Kepentingan Kandungan: Kajian Impak Pemasaran Kandungan Asia Pasifik Baharu daripada Waggener Edstrom
SINGAPURA, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Agensi komunikasi bersepadu Waggener Edstrom Communications (WE) hari ini mengeluarkan kajian penyelidikan milikan yang baharu tentang impak kandungan digital dan penceritaan jenama dalam talian untuk jenama seluruh Asia Pasifik. Kajian itu bertajuk Kepentingan Kandungan: Impak Penceritaan Jenama Dalam Talian pada tahun 2014.
Lihat aset multimedia di: http://en.prnasia.com/pr/2014/01/22/140023712.shtml
(Infografik: http://photos.prnasia.com/prnh/20140115/8521400237 )
(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140115/8521400237LOGO )
Kajian serantau baharu itu menunjukkan kaitan antara penceritaan jenama dalam talian dan kelakuan pengguna penting seperti sokongan terhadap jenama, perbelanjaan, dan penglibatan dalam enam kategori perniagaan dalam sepuluh pasaran Asia.
Kajian itu membuat tinjauan terhadap lebih 2,200 pengguna antara usia 15 dan 60 tahun merentasi Australia, tanah besar China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Korea Selatan, dan Vietnam. Laporan itu juga berkongsi penemuan serantau Asia Pasifik.
"Para profesional komunikasi seluruh Asia mendapati mereka semakin didesak untuk membuktikan pulangan pelaburan daripada pelaburan mereka dalam kandungan digital. Kajian baharu kami menunjukkan kaitan jelas antara penceritaan jenama dalam talian dan perbelanjaan pengguna, rujukan dan penglibatan yang meningkat," kata Stephen Tracy, Ketua APAC di Jabatan Maklumat & Analisis (I&A) Waggener Edstrom. "Ringkasnya, semakin meningkat penglibatan diri pengguna dengan kandungan jenama, lebih banyak mereka belanjakan ke atas jenama itu."
Zaheer Nooruddin, Naib Presiden Digital di Studio D Waggener Edstrom di Asia Pasifik, menambah: "Bagi kami, langkah yang benar-benar penting ialah pemilik jenama mesti memberi tumpuan terhadap penciptaan penceritaan yang beraneka, menambat perhatian dan relevan untuk penonton mereka pada tahun 2014. Jika jenama berjaya mencipta penglibatan pengguna melalui pemasaran bahan berkualiti tinggi di serata pasaran Asia, tentu pelaburan itu akan membawa pulangan."
Responden diminta menjawab siri soalan yang berkaitan dengan cara mereka berinteraksi dengan jenama dalam sektor perniagaan berbeza, termasuk Kembara & Pelancongan, Peranti Mudah Alih, Perkakas dan Barangan Elektronik Pengguna (kecuali Peranti Mudah Alih), produk Makanan & Minuman, produk Penjagaan Peribadi, dan Penjagaan Kesihatan.
Antara penemuan daripada kajian itu termasuklah:
SELURUH ASIA-PASIFIK
AUSTRALIA
TANAH BESAR CHINA
HONG KONG
INDIA
INDONESIA
JEPUN
KOREA SELATAN
FILIPINA
SINGAPURA
VIETNAM
"Kajian ini menunjukkan pada tahun 2014 penceritaan jenama pacuan digital adalah tonggak bagi komunikasi yang berjaya. Pengguna mahu melibatkan diri dengan jenama dalam talian," kata Matthew Lackie, Naib Presiden Kanan Waggener Edstrom. "Kami menjangkakan syarikat B2B dan B2C bakal menikmati ganjaran pada tahun 2014 dengan perbelanjaan lebih tinggi, kadar penglibatan, dan kadar sokongan jenama yang lebih tinggi apabila mereka menyediakan kandungan yang menarik kepada pengguna mereka."
Kajian lengkap daripada Waggener Edstrom boleh dimuat turun daripada http://apac.waggeneredstrom.com.
Latar Belakang Waggener Edstrom Communications
Waggener Edstrom Communications (WE) ialah agensi komunikasi bersepadu bebas global yang telah membangunkan program komunikasi strategik bagi klien yang inovatif dan mengubah dunia selama hampir 30 tahun – bekerja bagi mempengaruhi pasaran, mengilhamkan orang ramai dan mempertingkatkan kehidupan. WE APAC mempunyai pengkhususan dalam sektor komunikasi Pengguna, Teknologi, Penjagaan Kesihatan, Korporat dan Digital. Baru-baru ini WE diiktiraf sebagai Perundingan Pengguna APAC Terbaik untuk Tahun 2013 oleh The Holmes Report. Pada tahun 2012, WE diiktiraf sebagai Rangkaian Saiz Sederhana Terbaik Tahun 2012 semasa Anugerah Perhubungan Awam Kempen Asia Pasifik untuk tahun kedua berturut-turut, Perundingan Teknologi APAC Terbaik Tahunan oleh The Holmes Report, dan pada tahun 2011, Kempen Digital Terbaik Tahunan oleh Anugerah SABRE Asia Pasifik The Holmes Report. Agensi itu mempunyai lebih 750 kakitangan dalam 19 cawangan seluruh dunia dan rakan kongsi Gabungan Global mereka memperluaskan jangkauan agensi itu kepada lebih 80 lagi pasaran antarabangsa. Bagi mengetahui lebih lanjut, lawati http://apac.waggeneredstrom.com.
Tanda Waggener Edstrom®, tanda Innovation Communications®, tanda twendz™, tanda WE Studio D™ dan tanda lain yang digunakan di dalam ini ialah tanda niaga berdaftar atau tidak berdaftar Waggener Edstrom Worldwide Inc. di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Nama syarikat dan produk sebenar yang dinyatakan di dalam ini mungkin ialah tanda niaga berdaftar atau tidak berdaftar pemilik masing-masing. Penggunaan tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Bagi maklumat lanjut:
Jordyn Hill, Waggener Edstrom, +65-9873-3121, jhill@waggeneredstrom.com