omniture

Air China Memulakan Perkhidmatan Beijing - Hawaii

Air China
2014-01-22 08:35 125

- Syarikat penerbangan bersedia membawa penumpang menuju destinasi percutian yang romantik

BEIJING, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Air China menyambut permulaan perkhidmatan penerbangan BeijingHawaii dengan majlis yang diadakan di T3, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, jam 15:00 pada 20 Januari 2014. Para jemputan terdiri daripada individu daripada Kedutaan A.S. di China, Bahagian Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, Stesen Utama Beijing bagi Pemeriksaan Sempadan Masuk-Keluar, Biro Kuarantin dan Pemeriksaan Masuk-Keluar Beijing dan Beijing Capital International Airport Co. Ltd. serta pegawai eksekutif Air China. Pada majlis tersebut, para penari dari Hawaii mempersembahkan tarian Hula yang terkenal untuk para tetamu bagi mempamerkan budaya asli Hawaii serta mengalungkan rangkaian bunga kepada tetamu jemputan di atas pentas bagi mewujudkan suasana tropika di majlis berkenaan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140121/CN49561-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140121/CN49561-b )

Perkhidmatan baharu itu, CA837/8, merupakan penerbangan tanpa henti pertama antara Beijing dan Hawaii. Penerbangan ini beroperasi sebanyak tiga kali dalam seminggu iaitu pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad dengan kapal terbang berbadan lebar A330-200. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada jam 1:30 waktu Beijing dan tiba di Hawaii pada jam 16:30 waktu tempatan. Penerbangan pulang pula berlepas dari Hawaii pada 22:00 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada jam 5:20 waktu Beijing pada hari ketiga.

Sebagai tempat bermulanya peluncuran moden, Hawaii menawarkan pelbagai kemudahan bagi aktiviti luar seperti belayar, menyelam skuba dan juga bermain golf. Sebelum pulang, para pelancong dari serata dunia tidak akan melepaskan peluang bagi mengunjungi T GALLERIA yang merupakan pusat membeli-belah bebas cukai paling besar di AS oleh DFS dan Ibu Pejabat Armada Pasifik A.S. di Pearl Harbor.

Sejak kebelakangan ini, permintaan pasaran China terhadap perjalanan ke Hawaii telah meningkat dengan pesat sekali. Statistik menunjukkan pada tahun 2012, jumlah pelancong China telah meningkat sebanyak 64% dari tahun ke tahun. Laluan baharu ini diharapkan dapat memenuhi permintaan yang tinggi daripada pelancong China bagi perkhidmatan penerbangan ke Hawaii, lalu menjadikannya lebih mudah untuk pelancong yang tinggal di kawasan sekitar Beijing, kerana tidak perlu bersusah-payah membuat perjalanan pertukaran di Shanghai serta menawarkan pilihan pemindahan tambahan kepada para pelancong dari Eropah dan Timur Tengah yang mahu ke Hawaii. Di samping perkhidmatan penerbangan tanpa henti BeijingHawaii, perkhidmatan antarabangsa baharu lain yang akan diperkenalkan tidak lama lagi oleh Air China termasuk perjalanan Beijing-Vienna-Barcelona dan Shanghai-Munich. Perkhidmatan baharu ini akan terus mengukuhkan rangkaian laluan global syarikat penerbangan tersebut dan menjadikannya lebih mudah untuk para penumpang di China dan negara jiran untuk melancong ke bahagian lain serata dunia melalui Beijing.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel New products/services