KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Memandangkan tahun 2014 dimulakan dengan kumpulan perancangan dan reka bentuk antarabangsa yang menerajui, PLACE Design Group (PDG) memulakan tahun ini dengan kekuatan dan pertumbuhan yang kukuh seperti yang telah diramalkan oleh kebanyakan pihak. Dengan menambahkan senarai lokasi pejabat di sekitar Australia dan China, kumpulan ini telah membuka pejabat pertama di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menjadikannya pusat perkembangan di Asia Tenggara.
PDG memulakan operasinya di Australia pada tahun 2001 dan kini mempunyai pasukan yang terdiri daripada lebih 180 kakitangan yang berada di sekitar Australia, China, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Pertumbuhan kumpulan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam tempoh lebih 13 tahun yang lalu adalah disebabkan oleh struktur organisasi 'satu syarikat' yang memperlihatkan perkembangan kumpulan ini pada tahun 2008 menerusi GFC ketika banyak kumpulan lain masih kurang stabil. Budaya 'satu syarikat' ini membolehkan kumpulan ini menyebarkan risiko dengan kepelbagaian disiplin dalam pelbagai pasaran, yang memberikan kemampuan syarikat besar yang 'serba tahu' kepada setiap pejabat, sambil kekal agak kecil dan seimbang dalam pasaran tempatan.
Shaun Munday, Pengarah Urusan PLACE Design Group berkata, "Kami amat teruja untuk memperkembangkan operasi kami ke Asia Tenggara. Kebanyakan kakitangan utama kami telah beroleh pengalaman yang luas di Filipina, Malaysia, Brunei dan Indonesia sejak 30 tahun yang lalu. Kami terus mengukuhkan kedudukan kami di sini melalui pelaburan di rantau Asia Pasifik dan merealisasikan peluang menerusi kemampuan kami sebagai lokasi istirahat dan tempat peranginan tempatan. Pejabat Kuala Lumpur akan menjadi tapak yang kukuh bagi perkembangan kami di Asia Tenggara serta merupakan langkah strategik yang utuh bagi kumpulan ini."
PDG bertanggungjawab bagi mengendalikan projek berprofil tinggi dan telah mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam Perancangan, Seni Bina Landskap dan Reka Bentuk Bandar bersama individu Surfer's Paradise Foreshore Redevelopment di Australia, Sir Bani Yas Island di Abu Dhabi, Meilisha Cove dan pembangunan Canton New World Golf di China dan Perancangan Induk Natadola serta Tinjauan Strategik Momi Bay Resorts di Fiji, dengan jayanya. Ini seterusnya dijangka untuk berkembang lebih maju dengan PDG yang telah pun bekerjasama dengan pelbagai pemaju berskala besar di rantau ini.
Pejabat Kuala Lumpur akan diketuai oleh Ketua PLACE Design Group, Lucas Spensberger yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam industri di seluruh Australia, Timur Tengah, Asia Tenggara dan China.
"Asia Tenggara merupakan pasaran yang kian berkembang dan KL merupakan pilihan yang jelas bagi tapak pejabat kami, bukan sahaja disebabkan oleh ekonomi tempatan yang kukuh, tetapi juga sebagai lokasi pusat yang membolehkan kami untuk meninjau secara serantau dan mewujudkan kepelbagaian," kata Lucas.
"PLACE Design Group telah berusaha keras bagi mewujudkan hubungan yang kukuh bersama beberapa perkhidmatan seni bina dan kejuruteraan Australia lain yang berpusat di rantau ini. Hubungan ini, bersama dengan budaya 'satu syarikat' kami yang menyediakan pengalaman yang luas dalam Perancangan, Seni Bina Landskap dan Reka Bentuk Bandar, memberikan pendekatan yang tersendiri terhadap Perancangan Induk di Asia Tenggara serta kelebihan daya saing yang mantap kepada kami."
PLACE Design Group telah membuka pejabat mereka di Kuala Lumpur secara rasmi pada minggu lalu di Mont Kiara. Ini merupakan lokasi pejabat ke-10 buat kumpulan ini pada peringkat global. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang PDG sila layari http://www.placedesigngroup.com.
Imej Resolusi Tinggi Boleh Didapati Atas Permintaan
SUMBER PLACE Design Group