omniture

Vienna 2013: Laporan Pelancongan Mengandungi Rekod Penginapan Baharu

Vienna Tourist Board
2014-01-22 09:00 120

VIENNA, 21 Januari 2014 /PRNewswire/ --

Industri pelancongan Vienna baru sahaja mengalami tahun terbaiknya: 12.7 juta pelancong bagi perjalanan semalaman, 3.7% lebih tinggi berbanding pencapaiannya bagi tahun 2012, yang merupakan rekod tinggi baharu industri itu setakat ini.

Pada tahun 2013, Vienna sekali lagi berjaya mencapai rekod dengan 12,719,000 pelancong bagi perjalanan semalaman, yang merupakan pencapaian tahunan yang menjangkaui rekod tahun sebelumnya sebanyak 3.7%. "Hakikatnya, kejayaan kami mengatasi rekod penginapan bagi Klimt Tahun 2012 bukan sahaja menggambarkan tarikan berterusan terhadap Vienna, malahan ia menunjukkan strategi pengantarabangsaan sistematik jangka panjang dengan mempelbagaikan ke dalam pasaran yang berbeza membuahkan hasilnya," jelas Norbert Kettner, pengarah Lembaga Pelancongan Vienna.

Sepuluh pasaran utama Vienna pada tahun 2013 sekali lagi didahului oleh Jerman dengan 2,513,000 penginapan (+5%), diikuti dengan Austria (2,327,000 penginapan, +4%), Rusia (709,000, +12%), Amerika Syarikat (658,000, +6%), dan Itali (611,000, -5%). Tempat ke-6 hingga ke-10 dicapai oleh United Kingdom (450,000, +5%), Switzerland (384,000, ±0%), Sepanyol (359,000, -5%), Perancis (353,000, -4%) dan Jepun (306,000, -1%). Pada tahun 2013, Vienna turut dilaporkan beroleh peningkatan yang kukuh berbanding Korea Selatan (124,000 penginapan, +24%), China (208,000, +5%), Brazil (115,000, +3%), serta Emiriah Arab Bersatu (82,000, +15%) dan Arab Saudi (79,000, +6%). Sepanjang tempoh dari Disember 2012 hingga Disember 2013, kapasiti penginapan Vienna telah bertambah dengan 3,450 katil (+6.3%) untuk mencapai kira-kira 59,000 katil. Kadar purata penggunaan katil bagi tempoh ini adalah sebanyak 54.7% (2012: 56.7%) manakala penginapan bilik pula adalah sekitar 69% (2012: 70%).

Vienna terus menjadi salah satu metropolis kongres terhebat di dunia: pada tahun 2013, Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA) sekali lagi meletakkan kedudukan ibu negara Austria itu sebagai bandar kongres nombor 1 di seluruh dunia, yang merupakan kejayaannya buat kali kelapan berturut-turut dengan 195 persidangan antarabangsa pada tahun 2012.

Maklumat lanjut:

Lembaga Pelancongan Vienna
Isabella Rauter
Tel.: +43-1-211-14-301
E-mel: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info

Source: Vienna Tourist Board
Related Links:
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel Survey, Polls & Research