-- Ketua Pegawai Eksekutif Connecthings, Etisalat, Ford, GE healthymagination dan SingTel serta yang Baru Disahkan akan Menyertai Program Pembentangan Kertas Dasar di Barcelona
BARCELONA, Sepanyol, 16 Januari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan beberapa pembentang baharu dalam program pembentangan kertas dasar di Kongres Dunia Mudah Alih GSMA 2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi, termasuk Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg. GSMA telah menggariskan beberapa pembangunan baharu bagi Kongres Dunia Mudah Alih termasuk para pembentang kertas dasar dalam program mPowered Industries, unsur baharu bagi NFC Experience dan rakan kongsi baharu dalam Program Istimewa. Di samping itu, GSMA turut mendedahkan BAFTA dan pelakon British yang memenangi Anugerah Tony, penulis, penyampai dan pelawak, James Corden akan menyampaikan Anugerah Mudah Alih Global di Kongres Dunia Mudah Alih tersebut. Kongres Dunia Mudah Alih akan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari di Fira Gran Via, Barcelona.
"Kongres Dunia Mudah Alih 2014 akan menjadi acara kami yang paling besar, bercita-cita tinggi dan berkepelbagaian setakat ini, yang menawarkan pengalaman baharu kepada para hadirin di seluruh ekosistem mudah alih yang kian berkembang," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran, GSMA. "Dalam tempoh empat hari, para hadirin akan berpeluang untuk melihat betapa dunia mudah alih benar-benar memberi kesan terhadap kehidupan seharian, pekerjaan kita dan cara kita bermain. Kami amat berharap untuk melihat dunia mudah alih berkumpul bersama di Barcelona."
Facebook akan Membuat Pembentangan Kertas Dasar Pertama Mobile World Live 2014
Mark Zuckerberg, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook akan menjadi tumpuan utama dalam antara sesi pembentangan kertas dasar pertama Mobile World Live pada hari Isnin, 24 Februari bermula jam 18:00 hingga 18:45. Pada sesi ini, Mark Zuckerberg serta wartawan dan penulis teknologi terkenal, David Kirkpatrick akan membincangkan tentang kepentingan memperluas manfaat akses Internet yang sentiasa ada untuk kawasan yang masih belum mempunyai sambungan Internet. Selain para hadirin yang dapat menyaksikan secara langsung di Conference Village, Fira Gran Via, pembentangan kertas dasar Mobile World Live akan turut disiarkan secara langsung di seluruh tempat acara itu dan kepada sejumlah penonton yang ramai pada peringkat global menerusi portal Mobile World Live.
GSMA turut mengumumkan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif tambahan yang akan turut serta dalam program persidangan Kongres Dunia Mudah Alih, termasuk:
Bagi mendapatkan maklumat penuh tentang program persidangan Kongres Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcongress.com/conference.
Pembentangan Kertas Dasar mPowered Industries, 24 Februari
Program mPowered Industries yang julung kali diadakan, memberi tumpuan terhadap peranan mudah alih dalam sektor industri vertikal utama seperti kesihatan, pemasaran dan pengiklanan, media dan pelancongan yang akan dimulakan dengan sesi pembentangan kertas dasar pada petang 24 Februari. Sesi ini akan memaparkan kejayaan mudah alih oleh jenama terbaik di serata dunia dan akan meneroka bagaimana industri berkaitan dapat memanfaatkan kuasa mudah alih bagi memperbaiki pengalaman pelanggan dan memperkembangkan perniagaan mereka. Pembentangan kertas dasar mPowered Industries akan menampilkan barisan eksekutif termasuk:
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang mPowered Industries termasuk kertas dasar, pameran dan program persidangan tertentu yang dianjurkan oleh rakan kongsi ECHAlliance, EyeforTravel, Mobile Media Summit dan NABShow, sila layari www.mobileworldcongress.com/mpowered-industries.
App Mudah Alih Menyampaikan Maklumat Penuh Kongres Dunia Mudah Alih
App mudah alih GSMA menawarkan maklumat dan perkhidmatan penuh di mana jua bagi Kongres Dunia Mudah Alih termasuk pendaftaran dan NFC Badge untuk mengakses acara, jadual acara, pempamer yang boleh dicari dan direktori pembentang persidangan, alatan rangkaian dan pemetaan lokasi yang interaktif. App mudah alih tersebut juga memperkenalkan dua ciri baharu untuk mempertingkatkan pengalaman para peserta di Fira Gran Via: SMART Transport dan SMART Food.
SMART Transport menyenaraikan titik pengangkutan mengikut jenis dan lokasi, mengenal pasti titik terdekat dan melakukan pemetaan laluan ke arahnya serta menyampaikan maklumat masa sebenar berkenaan dengan waktu berbaris dan menunggu. SMART Food pula menyediakan senarai boleh cari bagi cawangan katering mengikut dewan, hidangan dan jarak, menawarkan maklumat berkaitan dengan masa menunggu dan berbaris, mengenal pasti cawangan makanan terdekat dan melakukan pemetaan laluan ke arahnya serta membolehkan para peserta untuk memesan dan membayar makanan terlebih dahulu dengan menggunakan kad kredit atau PayPal serta menggunakan laluan ekspres dengan kod NFC atau QR untuk mengambilnya dengan cepat. App GSMA berserta maklumat Kongres Dunia Mudah Alih 2014 boleh didapati pada peranti Android, iOS dan Windows 8 serta mula berada di kedai app mulai hari ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.mobileworldcongress.com/app.
NFC Experience di Kongres Dunia Mudah Alih
NFC Experience Kongres Dunia Mudah Alih 2014 telah diperluaskan bagi menyediakan rangkaian yang lebih besar bagi perkhidmatan mudah alih NFC untuk para hadirin yang menggunakan peranti dibolehkan NFC seperti akses tempat, katering dan rangkaian serta demonstrasi produk terkini NFC dan perkhidmatannya. Pada tahun ini, para hadirin yang menggunakan iPhone juga dapat menyertai aktiviti NFC Experience dengan menggunakan peranti dibolehkan NFC yang disediakan oleh Rakan Kongsi Sokongan Kongres Dunia Mudah Alih, Incipio.
GSMA akan memperkenalkan Mata Tap-n-Go NFC yang interaktif bagi membolehkan para hadirin untuk mengakses maklumat acara ini dan kandungan lain yang boleh dimuat turun dengan pantas dan mudah. Para hadirin yang menggunakan peranti dibolehkan NFC juga dapat berkunjung ke salah satu daripada 61 tapak Mata Tap-n-Go NFC yang berdekatan dengan Fira Gran Via bagi memuat turun dengan mudah berita acara, jadual, dokumen, pembentangan, video dan maklumat berkaitan lain.
Sebagai sebahagian daripada NFC Experience, GSMA akan melakukan demonstrasi pelbagai penyelesaian Perdagangan Mudah Alih berasaskan NFC, memperkenalkan aplikasi bagi pembayaran, runcit, pengangkutan, identiti mudah alih dan akses, serta banyak lagi. Rakan kongsi yang akan mendemonstrasikan penyelesaian tersebut bersama GSMA termasuk Aimia, Assa Abloy, BC Card, Chunghwa Telecom, Deutsche Telekom, Escher Group, Gemalto, The Logic Group, Proxama, Telecom Italia, Telenor dan Verifone. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang NFC Experience di Kongres Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcongress.com/nfc-at-mwc.
Rakan Kongsi Baharu dalam Program Istimewa
Beberapa syarikat baharu telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Program Istimewa di Kongres Dunia Mudah Alih. HP telah menyertainya sebagai Rakan Kongsi App Planet dan akan mengadakan Persidangan Pembangun App selama separuh hari pada hari Isnin, 24 Februari, manakala Huawei pula akan menganjurkan Acara Rakan Kongsi selama separuh hari pada hari Rabu, 26 Februari. dotMobi dan TRUSTe akan menyertai sesi Waktu Kuasa pada hari Khamis, 27 Februari. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Istimewa di Kongres Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcongress.com/featured-programmes.
Cabaran Fitbit di Kongres Dunia Mudah Alih
Dengan berganding bahu bersama Fitbit, peneraju bagi teknologi kesihatan dan kecergasan boleh pakai, GSMA memperkenalkan Cabaran Fitbit di Kongres Dunia Mudah Alih. Peserta cabaran itu akan menggunakan peranti Fitbit Flex bagi memantau aktiviti harian mereka, berkongsi statistik dan melihatkan kesan sebenar bagi data peribadi secara langsung pada tahap aktiviti berkaitan. Hadiah yang disediakan termasuk telefon pintar HTC One dan Fitbit Force akan diberikan pada setiap hari kepada dua individu yang berjaya merekodkan jumlah langkah yang paling tinggi. Para peserta berdaftar bagi Kongres Dunia Mudah Alih boleh menggunakan peranti Fitbit Flex mereka sendiri bagi menyertainya atau mereka boleh mendapatkan peranti Fitbit Flex dengan diskaun sebanyak 40 peratus. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Cabaran Fitbit, sila layari www.mobileworldcongress.com/fitbit-challenge.
James Corden Menjadi Hos Anugerah Mudah Alih Global
GSMA mengumumkan James Corden, penerima Anugerah Tony bagi "One Man, Two Guvnors" yang ditayangkan di National Theatre, UK dan Broadway di New York akan menjadi hos Anugerah Mudah Alih Global di Kongres Dunia Mudah Alih. James merupakan pemenang BAFTA serta penulis bersama dan bintang bagi sitkom TV British, "Gavin and Stacey", hos selama empat kali bagi Anugerah BRIT dan juga merupakan hos bagi rancangan kuiz Sky 1, "A League of Their Own". Baru-baru ini, beliau telah membintangi produksi filem Weinstein, "One Chance", pencipta bersama, penulis bersama dan bintang bagi rancangan komedi seram terkenal televisyen BBC, "The Wrong Mans" dan telah menjalani penggambaran bagi "Into the Woods" bersama Meryl Streep, Johnny Depp dan Emily Blunt. Di samping menerima anugerah Tony dan BAFTA, James telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah lain termasuk Anugerah Writers' Guild Great Britain dengan Penulis Komedi Terbaik dan Anugerah Televisyen Nasional. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Mudah Alih Global, sila layari www.mobileworldcongress.com/global-mobile-awards/.
Sertai Kami di Kongres Dunia Mudah Alih 2014
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuk bagaimana untuk menghadirinya, menjadi pempamer atau penganjur, sila layari http://www.mobileworldcongress.com/. Ikuti perkembangan dan kemas kini Kongres Dunia Mudah Alih (#MWC14) melalui Twitter @GSMA atau Facebook www.facebook.com/mobileworldcongress.
Kongres Dunia Mudah Alih merupakan asas bagi Modal Dunia Mudah Alih yang akan dilangsungkan di Barcelona bermula pada tahun 2013 hingga 2018. Modal Dunia Mudah Alih merangkumi program dan aktiviti yang berlaku sepanjang tahun ini dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada warga Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, malah kepada industri mudah alih seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Modal Dunia Mudah Alih, sila layari www.mobileworldcapital.com.
Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih serata dunia. Dengan mencakupi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia bersama 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.