omniture

CGTN: Pendekatan Baharu: Bagaimana China mendorong R&D dan inokulasi vaksin COVID-19

CGTN
2022-12-21 23:53 45

BEIJING, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- China kini telah meningkatkan vaksinasi COVID-19 sebagai keutamaan terutamanya dalam kalangan kumpulan rentan seperti warga emas bagi menguatkan lagi perlindungannya ke atas orang ramai terhadap virus ini.

Strategi ini menjadi semakin menonjol tatkala negara ini melonggarkan langkah-langkahnya terhadap virus ini yang akan membantu mengimbangi kawalan wabak dan mata pencarian sosial.

Tumpuan dasar terhadap COVID-19 harus beralih daripada "mengelakkan penularan jangkitan" kepada "mencegah jangkitan teruk", menurut Zhong Nanshan, pakar terkemuka China bagi epidemiologi dan penyakit pernafasan di sebuah persidangan perubatan pada 9 Disember. Beliau menegaskan bahawa vaksinasi penuh memainkan peranan penting di tengah-tengah langkah-langkah dioptimumkan yang baru dilaksanakan oleh negara ini.

Zhong berkata cara terbaik untuk menguatkan sistem imun orang ramai terhadap COVID-19 adalah dengan menerima vaksin yang berbeza sebagai penggalak kedua – yang dibangunkan oleh teknologi berbeza – bagi mendapatkan perlindungan maksimum.

R&D bermula awal 

China telah membangunkan lebih sedozen vaksin COVID-19. Ia mencapai kemajuan yang besar dalam pembangunan vaksin menerusi lima teknologi yang berbeza termasuk vaksin tidak aktif, vaksin vektor virus, vaksin protein rekombinan, vaksin influenza hidup dilemahkan dan vaksin asid nukleik.

Negara ini mula membangunkan vaksin seawal tahun 2020 apabila ia berjaya mengasingkan strain coronavirus baharu pertama di tengah-tengah gelombang wabak yang pertama. Ia melancarkan vaksin COVID-19 pertama untuk orang ramai di bawah penggunaan bersyarat pada 31 Disember 2020, kurang setahun selepas wabak.

Tiga tahun mengalami pandemik, China meluluskan 13 vaksin COVID-19 termasuk lima vaksin tidak aktif, lima vaksin protein rekombinan, dua vaksin vektor virus dan satu vaksin influenza hidup dilemahkan. Dari segi kaedah penerimaan, 11 daripadanya merupakan suntikan, satu boleh sedut dan satu semburan hidung.

Vaksin boleh sedut tidak konvensional dan semburan hidung "mensimulasikan jangkitan semula jadi", menurut Zhu Tao, pengasas bersama dan ketua pegawai saintifik CanSino Biologics Inc, yang mana ubat tersebut menyebabkan perlindungan sistemik, membentuk penghalang imun barisan pertama bagi mencegah kemasukan virus ke dalam saluran pernafasan.

Pelbagai vaksin ini ternyata bermanfaat tatkala negara melancarkan kempennya untuk orang ramai mendapatkan penggalak kedua. Menurut rancangan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), pada 13 Disember 2022, lapan vaksin mendapat kelayakan dalam rancangan tersebut sebagai penggalak kedua memandangkan ia merupakan jenis vaksin yang berbeza daripada dua vaksin tidak aktif daripada Sinopharm serta Sinovac dan satu vaksin rekombinan daripada CanSino–majoriti rakyat Cina menerimanya sebagai pilihan vaksinasi mereka sebelum ini.

Perlindungan terhadap COVID-19 "dirangsang secara signifikan" selepas dua jenis vaksin yang berbeza, kata Zhong di persidangan tersebut.

Sepanjang tiga tahun, China berjaya menjalankan vaksinasi untuk melindungi rakyatnya dengan sokongan daripada pembangunan vaksin termaju sementara virus itu berkembang bersama-sama dengan banyak variannya yang tersebar di seluruh dunia.

Setakat ini, tiga vaksin yang dibangunkan oleh China telah diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). China juga mempunyai rancangan inokulasi paling banyak untuk vaksin COVID-19 yang dibangunkan di peringkat domestik yang berasaskan kepada virus tidak aktif, vektor virus dan protein rekombinan. Vaksin COVID-19 mRNA yang dibangunkan oleh China diberi kebenaran untuk kegunaan kecemasan di Indonesia pada bulan September ini.

Meningkatkan vaksinasi warga emas 

China telah meningkatkan vaksinasi dalam kalangan warga emas untuk meningkatkan perlindungan semasa menjangkakan gelombang jangkitan COVID-19 memandangkan mereka berisiko tinggi untuk mengalami gejala-gejala teruk apabila dijangkiti.

Setakat 28 November 2022, 86 peratus daripada mereka berusia lebih 60 tahun telah menerima vaksinasi penuh manakala hanya kira-kira 65 peratus daripada penduduk berumur lebih 80 tahun lengkap vaksinasi penuh. Kira-kira 25 juta penduduk berumur lebih 60 tahun masih belum menerima vaksin.

Xia Gang, seorang pegawai di National Administration of Disease Prevention and Control berkata alasan di sebaliknya adalah kerana warga emas kurang kesedaran dan berasa bimbang terhadap suntikan vaksin.

Zheng Zhongwei, ketua pasukan penyelidikan dan pembangunan vaksin NHC menjelaskan dalam satu wawancara "keselamatan vaksin COVID-19 China adalah sama selamat dengan vaksin-vaksin sedia ada yang lain," menambah bahawa data menunjukkan kadar tindak balas buruk dalam kalangan warga tua "boleh menjadi lebih rendah berbanding dalam kalangan anak muda."

China, dengan penduduk seramai 1.4 bilion orang, telah memberikan hampir 3.46 bilion dos vaksin COVID-19 di seluruh negara dan menyediakan lebih 2 bilion dos ke seluruh dunia.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-19/New-Approaches-How-China-pushes-COVID-19-vaccine-R-D-and-inoculation-1fTyJSviqbe/index.html

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion