omniture

Kemenangan SI Group dalam Kes ITC Penting menentang Sino Legend

SI Group, Inc.
2014-01-17 18:28 122

-- Larangan Import 10 Tahun terhadap Sino Legend Berkuat Kuasa Serta-merta

SCHENECTADY, New York, 17 Januari 2014  /PRNewswire/ -- SI Group, Inc., pemaju dan pengeluar global yang menerajui bagi perantara kimia, resin khusus dan penyelesaian, mengumumkan kejayaannya bagi tuntutan mahkamah terhadap harta intelek yang penting di hadapan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC).

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b )

SI Group telah memfailkan aduan kepada ITC yang mendakwa Sino Legend dan responden lain telah menyeleweng rahsia perdagangan SI Group dengan mengimport resin pelekit tertentu ke A.S. Produk Sino Legend yang menjadi isu bagi kes tersebut termasuk resin pelekit SL-1801, SL-1801 LFP, SL-1802 dan SL-1802 LFP. Dalam penentuan muktamad yang dikeluarkan pada 15 Januari 2014, ITC mengesahkan Sino Legend, Red Avenue dan sekutu tertentu bagi syarikat tersebut telah melanggar Seksyen 337 Akta Tarif A.S. dengan mengimport resin getah yang dihasilkan dengan menggunakan rahsia perdagangan SI Group. Kesannya, ITC telah mengenakan larangan selama 10 tahun terhadap pengimportan produk yang berkaitan ke A.S. Larangan import tersebut berkuasa kuasa serta-merta.

"Ini merupakan kejayaan besar bagi SI Group," kata Frank Bozich, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Keputusan muktamad ITC mengukuhkan lagi apa yang telah kami perkatakan selama ini: Harta intelek kami telah dicuri. Perintah pengecualian selama 10 tahun itu diharapkan dapat memperbetulkan kesalahan tersebut."

Aduan ITC telah difailkan pada 21 Mei 2012 berikutan Sino Legend yang berpakat dengan, dan kemudiannya mengambil pengurus kilang daripada kilang pembuatan SI Group Shanghai untuk bekerja bersama mereka. Sejak itu, Sino Legend telah menghasilkan resin getah untuk bersaing dengan resin getah proprietari SI Group.

Versi awam bagi penentuan awal Hakim Roger yang dikeluarkan sebelum ini boleh didapati di laman web SI Group (http://www.siigroup.com/press). Penentuan muktamad oleh ITC akan dipaparkan sejurus maklumat tersebut dikeluarkan. Maklumat tambahan berkaitan kes ini, No. 337-TA-849 boleh didapati di laman web ITC.

Latar Belakang SI Group
SI Group merupakan syarikat yang dimiliki keluarga dan ditubuhkan pada tahun 1906 dan mempunyai ibu pejabat di Schenectady, New York. Pemaju dan pengeluar global yang menerajui bagi resin fenol, resin alkilfenol dan fenol beralkil serta perantara kimia lain, SI Group beroperasi di 20 fasiliti di 10 negara serata dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang SI Group, layari www.siigroup.com

Hubungi:
Brooke Manrique
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Pemasaran
SI Group, Inc.
+1-518-347-4112
brooke.manrique@siigroup.com 

Source: SI Group, Inc.
Related Links:
Keywords: Chemical Legal issues Patent Law