranggi dan pandangan sisi yang dempak.

911 Targa 4 dikuasakan dengan enjin leper 3.4 liter, 350 kuasa kuda (257 kW). Dilengkapi pakej Porsche Doppelkupplung (PDK) dan Sport Chrono, model ini mampu memecut daripada sifar kepada 100 km/j hanya dalam 4.8 saat dan mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 282 km/j. Model yang terbaik ialah 911 Targa 4S, yang memberikan 400 kuasa kuda (294 kW) dengan penggunaan bahan api sebanyak 3.8 liter. Model ini mencapai kelajuan maksimum sebanyak 296 km/j dan, dengan dilengkapi pakej PDK dan Sport Chrono, memecut dalam masa 4.4 saat. Kedua-dua kereta sport ini diperakui mempunyai pematuhan dengan standard pembebasan gas Euro 6.

911 Targa: Penggunaan bahan api di bandar 13.9 - 11.8 liter/100 km; penggunaan bahan api di luar bandar 7.7 - 6.9 liter/100 km; penggunaan bahan api gabungan 10.0 - 8.7 liter/100 km; pembebasan gas CO2 237 - 204 g/km; kelas kecekapan: G, F**

Perhubungan Awam dan Akhbar
Product Press Sports Cars
Elena Marciniak
Telefon: +49(0)711-911-29975
E-mel: elena.marciniak@porsche.de

Gambar yang disertakan dengan siaran ini boleh didapati dalam suapan AP PhotoExpress menggunakan nombor rujukan PRN27.

Sumber: Porsche Holding SE

Source: Porsche Holding SE
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation New products/services