omniture

Jumlah Pengunjung Pesta Ais Hwacheon Mencecah 1 Juta

Foundation NARA
2014-01-21 19:02 125

HWACHEON, Korea Selatan, 21 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Jumlah pengunjung yang menghadiri pesta memancing di dalam ais yang diadakan di bahagian utara bandar Hwacheon menjangkaui sasaran 1 juta bagi tahun kelapan berturut-turut, kata jawatankuasa penganjur pada Isnin lalu.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140120/8521400312 )

Jumlah individu yang mengunjungi Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2014 melebihi 1 juta dalam tempoh tiga minggu sahaja selepas pembukaannya, menurut jawatankuasa penganjur dan pegawai daerah Hwacheon. Bilangan pelawat asing pula melebihi sasaran 100,000.

Pesta tersebut yang berlangsung dari 4 hingga 26 Januari, menyambut ulang tahun ke-11 pada tahun ini. Sejak tahun 2006, jumlah pengunjung telah menjangkaui sasaran 1 juta pada setiap tahun.

Sejak tahun 2003, pesta tersebut telah menarik para pengunjung ke bandar Gangwon yang terletak kira-kira 118 kilometer di bahagian utara Seoul, dengan menawarkan pelbagai program termasuk memancing di dalam ais dan menaiki kereta luncur salji. Pada tahun 2011, pesta tersebut tidak dapat diadakan berikutan penularan wabak penyakit kaki dan mulut.

Pengunjung pesta tersebut memancing di dalam kira-kira 15,000 lubang yang telah digerudi ke dalam air sungai berais bagi menangkap ikan sancheoneo, sejenis ikan trout gunung.

Tiket untuk memancing di dalam ais, yang merupakan tarikan utama pesta tersebut telah habis dijual hanya dalam tempoh tiga jam, menurut jawatankuasa penganjur.

Kebanyakan pengunjung turut berseronok ketika menangkap sancheoneo dengan menggunakan tangan mereka sahaja serta meneroka dinding ais yang tinggi, tambah jawatankuasa itu lagi.

"Kami merancang untuk mempromosikan pesta memancing di dalam ais sebagai acara kebudayaan dengan sentuhan global," kata Jeong Gab-cheol, ketua Daerah Hwacheon. "Saya amat menghargai usaha semua yang terlibat bagi menjayakan pesta ini sehingga berjaya mencatat rekod dengan menarik kehadiran lebih 1 juta pengunjung bagi tahun kelapan berturut-turut."

Maklumat Media

An gyu-jeong
+82-33-440-2227
a4891@korea.kr

SUMBER  Foundation NARA

 

 

Source: Foundation NARA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel Sales reports