WOLFSBURG, Jerman, 17 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Autostadt di Wolfsburg meneruskan kejayaan pembangunannya pada tahun 2013 dengan 2.166 juta pelawat (2012: 2.297 juta) dan 160,230 penghantaran kenderaan (2012: 173,374). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Otto F. Wachs, "Jumlah pelawat dan penghantaran kenderaan yang cemerlang tersebut mengesahkan kejayaan bagi konsep kami untuk perubahan dan pembangunan yang berterusan. Tarikan baharu termasuk bahagian aktiviti keluarga MobiVersum dan tarikan pemanduan 'Ausfahrt' merupakan sebab yang bagus untuk melawat Autostadt. Jumlah pelawat pada tahun 2013 sekali lagi melangkaui purata tahunan jangka panjang kami. Para pelawat biasanya menghabiskan lebih lima jam di Autostadt yang menunjukkan para pelawat amat meminati tarikan yang kami sediakan."
Pesta Movimentos merupakan acara kebudayaan kemuncak bagi tahun 2013. Dua konsert yang benar-benar mendapat sambutan dan menampilkan kumpulan Rammstein telah mengakhiri pesta Autostadt ke-11 pada 5 Mei. Acara tahun ini berjaya menarik 30,000 pengunjung. Pada tahun 2013, acara pesta memberi tumpuan terhadap tema "Toleransi" manakala pada tahun 2014, tema tahunannya ialah "Glück" (Kegembiraan).
Autostadt telah diiktiraf sebagai pusat pembelajaran luar kurikulum dengan pelbagai program pendidikan selama lebih sepuluh tahun. Pada tahun 2013, lebih 350,000 pelajar yang berminat telah mengambil bahagian.
Tiga belas tahun selepas pembukaan Ritz-Carlton yang pertama di Jerman, The Ritz-Carlton, Wolfsburg kekal beroperasi dalam tempoh 15 bulan kerja ubah suai secara menyeluruh dilakukan. Hotel tersebut memperlihatkan reka bentuk dalaman baharu secara sepenuhnya pada bulan November.
Kesimpulannya, Ketua Pegawai Eksekutif Autostadt, Otto F. Wachs berkata: "Tumpuan kami pada tahun 2014 adalah untuk meneruskan pembangunan keseluruhan Autostadt. Ini adalah berbeza berbanding pada tahun 2012 dan 2013 apabila kami telah melancarkan projek pembangunan baharu yang utama. Sebagai platform komunikasi, kami akan menyokong pertumbuhan dinamik Volkswagen Group dan menyumbang terhadap pembangunan Wolfsburg dan rantau sekitarnya."
Gambar boleh didapati menerusi agensi foto akhbar eropah epa (http://www.epa.eu/) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://ots.de/1Y2jG
Dapatkan maklumat lanjut menerusi Portal Akhbar Autostadt: https://presse.autostadt.de/en/
Perhubungan akhbar: Jabatan Media Antarabangsa - Telefon: +49(0)5361-40-1441
E-mel: international.media@autostadt.de
Sumber: Autostadt GmbH