-- Syarikat wayarles baharu mewujudkan pendaftaran bagi Internet of Things
NEW YORK, 15 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Wireless Registry Inc. hari ini mengumumkan pelancaran bagi pendaftaran global pertama di dunia bagi nama wayarles. Memandangkan Sistem Nama Domain (DNS) telah pun menyerlahkan kuasa Internet, Wireless Registry pula menyerlahkan kuasa Internet of Things. Bermula hari ini, individu dan perniagaan boleh mendaftarkan nama wayarles mereka (www.wirelessregistry.com), kandungan yang berkaitan dengan nama tersebut dan memberikan makna kepadanya apabila nama tersebut dikesan.
Pendaftaran baharu ini membolehkan sesiapa sahaja mengawal identiti proksimal dan mencipta serta menggunakan perkhidmatan dan aplikasi baharu untuk berhubung dengan persekitaran proksimal dengan cara yang belum pernah dialami sebelum ini.
"Apa-apa objek yang menggunakan Wi-Fi atau teknologi wayarles Bluetooth seperti telefon pintar, penghala rumah ataupun kereta anda, mempunyai pengenalan wayarles dan identiti proksimal tersendiri. Pendaftaran nama wayarles atau SSID anda membenarkan anda untuk memiliki identiti proksimal anda dalam lingkungan Wireless Registry dan menciptakan persekitaran maya yang kekal pada satu tempat atau menemani anda ke mana jua," kata Patrick Parodi, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Wireless Registry. "Kami telah berjaya membina suatu sistem, DNS of Things, yang membolehkan individu dan perniagaan untuk mengawal dan menambahkan makna kepada isyarat wayarles milik mereka."
Bagi jenama dan agensi, pendaftaran ini akan mewujudkan berjuta-juta papan iklan proksimal maya dengan serta-merta. Bagi para peruncit pula, ia menyampaikan kaedah yang ringkas dan mudah untuk berhubung dengan para pengguna secara asas setempat yang hiper dengan tawaran harian, kupon atau lain-lain bentuk penglibatan komersil tanpa memerlukan mereka untuk mendapatkan sambungan Wi-Fi. Bagi para individu pula, pendaftaran ini menyediakan dimensi proksimal untuk interaksi menerusi media sosial serta menjadi alat untuk mengesahkan bagaimana untuk menggunakan identiti proksimal milik mereka.
"Wireless Registry merupakan contoh yang baik bagi cara baharu untuk individu mengawal identiti proksimal mereka yang merupakan sempadan baharu privasi," ujar Jules Polonetsky, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Bersama bagi Forum Masa Depan Privasi (FPF). "FPF berharap dapat bekerjasama dengan Wireless Registry bagi membantu menyampaikan Kod Etika Privasi Stor Pintar milik kami."
Individu dan perniagaan boleh mendaftarkan SSID dengan melayari laman web Wireless Registry http://www.wirelessregistry.com/. Bagi tempoh masa yang terhad, Wireless Registry menawarkan langganan percuma selama setahun bagi nama pertama yang didaftarkan dan harga bagi langganan setahun bernilai $4.99 bagi kesemua nama berikutnya.
"Wireless Registry sedang membina infrastruktur bagi Internet of Things," kata Ketua Pegawai Operasi dan pengasas bersama, Stillman Bradish. "Dengan pendaftaran baharu ini, pembangun pelayar dan app mudah alih boleh menggunakan API kami yang percuma dan terbuka untuk menciptakan dunia yang serba baharu bagi membina kesedaran proksimal."
Latar Belakang Wireless Registry Inc.
Wireless Registry Inc. merupakan pendaftaran global yang pertama bagi pengenalan dan nama wayarles yang membolehkan ribuan perkhidmatan proksimal baharu dan juga memberikan kuasa kepada perniagaan dan individu untuk melibatkan diri dengan persekitaran mereka dengan cara yang belum pernah dialami sebelum ini. Dengan menggunakan paten eksklusif (www.8335174.com), Wireless Registry telah membina infrastruktur dan API yang percuma dan terbuka yang boleh menghubungkan pautan dan memberikan makna kepada nama wayarles yang boleh dikesan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.wirelessregistry.com/ atau ikuti Wireless Registry di Twitter (@WirelessRgstry) atau Facebook (WirelessRegistry).