omniture

Pusat Membeli-Belah Dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara Terus Melabur dalam mCommerce

Lazada melancarkan app membeli-belah mudah alih untuk iPhone dan iPad
Lazada
2014-01-16 08:00 573

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Januari 2014 KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Lazada, pusat membeli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan peluasan repertoir mudah alihnya dengan pelancaran app bagi iPhone dan iPad di seluruh rantau ini. Pelancaran ini adalah berikutan pusingan pelaburan terkini Lazada yang telah mencecah AS$ 250 juta daripada para pelabur termasuklah peruncit besar antarabangsa, Tesco

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140114/8521400179-a)
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140114/8521400179-b)

Kejayaan app Lazada untuk Android telah mendorong penciptaan app baharu bagi iPhone dan iPad ini. Dioptimumkan sepenuhnya untuk iOS 7, app ini membolehkan para pembeli yang sibuk untuk mengimbas pelbagai jenama dan rangkaian produk yang luas di Asia Tenggara dengan lancar menerusi pelbagai kategori termasuk barangan elektronik pengguna, alatan, pakaian, kasut dan aksesori. Pengalaman pengguna dan kemudahan yang disediakan sentiasa menjadi keutamaan di Lazada dan pelancaran app ini akan terus memberi penambahan kepada tawaran yang disediakan:

Pengimbasan yang pantas dan lancar bagi rangkaian produk Lazada

Skrin penuh dan modus zum untuk melihat produk dengan lebih terperinci

Berbilang penapis untuk memudahkan pengasingan produk mengikut saiz, warna, jenama dan harga

Konfigurasi fleksibel yang menawarkan penggunaan dalam lebih empat bahasa

Kaedah pembayaran yang mudah dan selamat – Kad Kredit, Bayar Waktu Terima dan Pindahan Bank

Kod diskaun yang eksklusif dan pemberitahuan tentang tawaran khas

"Didorong oleh perkembangan telefon pintar dan tablet berkos rendah secara besar-besaran, kami menyaksikan lonjakan teknologi yang hebat di rantau ini. Trafik mudah alih Lazada juga telah meningkat sebanyak lebih tiga kali jumlah asalnya dalam tempoh 12 bulan lalu dan telah pun membentuk sebahagian yang besar daripada pendapatan kami," kata Maximilian Bittner, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Group. "Kami percaya mCommerce merupakan masa depan bagi kaedah membeli-belah dalam talian. Kami mengiktiraf keperluan pelanggan dan juga kemudahan mudah alih. Maka, kami berhasrat untuk melancarkan app baharu kami untuk iPhone dan iPad."

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nielsen pada bulan September 2013, penduduk di Asia Tenggara telah menghabiskan masa lebih 3 jam setiap hari kerana menggunakan telefon pintar. Kemasukan telefon pintar sebanyak 80% ke Malaysia merupakan salah satu yang tertinggi di Asia Pasifik. Hampir separuh (47%) daripada para pengguna memiliki berbilang telefon bimbit.

App Lazada baharu untuk iPhone dan iPad ini boleh didapati secara percuma bermula pada 16 Januari 2014. Dalam tempoh 72 jam pertama pelancarannya, para pengguna yang memuat turun app berkenaan akan mendapat diskaun eksklusif sebanyak RM30 bagi sebarang pembelian dengan jumlah minimum RM70. Di samping itu, Lazada bercadang untuk memberikan kejutan kepada tiga pembeli bertuah yang membeli menerusi app baharu tersebut dengan memberikan tiga baucar bernilai RM500. Cabutan bertuah ini adalah layak untuk para pembeli yang membeli menggunakan app tersebut bermula pada 19 hingga 31 Januari.

Latar Belakang Lazada

Lazada (www.lazada.com.my) merupakan pusat membeli-belah dalam talian paling besar di Asia Tenggara dan menjadi perintis e-dagang dengan menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang pantas, mudah dan selamat, digabungkan dengan tawaran produk yang luas dalam pelbagai kategori yang terdiri daripada telefon bimbit & tablet dan barangan elektronik pengguna hinggalah kepada barangan keperluan rumah, alat permainan, fesyen dan peralatan sukan. Lazada terus berusaha menawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai kaedah pembayaran termasuklah bayar waktu terima, komitmen jaminan yang luas serta pulangan percuma.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:

Alice Yoeurp
Bahagian Perhubungan Awam, Lazada Malaysia
Telefon Bimbit: +60-17639-4978
E-mel: alice.yoeurp@lazada.com.my

SUMBER  Lazada

Source: Lazada
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail New products/services