omniture

Ansell Mengumumkan Derma Produk Yang Mencatat Rekod Kepada Direct Relief, Untuk Mangsa Taufan Haiyan Di Filipina

Ansell Limited
2014-01-21 20:51 261

-- Lebih 2.4 juta sarung tangan dalam perjalanan ke kawasan yang terjejas --

ISELIN, New Jersey, 21 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Ansell (ASX: ANN), peneraju global untuk penyelesaian perlindungan, hari ini mengumumkan yang ia telah menderma produk perubatan dan perindustrian kepada Direct Relief untuk mangsa bencana taufan Haiyan. Produk perubatan yang didermakan dari kemudahan daripada seluruh operasi global Ansell, termasuklah 1.7 juta keping sarung tangan pemeriksaan perubatan dan lebih 680,000 pasang sarung tangan pembedahan bagi membantu Direct Relief menyokong perkhidmatan kesihatan tempatan. Tambahan lagi, sarung tangan perindustrian dan pasaran khusus juga akan digunakan bagi usaha pemulihan dan pembinaan semula. Derma produk ini merupakan derma produk yang terbesar dalam sejarah Syarikat itu kepada organisasi tunggal sebagai usaha bantuan untuk mangsa bencana semula jadi.

Kini, Direct Relief, organisasi tanpa untung, tidak berparti yang menyediakan bantuan perubatan kepada penduduk seluruh dunia yang terjejas akibat kemiskinan, bencana semula jadi, dan pergolakan dalam negara, sedang bekerjasama rapat dengan Pejabat Kesihatan Penduduk Luar Bandar, Jabatan Kesihatan Filipina di Kawasan 6, 7 dan 8 – kawasan di kepulauan Visaya yang menerima kesan paling buruk akibat taufan itu. Lebih 120 fasiliti penjagaan kesihatan telah dinilai oleh Direct Relief dan rakan kongsi Direct Relief di Filipina; menilai keperluan perubatan dan kerosakan struktur bagi menentukan cara yang paling berkesan untuk menghulurkan bantuan. Selain hospital dan klinik Jabatan Kesihatan, Direct Relief juga menyokong pasukan perubatan yang aktif di seluruh kepulauan Visaya, dengan kebanyakan daripada mereka bukan sahaja menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan, tetapi juga membantu keluarga membina semula kehidupan mereka secara fizikal.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Direct Relief bagi memenuhi keperluan orang ramai yang terjejas akibat bencana alam di Filipina ini," kata Magnus Nicolin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ansell. "Kami berharap produk Ansell ini akan memainkan peranan penting dalam membantu kemajuan yang boleh diukur bagi usaha pemulihan dalam sektor penjagaan kesihatan, di samping membina semula komuniti Filipina."

Produk telah dihantar daripada fasiliti Ansell seluruh dunia, termasuk Malaysia, Sri Lanka, Belgium, Amerika Syarikat dan Australia. Produk penjagaan kesihatan mereka termasuklah sarung tangan pembedahan (sintetik dan getah) dan sarung tangan pemeriksaan seperti jenama GAMMEX™, DermaPrene®, dan MICRO-TOUCH® Ansell. Produk perindustrian termasuklah sarung tangan kerja sederhana hingga berat daripada rangkaian produk NITRASAFE® Ansell. Sarung tangan pasaran khusus termasuklah sarung tangan kerja Do-it-Yourself Projex®.

"Langkah luar biasa Ansell bagi menjadi sumber dan menyediakan sarung tangan pembedahan, pemeriksaan dan perindustrian secara pantas selepas kemusnahan akibat Taufan Haiyan memang sangat mengagumkan dan begitu penting," kata Thomas Tighe, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Direct Relief. "Sarung tangan ialah item penting bagi penjagaan pesakit dan kawalan jangkitan dalam kecemasan kesihatan akibat Taufan Haiyan. Direct Relief benar-benar berterima kasih kerana kepimpinan dan pasukan Ansell dapat melihat yang mereka berada dalam kedudukan tersendiri untuk menghulurkan bantuan dalam krisis ini dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, sehinggakan ini benar-benar membantu rakyat Filipina ketika mereka sangat memerlukannya."

Ansell akan terus bekerjasama dengan Direct Relief sepanjang usaha ini dilakukan sambil rantau itu meneruskan usaha pembinaan semula sehingga dapat kembali kepada keadaan asal selepas malapetaka ini. Usaha ini konsisten dengan komitmen Ansell bagi menghulurkan bantuan untuk mangsa bencana alam dan menyediakan sokongan yang diperlukan. Ansell telah menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam besar yang lain sebelum ini, termasuk Hurikan Katrina, kebakaran di Australia, dan tsunami di Asia Tenggara.

Latar Belakang Ansell
Ansell ialah peneraju dunia untuk menyediakan penyelesaian perlindungan kesihatan dan keselamatan yang unggul dan mempertingkatkan kesejahteraan manusia.

Dengan operasi di Amerika Utara, Amerika Latin/Caribbean, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, Ansell menggajikan lebih 13,000 orang seluruh dunia dan memegang kedudukan peneraju dalam pasaran peralatan perlindungan peribadi dan sarung tangan perubatan, serta dalam kategori kesihatan seksual dan kesejahteraan seluruh dunia. Ansell beroperasi dalam empat segmen perniagaan utama: Penyelesaian Perubatan, Penyelesaian Perindustrian, Pasaran Khusus dan Kesihatan Seksual.

Maklumat tentang Ansell serta produknya boleh ditemui di www.ansell.com.

Source: Ansell Limited
Related Stocks:
Australia:ANN OTC:ANSLY
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility