SYDNEY dan MUMBAI, India, 15 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Mempertingkat ciri-ciri dengan menyediakan pilihan HTML 5, Iklan yang kena pada waktunya dan Undian Secara Langsung
Eureka Mobile Advertising yang mampu menjanakan kewangan menerusi skrin melahu pada telefon mudah alih, hari ini melancarkan penaikan taraf yang baharu untuk aplikasinya yang menukarkannya kepada platform penglibatan pelanggan secara langsung yang pertama di dunia. Para pemasar kini boleh berhubung bersama para pengguna melalui kandungan yang kena pada waktunya dalam format HTML 5 yang dipertingkatkan dan intuitif, sambil fasiliti bagi aplikasi Undian Secara Langsung dapat membantu mengumpulkan maklum balas pengguna pada masa sebenar. Bagi para pengguna, ini memberikan kemudahan yang lebih relevan dan besar, manakala bagi jenama pula, ini membawakan kepada platform baharu yang membolehkan penglibatan pelanggan secara langsung, pengumpulan maklum balas dan juga analisis masa sebenar.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/612578 )
Ketika mengulas tentang perkembangan ini, Rahul S Jayawant, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Eureka Mobile Advertising, berkata, "Kami amat teruja untuk memperkenalkan tawaran yang belum pernah disaksikan sebelum ini yang akan menjadikan kami platform PENGLIBATAN PELANGGAN SECARA LANGSUNG. Ini membuka banyak peluang untuk pelbagai jenama berhubung dengan para pengguna serta membantu mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat dengan menggunakan data pengguna dalam masa sebenar yang sahih dan boleh diukur. Maklum balas yang kami terima setakat ini pada fasa perintis kami adalah sangat menggalakkan dan kami percaya ini akan menjadi titik tolak bagi perubahan dalam bidang pengiklanan mudah alih."
Eureka telah berjaya melancarkan fungsi undian secara langsungnya di pesta belia terbesar di Asia, Mood Indigo (MoodI), yang berakhir baru-baru ini. Ini merupakan pengenalan pertama kepada fungsi yang dinaikkan taraf itu, bersama-sama dengan HTML 5 dan iklan yang kena pada waktunya di mana-mana sahaja di dunia. Keseronokan awal juga telah disaksikan dalam kalangan Para Pemasar dan Agensi bagi Platform Penglibatan Secara Langsung ini dan potensinya.
Yogesh Sholapurkar, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknikal, Eureka Mobile Advertising berkata, "Inovasi merupakan sebahagian daripada DNA syarikat ini. Produk yang disediakan menerusi Penglibatan Pengguna Secara Langsung kami dihasilkan dengan mengambil kira skala dan pengalaman pengguna yang intuitif tetapi ringkas."
Latar Belakang Eureka Mobile Advertising
Eureka Mobile Advertising yang beribu pejabat di UK merupakan utiliti telefon mudah alih pertama di dunia yang menjanakan kewangan menerusi skrin melahu bagi menyampaikan kandungan relevan kepada pelanggan yang memilih masuk. Eureka tiada pengendali dan boleh didapati melalui Android. Ia berfungsi dengan jenama, pengguna dan pengendali telekomunikasi, lalu menjanjikan paparan relevan kepada para pengiklan menerusi teknologi proprietarinya. Sejak pelancarannya pada bulan April 2013 di India, Eureka telah disenaraikan sebagai salah satu antara 5 Kedudukan Teratas bagi app kategori Gaya Hidup di Google Play Store dengan nisbah penglibatan pelanggan melebihi 41%.
http://www.eurekamobilead.com/
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Yogesh Sholapurkar
yogesh@eurekamobilead.com
Sumber: Eureka Mobile Advertising