SEOUL, Korea Selatan, 20 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Arah aliran terkini di Asia dan peringkat global bagi produk dan sistem keselamatan akan dipamerkan di Persidangan Keselamatan Antarabangsa dan EXPO 2014 (SECON EXPO 2014) yang akan diadakan bermula pada 12 hingga 14 Mac, bertempat di Dewan Pameran 2 dan 3 Ilsan KINTEX. Semua dijemput hadir bagi menyaksikan peralatan keselamatan canggih serta menyertai seminar bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang industri keselamatan pada masa hadapan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140120/HK47619 )
SECON EXPO 2014 ditaja bersama oleh pejabat kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan seperti Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga, Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam, Kementerian Sains, ICT dan Perancangan Masa Depan, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan serta Kerajaan Wilayah Gyeonggi dan turut dianjurkan bersama oleh organisasi berkaitan keselamatan.
Pameran ini akan memaparkan produk keselamatan berteknologi tinggi yang terkini termasuk CCTV, DVR dan sistem pemantauan rangkaian, peralatan keselamatan fizikal dan penyelesaian keselamatan IT seperti sistem kawalan akses, sistem pemantauan dan penggera serta sistem biometrik. Turut dipamerkan ialah penyelesaian memerangi keganasan dan keselamatan tanah air yang canggih termasuk sistem trafik pintar.
Secara khususnya, Korea akan memperkenalkan pusat kawalan bersepadu yang telah menjadi isu setiap kerajaan tempatan dan sistem keselamatan bersepadunya yang merupakan sistem asas yang dihasilkan di dalam negara bagi melaksanakan wawasan kerajaan untuk mewujudkan bandar yang selamat. Pada tahun ini, banyak syarikat keselamatan global dari A.S., U.K. dan Israel yang merupakan negara dengan industri keselamatan paling maju serta China, kuasa yang baru muncul akan menyertai pameran ini dengan tapak pameran bebas mereka sendiri atau di ruang negara masing-masing. Ramai juga pembeli dari luar negara yang dijangka akan mengunjungi pameran ini, maka acara ini akan berfungsi sebagai ujian bagi melihat arah aliran pasaran keselamatan peringkat global pada awal tahun ini. Acara tahun ini akan disertai oleh sejumlah besar syarikat dari luar negara dan pembeli serta akan menjadi tempat perjumpaan perniagaan antara pengguna peralatan keselamatan sebenar dan pembekal dari serata dunia.
SECON EXPO 2014 diramalkan akan disertai oleh sejumlah 400 syarikat bagi memenuhi 800 tapak pameran yang dapat ditinjau oleh kira-kira 40,000 pengunjung. Masuk adalah percuma jika pendaftaran dilakukan secara dalam talian di laman web SECON EXPO 2014 (www.seconexpo.com).
Perhubungan Akhbar:
Sydney Suk
Biro Pameran SECON 2014
Tel: (+82)-2-719-6931
E-mel: secon@boannews.com
http://www.seconexpo.com