SHANGHAI, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Gao Jifan, pengerusi bagi penyedia penyelesaian PV dan tenaga pintar global Trina Solar, memberitahu rakan-rakan global beliau tentang cara beliau melihat hala tuju industri ini dalam awal bulan Disember.
Gao berbicara tentang trend teknologi jenis-n, nilai tinggi sel dan modul solar i-TOPCon jenis-n 210mm, nilai rantaian industri dan ekologi serta cara pengeluar PV Cina dapat kekal kompetitif.
Berikut merupakan ringkasan daripada apa yang diberitahu oleh Gao kepada persidangan.
Trend industri: Pengindustrian modul berkecekapan tinggi jenis-n telah terbentuk
Tatkala industri PV meneruskan laluan penaiktarafannya yang berterusan, PERC semakin menghampiri had atas dalam kecekapan dan industri ini menunjukkan keutamaan yang jelas terhadap modul jenis-n. Kami dapat menyatakan dengan yakin bahawa sepanjang tiga hingga lima tahun akan datang, teknologi jenis-n akan menggantikan jenis-p dalam bidang modul berkecekapan tinggi. Sememangnya, pengindustrian modul jenis-n telahpun berjalan dengan baik dan sebenar-benarnya. Ketika ini, sel jenis-n 210mm yang dikeluarkan secara besar-besaran, mencapai purata kecekapan penukaran lebih daripada 25% dan sel dengan kadar 26% tidak lama lagi akan dikeluarkan secara besar-besaran.
Tahun ini, produk 595W jenis-n 210mm, 690W dan produk-produk lain telah membuat penampilan sulungnya secara global, dengan kuasa 75W lebih tinggi dan LCOE 1.5% lebih rendah daripada produk setaranya dalam pasaran. Kita berkemungkinan mempunyai modul melebihi 700W dalam masa terdekat.
Teknologi PV: Pengguna sentiasa perlu menjadi keutamaan
Dua prinsip adalah sangat penting dalam membangunkan teknologi PV:
Pertama ialah nilai pelanggan. Dalam hal ini, LCOE merupakan pertimbangan yang sangat penting. Kos BOS berbeza-beza di negara-negara berbeza, dan ini dapat menghasilkan permintaan pelanggan yang berbeza. Kami menyediakan produk selaras dengan keperluan mereka.
Kedua ialah nilai rantaian industri. Untuk teknologi Vertex 210mm sedia ada berdasarkan kepada teknologi PERC dan teknologi jenis-n 210mm yang akan datang, kunci kepada pengindustrian terletak pada rantaian industri bersepadu. Ini bermula daripada bahan-bahan mentah hinggalah peralatan siap dan khususnya dalam hal berkisarkan keperluan yang lebih tinggi, teknik-teknik yang digunakan bagi menghasilkan wafer, bahan silikon, jentera dan peralatan lain adalah kritikal.
Modul berkecekapan tinggi jenis-n mungkin mula-mula digunakan dalam pasaran dengan kos BOS yang lebih tinggi bagi membantu memaksimumkan nilai pelanggan.
Ekosistem koordinatif membantu teknologi jenis-n mencapai titik kritikal keberkesanan kos
Pengindustrian teknologi jenis-n tidak hanya bergantung pada modul-modul itu sendiri, namun ia merupakan hasil pemupukan dan pembangunan seluruh ekologi rantaian industri. Sel i-TOPCon jenis-n telah menjadi peneraju bagi kapasiti produk untuk keberkesanan kos keseluruhan mereka, sesuatu yang dihargai oleh pelanggan. Memandangkan teknologi sel jenis-n yang baharu mempunyai keperluan yang lebih tinggi terhadap wafer silikon monohabluran, bahan silikon, wafer silikon lebih nipis dan jangka hayat modul, rantaian industri ini perlu diintegrasikan dengan baik dan diselaraskan dengan lebih baik antara segmen-segmen bagi menyampaikan lebih banyak manfaat kepada semua pihak.
Keserasian platform teknologi jenis-n 210m termaju akan memudahkan aspek ini. Kedua-dua peralatan baharu dan sedia ada boleh disambungkan dan dinaik taraf, yang mana ia penting untuk pihak pengeluar serta pelanggan.
Kolaborasi dan keterbukaan merupakan laluan menuju dunia karbon-sifar
PV memainkan peranan penting dalam transformasi tenaga dan keneutralan karbon. Pencarian untuk sekuriti rantaian bekalan yang dipertingkat diberi keutamaan yang lebih tinggi di banyak negara. Penyetempatan dan globalisasi industri PV di seluruh dunia akan menjadi trend yang penting secara serentak, memberi kesan ke atas kemajuan industri tenaga baharu yang bersifat global.
Salah satu cara untuk mengendalikan dunia dengan ketidaktentuan dan perubahan yang berterusan ialah keterbukaan serta kerjasama dan ia merupakan sesuatu yang diusahakan oleh Trina Solar. Selepas 25 tahun menunjukkan dedikasi, ia juga akan terus berusaha membangunkan produk-produk bernilai lebih tinggi, menyediakan penyelesaian yang lebih baik dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi global untuk membina ekologi PV yang lengkap dan dibangunkan sendiri serta menerajui dunia dalam mencapai keneutralan karbon.