omniture

CGTN: 'Pendekatan Baharu': Bagaimana China tingkatkan rawatan COVID-19

CGTN
2022-12-22 11:00 54

BEIJING, 22 Disember 2022 /PRNewswire/ -- China telah berlumba melawan masa dalam membangunkan ubat-ubatan COVID-19 sekali gus menggalakkan vaksinasi – satu untuk menyelamatkan nyawa dan satu lagi untuk memberi perlindungan yang luas.

Meskipun langkah-langkah pembendungan COVID-19 yang ketat sejak tiga tahun yang lalu membantu China mengelakkan varian yang lebih berbahaya daripada Omicron dan menghalang banyak kematian, pembangunan rawatan COVID-19 yang berkesan turut memperluaskan perlindungan kepada orang ramai yang berisiko tinggi mendapat pendedahan atau mengalami keadaan kesihatan yang mendasari.

China telah mengambil inisiatif dalam pembangunan ubat-ubatan COVID-19 daripada tiga pendekatan utama sejak bermulanya pandemik. Tiga strategi itu merencatkan mekanisme replikasi virus, menghalang virus daripada memasuki sel sasaran dan mengawal tindak balas sistem imun manusia yang terlalu aktif.

Ubat antibodi COVID-19 pertama daripada China, terapi koktel dua antibodi monoklon amubarvimab dan romlusevimab diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh pengawal selia ubat negara pada 8 Disember 2021.

Rawatan berkenaan diaplikasikan melalui suntikan intravena dan percubaan klinikal rawak merentas banyak negara menunjukkan bahawa ia 80 peratus berkesan dalam mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan juga kematian antara kumpulan-kumpulan berisiko tinggi.

Antibodi yang digunakan dalam rawatan berkenaan turut terbukti meneutralkan antibodi secara meluas, berupaya untuk menyasarkan tapak virus yang berbeza, menurut Zhang Linqi, saintis terkemuka yang terlibat dalam rawatan berkenaan dan juga seorang profesor di Sekolah Perubatan di Universiti Tsinghua.

"Ubat antibodi dan vaksin saling melengkapi antara satu sama lain, setiap satunya memainkan peranannya dalam pencegahan dan rawatan penyakit," kata Zhang dalam bulan Disember 2021, apabila ditemu bual oleh The Paper, outlet berita digital Cina.

Selain daripada terapi koktel ini, China telah melakar kemajuan dalam membangunkan ubat-ubatan COVID-19 sejak tiga tahun yang lalu dengan yang paling terkini melibatkan ubat antibodi monoklon berasaskan semburan hidung, F61.

Dibangunkan oleh Sinopharm, syarikat korporat farmaseutikal yang bertanggungjawab mengeluarkan vaksin COVID-19 tidak aktif negara ini, F61 diluluskan untuk percubaan klinikal pada 28 November. Ia juga merupakan antibodi peneutral spektrum luas dengan tindak balas yang amat aktif menentang varian Omicron.

Semburan hidungnya membolehkan ubat itu bertindak terus ke atas saluran pernafasan bahagian atas nasofarinks, lalu membentuk membran pelindung pada mukosa hidung, menurut syarikat berkenaan.

Seiring dengan pembangunan dan pengeluaran ubat-ubatan COVID-19 yang lain, ia membantu mengurangkan keterukan gejala dan untuk mengelakkan kemasukan ke hospital serta kematian dalam kalangan individu yang dijangkiti COVID-19.

Namun pada dasarnya, membuatkan orang ramai divaksinasi merupakan cara yang paling berkesan untuk menghalang virus daripada bermutasi, seperti yang dikatakan oleh seorang pakar daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC).

Dalam satu wawancara bersama China Media Group dalam bulan April 2021, Wang Huaqing, ketua saintis CDC untuk Rancangan Imunisasi, berkata bahawa China memerlukan sekurang-kurangnya 1 bilion orang disuntik bagi membina perlindungan imuniti.

Menjelang 7 Disember 2022, kira-kira 3.45 bilion suntikan vaksin telah diberikan dan lebih daripada 228 juta orang berusia 60 tahun ke atas telah disuntik sepenuhnya setakat 28 November, lalu menyumbang sebanyak lebih 86 peratus daripada jumlah penduduk dalam kumpulan umur tersebut, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Iaitu, lebih 90 peratus rakyat di China mendapat inokulasi penuh vaksin COVID-19 mereka – termasuk suntikan penggalak.

Ketika ini China melancarkan kempen untuk suntikan penggalak kedua, khususnya dalam kalangan warga tua.

Dengan penemuan yang berterusan dalam pembangunan vaksinnya, kini China mempunyai vaksin COVID-19 yang boleh diberikan kepada orang ramai melalui kaedah suntikan, sedutan dan semburan hidung.

Ia turut mempercepatkan pembangunan vaksin berasaskan RNA pengutus, salah satu yang telah diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Indonesia dalam bulan September.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-17/-New-Approaches-How-China-stepped-up-its-COVID-19-treatments-1fNYIqSorxS/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Pharmaceuticals Publishing/Information Service