AMSTERDAM, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Kajian penyelidikan bebas menunjukkan impak positif ke atas ladang UTZ Certified seluruh dunia
Ladang koko, kopi dan teh UTZ Certified menjana hasil lebih tinggi dan tuaian lebih berkualiti tinggi berbanding ladang konvensional, dan latihan Kod Kelakuan UTZ membantu petani mempertingkatkan pengetahuan mereka dan mengamalkan kaedah pertanian mampan. Hasilnya, petani boleh menjana pendapatan lebih tinggi dan mencipta peluang lebih baik sambil melindungi alam sekitar. Ini penemuan utama yang dibentangkan dalam Laporan Impak UTZ yang dikeluarkan hari ini.
Laporan Impak UTZ adalah berdasarkan 24 kajian penyelidikan bebas yang dijalankan di Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Para penyelidik memperhatikan impak program UTZ Certified dan dalam beberapa kes, mereka juga menganalisis skema pensijilan lain dalam amalan pertanian.
Antara penemuan penting termasuklah proses latihan dan pensijilan menyumbang kepada hubungan yang lebih baik antara petani dan syarikat kerjasama mereka; akses kepada kemudahan sanitasi dan air minuman bersih telah dipertingkatkan; dan kanak-kanak daripada ladang UTZ Certified lebih berkemungkinan tinggi untuk menghadiri sekolah. Terdapat juga impak positif ke atas alam sekitar apabila petani UTZ Certified mengambil lebih banyak langkah bagi melindungi kualiti air, mengurangkan pencemaran tanah dan air serta mengekalkan kepelbagaian bio.
"Bagi kami, pengukuran impak program kami ialah proses yang sangat penting," kata Han de Groot, pengarah eksekutif UTZ Certified. "Kami berbangga dengan hasil laporan ini. Ia menunjukkan UTZ sedang membawa perbezaan kepada lebih separuh juta petani dan keluarga mereka seluruh dunia," beliau berkata sebagai kesimpulan.
Kajian menunjukkan pelaksanaan amalan pertanian yang bagus ke atas ladang UTZ Certified menghasilkan keputusan hasil lebih tinggi dan tuaian lebih berkualiti tinggi secara purata. Contohnya, di Colombia, petani UTZ Certified berjaya mengekalkan tahap penghasilan yang lebih tinggi walaupun dalam keadaan cuaca buruk yang membawa kepada kemerosotan tahap penghasilan antara petani konvensional. Jurang daripada segi penghasilan antara petani UTZ Certified dan kumpulan kawalan telah meningkat daripada 52% dalam tahun pertama menjadi 169% menjelang tahun keempat.
Menurut kajian itu, terdapat juga beberapa cabaran yang patut ditangani oleh UTZ Certified bagi mempertingkatkan lagi impak positif hasil usahanya. Khususnya, kadar buta huruf dan ketiadaan akses untuk pembiayaan ialah dua isu yang menjadi punca sesetengah petani masih sukar membuat pelaburan dalam langkah pertanian mampan dan mendapat manfaat sepenuhnya daripada pensijilan UTZ.
Laporan Impak UTZ boleh dimuat turun di: https://utzcertified.org/en/mediacenter/reports-brochures/26582894
Mira-Bai Simon, mira-bai.simon@utzcertified.org