REUTLINGEN, Jerman, 21 Januari 2014 /PRNewswire/ --
iPoint-systems ialah peneraju pasaran dalam bidang perisian pelaporan Mineral Konflik / Pelanggan dari 68 negara
Pakar perisian iPoint-systems telah mencecah satu tanda aras: Pada 20 Januari, syarikat yang ke-11,000 telah mendaftar sebagai pengguna untuk Platform Mineral Konflik iPoint (iPCMP). "Ini bermakna iPoint berjaya menetapkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran untuk perisian dalam bidang pelaporan Mineral Konflik," jelas Jorg Walden, Ketua Pegawai Eksekutif iPoint-systems, dengan bangganya. iPCMP telah dilancarkan pada bulan September 2012 dan sejak itu ia telah membina kedudukannya sebagai penyelesaian silang industri dalam hal pematuhan dengan keperluan undang-undang yang berkenaan Mineral Konflik.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080221/123456 )
Sekilas pandangan pada senarai pelanggan iPoint menunjukkan yang syarikat daripada pelbagai industri seluruh dunia sedang berhadapan dengan isu Mineral Konflik: Pembuat dan pembekal dari 68 negara, rangkaian luas industri dan syarikat yang berkepelbagaian saiz bergantung pada iPCMP. Antaranya, industri automotif, elektronik, aeroangkasa, kejuruteraan mekanikal, pembinaan kapal, tekstil dan pakaian mempunyai syarikat wakil, termasuk syarikat dengan kurang 50 kakitangan serta syarikat dengan beberapa ribu kakitangan, yang untuknya iPoint menawarkan lesen yang sesuai bergantung pada keperluan pelaporan dan saiz syarikat itu – lesen asas untuk syarikat lebih kecil baru-baru ini telah dijadikan percuma.
Sejak pelaksanaan peraturan Mineral Konflik terakhir oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS pada hujung bulan Ogos 2012, syarikat diwajibkan untuk menghantar laporan tahunan yang memperincikan penggunaan Mineral Konflik dalam produk mereka. Ini juga memberi kesan terhadap syarikat bukan dari Amerika yang bekerja dalam rantaian bekalan bagi satu syarikat AS yang termasuk dalam senarai. Dengan pelancaran iPCMP pada bulan September 2012, iPoint merupakan syarikat pertama yang menawarkan penyelesaian yang dibangunkan sepenuhnya untuk pelaporan Mineral Konflik. Satu inisiatif legislatif Mineral Konflik kini sedang dirangka oleh Kesatuan Eropah. Bagi menilai impaknya dengan lebih berkesan, Ketua Pengarah Kesatuan Eropah untuk Perdagangan telah menugaskan iPoint-systems untuk menganalisis kesan inisiatif Mineral Konflik Eropah yang mungkin akan berlaku. Kajian iPoint bakal diterbitkan pada separuh pertama tahun 2014.
Latar Belakang iPoint-systems:
iPoint ialah pakar yang menerajui di dunia daripada segi pematuhan dan kemampanan produk alam sekitar, dengan memberi tumpuan terhadap perisian, perundingan, latihan, dan perkhidmatan untuk mengurus, menjejak, dan melaporkan data merentasi seluruh rantaian bekalan. Penyelesaian perisian iPoint yang mudah suai dan menyeluruh memberikan kebolehlihatan dan kawalan yang pelanggan mahukan dalam menguruskan pematuhan dan kemampanan.
Maklumat hubungan dan maklumat lanjut:
iPoint-systems gmbh
Katie Bohme
Ludwig-Erhard-Str. 52-56
D-72760 Reutlingen
Tel +49-7121-144-89-60
Faks +49-7121-144-89-89
katie.boehme(at)ipoint-systems(dot)de
info(at)ipointinc.com
Sumber: iPoint-systems gmbh