omniture

GSMA Sertai Perikatan untuk Internet Berpatutan Bagi Memacu Akses Kepada Jalur Lebar Mudah Alih Di Negara Membangun

GSMA
2014-01-21 17:24 163

LONDON, 21 Januari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan keahliannya dalam Perikatan untuk Internet Berpatutan (A4AI), gabungan peringkat global yang berkepelbagaian dan terdiri daripada 50 ahli yang komited untuk mengurangkan kos akses Internet di negara membangun menerusi pembaharuan peraturan dan polisi. GSMA akan bekerjasama dengan rapat bersama A4AI bagi mengenal pasti halangan polisi dan peraturan bagi mendapatkan akses Internet yang berpatutan serta bekerjasama demi rancangan untuk menangani isu ini pada peringkat dunia.

Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA mengulas: "Kami mengalu-alukan peluang yang ada ini bagi menjadi ahli Perikatan untuk Internet Berpatutan serta bagi membantu mengatasi salah satu cabaran yang paling besar dalam bidang teknologi di negara kurang maju. Menurut GSMA Intelligence, kadar penembusan pelanggan mudah alih adalah serendah 20 peratus di Ethiopia, 28 peratus di India dan 30 peratus di Pakistan walaupun tahap tinggi pemilikan SIM yang berbilang menandakan jumlah sambungan mudah alih adalah tinggi.

"Terdapat keperluan mendesak terhadap telefon pintar mudah milik, pelaksanaan infrastruktur jalur lebar wayarles yang pantas dan berdaya maju daripada segi ekonomi di kawasan luar bandar serta galakan terhadap kecelikan digital bagi membantu menghubungkan masyarakat yang kurang mendapat perhatian di serata dunia."

Sonia Jorge, Pengarah Eksekutif Perikatan untuk Internet Berpatutan pula berkata: "Walaupun berlaku penurunan harga baru-baru ini, jalur lebar mudah alih masih dianggap mahal di kebanyakan negara membangun. Laporan kemampuan A4AI baru-baru ini menunjukkan bagi individu yang beroleh pendapatan kurang AS $2 sehari, kos jalur lebar mudah alih melebihi 20 peratus daripada pendapatan bulanan di kebanyakan negara dan meningkat sehingga sebanyak 48 peratus daripada pendapatan di Colombia dan 35 peratus di Zambia.

"A4AI mahu mengatasi halangan yang melibatkan peraturan dan polisi yang sering menyebabkan berlakunya peningkatan harga yang tidak patut. Kerjasama bersama GSMA dan ahlinya bagi mengurangkan struktur kos dan membangunkan pendekatan penyampaian yang inovatif merupakan rangsangan besar terhadap usaha kami. Kami perlu berusaha mengurangkan harga jalur lebar ini dengan segera bagi membolehkan lebih ramai orang, khususnya masyarakat luar bandar yang kurang mendapat perhatian dan golongan wanita untuk mendapatkan akses Internet yang mampu mengubah kehidupan mereka."

Setelah dilancarkan pada Oktober 2013, tumpuan utama A4AI adalah untuk menyokong pencapaian Sasaran Jalur Lebar Suruhanjaya Jalur Lebar PBB bagi perkhidmatan jalur lebar tahap kemasukan yang berharga kurang lima peratus daripada pendapatan bulanan purata. Perikatan ini percaya sementara penyelesaian teknologi semakin meningkat dengan pantas, polisi dan peraturan kekal sebagai penghalang utama terhadap Internet yang lebih berpatutan. Maka, A4AI bertujuan untuk mewujudkan keadaan pasaran jalur lebar yang terbuka, berdaya saing dan inovatif menerusi pembaharuan terhadap polisi dan peraturan melalui gabungan sokongan, penyelidikan dan perkongsian maklumat pada peringkat dunia, serantau dan negara.

Sebelum pelancaran A4AI ini, GSMA telah bekerjasama dengan Perikatan ini bagi membantu membentuk prinsip dan kedudukan polisi miliknya. Sementara kedudukan kedua-dua organisasi tersebut diselaraskan, prinsip A4AI yang berkisarkan penggunaan spektrum tanpa lesen dan penggunaan semula menurut peraturan yang mengelakkan gangguan berbahaya dengan mengambil peluang sedia ada adalah berbeza dengan pegangan GSMA tentang penggunaan 'ruangan putih' yang tidak seharusnya membahayakan pengagihan semula masa depan spektrum siaran TV bagi jalur lebar mudah alih dan kepentingan ekonomi yang dapat diwujudkannya.

Ahli Perikatan ini termasuklah Alcatel-Lucent, Persatuan Komunikasi Progresif, Cisco, Pertubuhan Telekomunikasi Komanwel, Ericsson, Facebook, Google, Intel, Persatuan Internet, Microsoft, Omidyar Network, Research ICT Africa, Jabatan Pembangunan Antarabangsa UK (DFID), USAID dan Yahoo! In-country yang bertugas di Ghana dan Nigeria, akan dimulakan pada suku pertama tahun 2014.

Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih di seluruh dunia. Merangkumi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia bersama 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat peranti dan telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.

Latar belakang A4AI
Perikatan untuk Internet Berpatutan (A4AI) merupakan gabungan peringkat global yang komited untuk menurunkan kos akses Internet di negara kurang maju.

A4AI memberi tumpuan terhadap mewujudkan keadaan bagi pasaran jalur lebar yang terbuka, cekap dan berdaya saing menerusi pembaharuan polisi dan peraturan. Menerusi gabungan sokongan, penyelidikan dan perkongsian maklumat, Perikatan ini bermatlamat untuk memudahkan pencapaian sasaran Suruhanjaya Jalur Lebar PBB bagi perkhidmatan jalur lebar peringkat kemasukan yang berharga kurang lima peratus daripada pendapatan bulanan purata. Melalui pencapaian matlamat ini, A4AI akan membantu menghubungkan dua pertiga daripada penduduk di negara membangun yang tidak mendapat akses Internet.

Ahli A4AI terdiri daripada individu dari negara maju dan kurang maju, termasuk juga daripada organisasi awam, swasta dan bukan untuk keuntungan. Yayasan Jaringan Sejagat yang ditubuhkan oleh pencipta Web, Sir Tim Berners-Lee telah menubuhkan Perikatan tersebut yang dilancarkan pada Oktober 2013. Para penaja peringkat global termasuklah Google, Omidyar Network, Jabatan Pembangunan Antarabangsa UK dan USAID.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.a4ai.org atau melalui Twitter: @a4a_internet.

 

 

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Corporate Social Responsibility