omniture

Sharyn Gol JSC Beroleh Pembiayaan USD 10 Juta daripada EBRD

Sharyn Gol JSC
2014-01-17 23:37 105

ULAANBAATAR, Mongolia, 17 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Sharyn Gol JSC (MSE: SHG), salah satu lombong arang batu yang paling tua dan masih beroperasi di Mongolia telah menandatangani kontrak bagi menerima pakej pembiayaan hutang yang bernilai USD 10 juta daripada EBRD. Pakej pembiayaan hutang tersebut perlu dibelanjakan bagi pengambilalihan dan pemasangan kilang pembatuan semula dan bagi penaikan taraf serta peluasan kilang pengayaan dan pembebataan arang batu. Kilang ini akan membekalkan arang batu yang telah dibersihkan serta briket bahan api tanpa asap.

Arang batu yang telah dibersihkan dan briket tanpa asap akan dibekalkan kepada para pengguna industri seperti kilang peleburan dan simen serta bagi kegunaan isi rumah bagi pemanasan di bandar Ulaanbaatar. Fasiliti yang telah diperluaskan setelah fasa pertama projek disiapkan dijangka akan menghasilkan lebih 75 ribu tan produk pembebataan dan kok separa setahun.

Eric Rasmussen, Pengarah EBRD, Natural Resources berkata: "Kami amat gembira dengan peluang untuk bekerjasama dengan Sharyn Gol demi Projek ini bagi memperbaiki kualiti udara di Ulaanbaatar. Kami turut menghargai komitmen Syarikat ini bagi memberikan kesan positif terhadap pembangunan sosial dan ekonomi di wilayah setempat. Kami amat berharap dapat menyokong langkah strategik syarikat ini bagi menghasilkan produk arang batu bersih yang mempunyai nilai tambah."

Pengarah Sharyn Gol JSC, James Passin berkata: "Kami amat berbesar hati untuk menerima pakej pembiayaan hutang daripada EBRD berikutan usaha wajar operasi, kewangan, undang-undang, geologi, persekitaran dan sosial yang mendalam oleh Bank dan para perundingnya. Pembiayaan hutang jangka panjang itu membolehkan Sharyn Gol JSC mempercepat perancangannya untuk menjadikan syarikat subsidiarinya Naco Fuel JSC pengeluar bahan api tanpa asap bagi pasaran Mongolia. Kami berharap produk kami akan menghasilkan peningkatan yang ketara terhadap kualiti udara Ulaanbaatar menjelang musim sejuk tahun 2015."

Menerusi pakej hutang pembiayaan daripada EBRD, impian Sharyn Gol Mine untuk menjadi lombong yang sosial dan mesra alam semakin menjadi kenyataan.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi alamat berikut:

Puan Otgonzul Baatar
+976-11-311073
Alamat e-mel: otgonzul@sharyngol.com 
www.sharyngol.com

Source: Sharyn Gol JSC
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Financing agreements