-- Kajian Menyenaraikan Pilihan Pengurangan Antara Sistem ISDB-T dan LTE
LONDON, 17 Januari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini menunjukkan penemuan kajian baharu daripada ATDI[1] yang mengkaji kaedah untuk mengurangkan gangguan antara isyarat mudah alih LTE dengan perkhidmatan televisyen sedia ada dan dirancang. Pada bulan Oktober, pengawal selia Brazil, ANATEL telah membuat keputusan untuk memperuntukkan Digital Dividend kepada sistem mudah alih dan menggunakan rancangan jalur 700MHz Asia Pasifik (APT) yang dapat menyediakan jalur spektrum bagi perkhidmatan mudah alih LTE baharu.
Ramalan menunjukkan penggunaan jalur 700MHz bagi jalur lebar mudah alih akan mewujudkan faedah sosio-ekonomi yang besar bagi Brazil, lalu menyumbangkan tambahan sebanyak AS $1.4 bilion kepada KDNK, lalu menyediakan lebih 4,300 peluang pekerjaan dan mampu menjana hasil cukai tambahan sebanyak AS $1.3 bilion menjelang tahun 2020[2].
"Pengendali mudah alih mahu bekerja rapat bersama ANATEL dan komuniti penyiaran bagi mengetahui bagaimana kedua-dua perkhidmatan tersebut dapat wujud bersama dengan cara yang paling baik dan memastikan pengalaman yang optimum bagi perkhidmatan mudah alih LTE dan tontonan televisyen bagi warga Brazil," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia, GSMA. "Menerusi pemodelan yang ketat, kajian yang dijalankan menunjukkan perancangan yang teliti terhadap penggunaan spektrum akan mengurangkan gangguan berpotensi daripada perkhidmatan mudah alih dan penyiaran yang beroperasi secara berdekatan dengan satu sama lain."
Kajian tersebut turut memberi tumpuan terhadap bandar Brasilia, Campinas dan Sao Paulo memandangkan kawasan tersebut barangkali merupakan kawasan yang gangguan berpotensi terhadap penerimaan televisyen dan mudah alih mungkin mewujudkan antara isu yang paling besar. Masalah gangguan berpotensi seharusnya adalah kurang teruk di kawasan lain lalu memudahkan pengurangannya. Keserasian dengan isyarat televisyen analog juga merupakan faktor bagi masalah ini berikutan perancangan jangka panjang yang dijangka bagi peralihan digital. Memandangkan televisyen digital di Brazil menggunakan teknologi ISDB-T, kajian ini adalah relevan bagi pasaran lain termasuk Chile, Costa Rica dan Ecuador dengan spektrum Digital Dividend juga telah diperuntukkan bagi sistem mudah alih.
Walaupun kajian berkenaan tidak dijalankan untuk menyediakan penyelesaian yang tunggal dan khusus, ia tetap memberikan sudut pandangan objektif yang boleh dijadikan sumber bagi para pengendali mudah alih dan penyiar untuk membuat keputusan pada masa hadapan yang berkaitan dengan pengurangan gangguan antara sistem mudah alih dan televisyen. Penemuan utama laporan tersebut termasuk:
"Kami menghargai kebimbangan yang wujud berkenaan dengan gangguan berpotensi antara perkhidmatan mudah alih dan penyiaran, yang akan kami tangani menerusi kajian baharu ini," sambung Phillips lagi. "Walau bagaimanapun, kebimbangan ini tidak seharusnya menenggelamkan faedah sosio-ekonomi yang jelas dapat diwujudkan oleh spektrum Digital Dividend bagi sistem mudah alih. Menerusi pengurangan ini, kami akan berusaha untuk memastikan kejayaan bagi kewujudan bersama perkhidmatan televisyen dan mudah alih LTE agar dapat dinikmati sepenuhnya oleh warga Brazil."
Nota kepada Editor
[1]ATDI merupakan pakar bagi peralatan perisian, penyelesaian perisian yang dipesan terlebih dahulu, komponen perisian dan perundingan. Mereka juga merupakan pakar dalam perancangan radio, pemodelan, pengukuran dan pengurusan spektrum bagi kesemua teknologi radio.
[2]Sumber: "Economic Benefits of the Digital Dividend for Latin America", GSMA/Telecom Advisory Services, 2011
Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih serata dunia. Dengan mencakupi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia bersama 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.