BARCELONA, Sepanyol, 20 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Cesc Fàbregas, Mario Balotelli dan Marco Reus Menunjukkan Kuasa dan Ketepatan yang Mampu Dicapai Melalui Teknologi Kasut But Revolusioner di Barcelona
PUMA memulakan kempennya Nature of Believing 2014 dengan pelancaran kasut but bola sepak evoPOWER baharu yang revolusioner semasa acara langsung di Barcelona pada hari Jumaat lepas. Pemain PUMA Power Cesc Fàbregas, Marco Reus dan Mario Balotelli berpeluang menguji kemahiran bola sepak mereka pada dinding evoPOWER, simulator bola sepak buatan khusus yang menggunakan teknologi Hawk Eye bagi mengukur kuasa dan ketepatan seseorang pemain. evoPOWER diilhamkan daripada kebebasan pergerakan kaki yang tidak berkasut - Fàbregas, Reus dan Balotelli menunjukkan kemahiran mereka serta teknologi kasut but yang mempertingkatkan prestasi itu melalui empat cabaran interaktif.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64184-puma-launches-evopower-football-event
Penonton yang terdiri daripada pemenang pertandingan dan pihak media dari seluruh dunia menyertai PUMA di Barcelona bagi menguji kasut but evoPOWER baharu dan menonton acara interaktif itu secara langsung. Majlis pelancaran itu diacarakan bersama oleh legenda bola sepak dan pemain PUMA Thierry Henry, yang membantu pemain melepasi semua cabaran dan memberikan pandangan bernilai tentang inspirasi rekaan serta faedah produk.
evoPOWER ialah kasut but prestasi baharu yang direka bagi mempertingkatkan kemahiran menendang semula jadi seseorang pemain, dan mengoptimumkan kuasa dan ketepatan seseorang pemain apabila menendang bola. Rekaan yang diilhamkan daripada kuasa yang dijana daripada kebebasan menendang semasa tidak berkasut, evoPOWER mengandungi teknologi kasut PUMA yang paling canggih setakat ini dalam kategori bola sepak, dan akan dipakai di padang perlawanan oleh Cesc Fàbregas, Marco Reus, Mario Balotelli, Yaya Touré, Nemanja Vidic, Dante dan ramai lagi.
Cesc Fàbregas berkata, "Saya benar-benar menikmati pengalamannya; pelancaran produk ini sangat hebat. Memperkenalkan kasut but evoPOWER PUMA baharu melalui demonstrasi langsung dan memaparkan teknologi dan manfaat kasut but itu kepada pemain ialah idea yang sangat bijak. Cabarannya memberi saingan sengit, dan melihat markah kuasa dan ketepatan kami daripada setiap tendangan merupakan insentif kuat untuk cuba mengalahkan pemain lain."
Marco Reus pula berkata, "Saya mula-mula melihat versi awal kasut but evoPOWER beberapa bulan lalu dan saya begitu kagum dengan buah fikiran di sebalik rekaannya. Ia pentas yang sesuai bagi melancarkan kasut but itu, suasananya begitu meriah dan semua orang di tempat itu jelas kagum dengan dinding evoPOWER serta teknologi kasut but itu. Cabarannya direka bagi menguji tahap kemahiran kami. Di samping itu, peluang yang diberi kepada pemenang pertandingan bagi menyertai kami dalam cabaran akhir untuk meruntuhkan dinding cabaran itu juga merupakan idea yang hebat. Saya memang suka dapat bertemu dengan peminat bola sepak dan pengalaman seperti acara ini membuat saya rasa bertuah kerana dapat menyertainya."
Mario Balotelli memberi komen, "Acara pelancaran itu memang menyeronokkan dengan pertemuan bersama semua pemain lain. Saya baru sahaja menyertai keluarga PUMA bulan lepas, jadi saya berbesar hati dapat menyertai acara ini dan menyertai Cesc dan Marco bagi melancarkan kasut but evoPOWER baharu ini. Gembar-gembur untuk kasut but baharu ini memang sudah hangat sejak beberapa minggu lepas kerana kami telah memakai versi kasut ujian samaran semasa di padang perlawanan dan semasa berlatih. Akhirnya kami mendedahkan kasut butnya yang sebenar dan menunjukkan kepada dunia impak yang boleh diberikan oleh kasut but evoPOWER."
Cesc Fàbregas, Marco Reus, Mario Balotelli dan Thierry Henry muncul dalam filem pendek menguja yang memaparkan ujian lapangan yang dijalankan bagi menerokai kuasa dan ketepatan luar biasa evoPOWER. Ini dan aset evoPOWER lain boleh dimuat turun di http://news.puma.com/
Kasut but evoPOWER dan rangkaian penuh aksesori serta pakaian evoPOWER akan mula dijual pada 1 Februari 2014.
Nota kepada editor:
Bagi imej tanpa hak cipta, gulung B, kandungan video dalam pakej dan maklumat produk lanjut, sila hubungi Pusat Akhbar PUMA di http://news.puma.com/
Perhubungan Media:
Tim Stedman, Perhubungan Awam Antarabangsa PUMA, +49-151-1474-3148, tim.stedman@puma.com
Sumber: PUMA SE